salam
semalam agak tidak berpuas hati dengan ending drama samson n delaila. korang tengok tak? dari mula aku tengok dan tak pernah lepas satu episod pun dan tetiba ending dia macam tu je??
:(( tak tau apa sebab samson mati. lepas tu terus tunjuk delaila kat kubur samson dengan anak dia lebih kurang umur 3 tahun lepas tu dengan amir. waaaaa....
kenapa macam tu je? sob sob sob.
abaikan je la. err. semalam facebook diserang lagi dengan spam atau virus yang menjadi-jadi ye! spam kat chat pun rasanya tak reda lagi datang pulak spam yang lain. alahaii..
mula aku tengok kat status sapa ntah, dia juga seorang blogger, serius aku dah lupa, aku ingat dia promote link blog dia tapi aku tak terfikir pun la nak klik sebab masa tu bukan masa blogwalking. so aku abaikan je la.
lepas tu check kat status updates, ramai gila pakat dok update status macam tuuu, wah, aku pun pelik. dah tersebar2, mula2 aku nak copy je status diorang tu letak kat status aku haaaa. hahahah tapi aku abaikan lagiiii. tak tau kenapa aku suka ignore kalau link yang aku tak percaya ni.
dan sehinggalah aku terpandang status ini..
mak aii. spam rupanya. caissss
dua status yang femes sangat2 kat ruang status update aku adalah :
perasaan ingin tahu yang mendalam mengundang tanda tanya sehingga mereka klik link yang diberikan..
romen tepi tangga?? fuyohh!!
aku hampir tertekan status ni, nak jugak tengok sapa yang memuja setan tuuuuuuuuuuuuu. hahaha..
caiss, normal la kan kalau perasaan ingin tahu tu ada dalam diri. tapi yang peliknya, ramai dah keluarkan status bagitau jangan tekan sebarang link kerana semua itu spam tapi ramai jugak yang degil dan tak tau langsung terus klik link tuuu..
nak tau sapa yang klik link tu? korang check kat status updates, kalau ada status seseorang yang update ayat pelik2 macam tu, tu tandanya dia yang klik. haha. sama macam chat. dan sama macam virus kat frenster., sama je. berulang2 cuma yang datang berbeza2 tapi orang sentiasa lupa apa yang berlaku..
sapa2 yang dah terkena benda tuu..
1) CEPAT2 LA TUKAR PASSWORD
- kita tak tau apa akan jadi tapi langkah lebih selamat, tukarlah password. sebab benda ni spam. orang luar pandai bab hack akaun orang ni. takot jugak..
2) TUKAR SETTING FACEBOOK KORANG
-dari http:// kepada https:// >>>> pergi ke Account> Account Setting > Account Security. Klik pada Change dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https)
3) REMOVE STATUS TU CEPAT2
-takot orang lain pun macam korang jugakkk, nak jugak tekannn. haha.. remove cepat2 untuk elak orang lain klik.
kepada semuaa...
1) FIKIR DAHULU SEBELUM TEKAN
- fikir dulu lerrrrr. takkan nak fikir dahulu sebelum buang je kottttttt. kalau ragu-ragu tanya je kawan2 yang lain. jangan terus tekan aje. bahayaaaaa.
2) BERAT-BERATKANLAH TANGAN ANDA UNTUK MENEKAN LINK YANG ANDA TIDAK KENALI
- haa. selama ni ringan sangat tangan anda klik link yang ada kan. so lepas tu berat2kan la tekan link yang mencurigakan. baik jangan tekannn. senang
3) AMIK PENGAJARAN DAN BERHATI-HATI.
- amik pengajaran atas segala apa yang dah jadi, jangan tekan sebarang linkk dan berhati-hati la. facebook korang tak pernah kena hack lagi kan so jangan buat sampai facebook anda kena hack tambah2 dengan orang luar. kang kalau nak kena hack, baru nak menyesal. huhu..
aku ni memang susah sangat2 la nak tekan link yang mencurigakan. ohh dari dulu lagi aku memang macam ni. walau teman rapat sendiri. sebab apa? bukan sebab spam ke apa, dari dulu2 aku selalu terkena link hantu dengan kawan2 sendiri. segala pesen hantu dah aku pernah jumpa dalam link yang kawan bagiiiii. haaa. sejak tuuu aku susah sangat nak tekan. kalau aku tekan pun, aku tutup volume duluuu lepas tu pejam mata sebelah. keh3..
tu la sebabnya yang membuatkan aku tak de sangat sifat ingin tahu yang mendalam. kahkahkah
kalau video yang ada beberapa saat tuu, kalau tag kat aku, sori la aku nak tekan. aku tunggu orang lain komen dulu baru aku tengokkk. 99% nya adalah hantuu!! hahaha..
korang jangan nak tekan link bukan2 lagi, cepuk kang! :P
13 comments:
hahahaha, benda ni tak sampai plak kat aku~ :D
Banyak application tu Third party yang bermaksud Facebook takkan bertanggungjawab kepada sebarang yang berlaku kepada pengguna Facebook yang gunakan application tu. Ada kes akaun Facebook kena hack. Jadi hati-hati.
aku dah terkena dah.. sob3~
aku pon hmpir tekan semalam..dem betul!
Ya Allah. Miza dah tekan semalam. Gatal sangat nak tau apa benda kan. so tekanlah. sekali tengok. hampeh.
macam-macam lah agenda si indon ni kan. hmm
tak pernah kena lak..
wah!!! sy tak tau pun..trime kasih kerana mengingatkan ya
gue pelik juga banyak status yang sama..
spam rupanya..
eehheee
eiiiyuuu.. saper yang jahat sangat tuh.. hohoh..
fara tak tekan seb baik.. sebab akak dah awal2 bg amaran jangan tekan apa apa link.. lagi lagi yang memuja setan tuh..
fara ni kan lemah semagat.. ada orang menjerit kan dalam tuh.. huhuh.. dengar akak citer jerk tapi tak wat pun lagi.. takut,. ;p
Salam, fatin. Kak belum pernah kena lg tapi kak berterima kasih bnyk2 pada fatin krn buat entry tentang ni.
Fatin dah sediakan payung buat kak sebelum tibanya hari hujan, hehe....:)
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
”Maaf lama kami tak ziarah”
eemmmmm kadang mmg kita nak tau sangat... but bila dah kena baru tau.... lumrah manusia nak wat cam nerrr....
bagus ler ko nasihatkan kita orang ni.... thanks....
ptt laa..fb skang di serang virus...x ptt betul..
berat tangan yg payah tu
sbb tangan ni ringan sangat
tu yg laju je
ENTRY HOT : Nak Merajuk
Post a Comment