Friday, April 1, 2011

BENCI SANGAT DENGAN TASHA SHILLA!

salam

facebook tak boleh bukak! apsal? mark buat april fool ke hari ni? **** geram aku! arghh.. nasib baik twitter boleh buka. kalau tak, adoii. pengsan! hahaha.. tak de tempat nak komunikasi dengan orang kat luar..wuu..

aku dah try google chrome, mozilla dan internet explorer. jadi macam ni jugak!! grr.mark oh markk..


bukan aku je. ramai lagi yang tak boleh bukak!

haa. tajuk memang kontroversi sangat dah kan? haa tapi isinya tak la kontroversi mana pun. haha. kenal tasha shilla? kenal?

dia bukanlah musuh aku masa sekolah dulu, dan dia juga bukanlah seseorang yang aku benci sangat2 macam orang lain. tak tak tak. dia seorang pelakon!! pelakon baruuuuuu yang sangat berbakat dalam dunia lakonan!


jom tengok gambar2 dulu yang aku dapat dari google image

cantiknya diaaaa!

dengan jalalludin hassan

sweeet..

poster gemilang


sapa yang tak kenal dia, dia adalah pelakon drama gemilang yang tengah hangat ditayangkan kat tv3 sekarang! yang digandingkan bersama tiz zaqyah, kamal adli dan shah jaszle tuuu. tengok tak? hehe best kan? dari episod pertama lagi aku tengok, sampai la sekarang.

bila tengok drama tu, rasa geram sangat dengan watak yang dibawa oleh tasha shilla tu kan? geram sangat! memanjang dengki dengan orang lain! buat gedik2 pulak tu. haha. isk2 sabar je la. sakit jiwa kalau tengok. haha..

dan yang terbaru, drama sahara. tv3, pukul 10.30 malam. tengok? baru episod 2 semalam. tasha shilla jugak berlakon. dengan nanu baharuddin. lagi dia bawa watak jahat yang buat orang benci dia! grr.. ada ke dia tolak kakak dia sendiri?? tak patut! tak patut! hakhak.. dalam drama sahara tu laaaaaaa.

dan kesimpulannya, tasha shilla ni memang seorang pelakon yang mempunyai bakat yang tinggi. sebab apa? sebab watak dia yang jahat tu boleh buat orang benci kat dia! huh. bukan senang nak lakonkan watak macam tu yang meninggalkan kesan kepada orang ramai ni. kan3? haha.. tak ramai pelakon boleh buat macam ni.

aku bukanlah benci sangat dengan tasha shilla ni. keh3. aku benci watak yang dia lakonkan tu! jangan salah faham yeeeee. tak de sebab aku nak benci orangnya betol2! ;D

antara informasi pasal diri dia yang aku jumpa dalam google :

umur tasha shilla 24 tahun. dia anak sulung dari 3 adik beradik. dia ada diploma penyiaran. nama bapa dia abdul razak. itu je la yang aku dapat di google. lagipun dia pelakon baru. huu..

semoga tasha shilla menjadi pelakon yang dapat mengharumkan nama malaysia. hehee.. semoga menjadi pengganti pelakon2 yang sedia ada. ^__^V peace

cari dia di twitter : http://twitter.com/TashaShilla

:)

16 comments:

Cik Embun said...

kita pun boleh jadi cantik wey.. jom make up tebal2.. hahaha

Cik bEe said...

arghhhhhhhhhhhhhhhhh..setuju shangattttttttttt2222222222222 dgn entry kali nih....benci sgt2 ngn dye...sume cter y dye berlakon dye watak jaht..GEMILANG pas2 SAHARA..benci laaa kt dye,,,,dengan muka dye 2 mmg sesuai kan???harap2 kt luar dye tak cam2...tapi kadang nyampah laa tgok dye...nape dye selalu diberi watak cm2 ea??????
klik sini http://celotehcikbee.blogspot.com/2011/04/tak-suka-dan-benci-tasha-shilla.html

Farhan Zulhusmi said...

saya lagi cantik dari dy..dy xde misai...saya ada....hehehehe

sizuka[Izzati] said...

hahaha.ingtkan sape dielah yg fatin benci ssgt tuh.kehkeh.

cik Dil said...

naseb baek mark ta kenakan Dil..
sebab dil boleh je bukak FB..weeee

sahromnasrudin said...

alamak...tak kenal dia la huhuhhh

lavender harum wangi said...

hahaha, chrome aku pun problem. aku guna rockmelt je. btw, xtgk drama melayu... err, xtgk tv sbnr nya~ HAHAHA

Miss Tira said...

Tak berapa mengenali pelakon ini. Al maklumlah Tira sibuk berkerja. Hehehe.

Amy Syaquena said...

cantiknya dia tapi sayang amy x kenal pun..artis baru nak naik ke..

Nur Farah Hani said...

ahahha.. tahu tak apa..s emuanya watak jahat.. muka dia lembut ..s weet tapi sesuai ngan watak jahat..

maybe akan glamor la dia pasni..

kay_are said...

x kenal pun sape tasah ape ke name nye tu.. lame dah x jumpe tv.. T_T

pak long said...

salam...
rasanya lagiiiiii cun fatin pada pelakon tu...

pak long said...

salam...
rasanya lagiiiiii cun fatin pada pelakon tu...

mie said...

gue pun abru kenal..
eheheee

fQ said...

dia comel. tapi comel lagi nora danish ngan jue evans. rase nak geget..grrrr

bunga said...

comel..n lakonan dia pun leh tahan..suker..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER