Friday, March 18, 2011

FOBIA DENGAN MERCUN DAN BUNGA API!

salam

hai hai hai!! mesti korang tengah tengok raja lawak kan sekarang? aku tak pernah la tengok. sebab rumah aku xde astro. tapi aku kenal la nabil, zizan, johan tu. dulu2 masa kat kulim, aku selalu tengok youtube. kalau nak tengok guna astro, jangan harap la. aku nak curi piring astro sapa kalau nak tengok. wakaka~~

tetiba aku nak cerita pasal mercun! mercun! walaupun sekarang ni tak de apa2 perayaan dan atau musim raya ke apa ke yang boleh kita dengar bunyi mercun, aku nak cerita gak! kui3

kejapp,. sebelum ni,. jom kenal jenis2 mercun. aku jadikan blog INI sebagai panduan..



MERCUN PAPAN


MERCUN BOLA. -kalau meletop, bergegar satu kampung. hik hik


MERCUN TELUR


MERCUN MANCIS


MERCUN KETUPAT


MERCUN LEBAH


MERCUN NAGA


MERCUN LADA ATAU MERCUN ROKET


THUNER CLAP


MERCUN POP. aku panggil mercun bawang. kah2



okay okay. sebab apa aku fobia dengan mercun dan bunga api. nak tau kenapa? ada sejarah ni dan aku tak nak sejarah ini berulang lagi..wee..

kisahnya bermula begini... *baca dan hayati tau*

aku ingat lagi, masa tu umur aku 6 tahun.. satu malam tu aku pergi rumah jiran aku. untuk main bunga api. best sangat la kan dapat main bunga api ramai2 dan semuanya lebih kurang sebaya je. lepas tu punya la dok lompat2 dengan bunga api, tetiba entah macam mana tangan aku tu menghayun bunga api tuu lalu melekat di paha!! waa. aku ingat, seluar aku terus terbakar. kan paha la. lepas tu terus aku menangisssss!! hehe, sakit woo. punya lama sakit. siap ada parut sampai sekarang. nak tengok??!! hahahaha..

tak perlu la nak tunjuk. cukup aku cakap, parut yang ada bentuk bujur macam telur..wuu.. sejak tu jangan harap la aku nak main bunga api. kalau balik kampung, sepupu2 main memang aku lari dok dengan mak aku. dan diorang pulak jenis kuat usik, memang melalak la kan. memang fobia gila!!

aku tak pernah sentuh dahhh. yang aku pernah beli, mercun pop tu je. sekarang pun ada dalam simpanan. haha abah beli..wuu..

fobia fobia fobia!! ingat bulan puasa tahun lepas, pergi rumah family faiq, adik dia dan faiq main bunga api dan mercun. memang jantung aku dup dap dup dap. kahkahkah fobia sampai la sekarang. aiyakk. kesan macam terasa. sakit masa terasaa.. parut masih ada! nak tengok???!! hehe

gambar dari google. bunga api ni la yang membaham paha aku.. rasa nak nangis je bila tengok diorang main. bukan sebab jeles ke apa, tapi terasa fobia lagi pasal kenangan yang berlaku 16 tahun dulu.



tapi aku suka snap gambar bunga api!! hahaha ni pic masa chinese new year, kat kemaman..
aku xtau kenapa jadi macam ni. seram pulak bila aku fikir. hehe


so kawan2.. jangan main mercun eh. ececeh. ingat dulu masa selalu hantar kad raya, mesti pesan kat kawan ' jangan main mercun, nanti beraya kat hospital'. kui3..


aku boleh nangis bila orang baling mercun pop kat aku. kahkahkah abah aku selalu mengusik!! besar2 macam ni masih kena usik, menangis akuuu..

kalau trauma kat bunga api dan mercun, orang panggil apa ek?




9 comments:

lavender harum wangi said...

fireflowerphobic~ HAHAHAHAHA

::Budak Degil:: said...

paling benci mercun ketupat!..bunyi macam ketupat!..ahaha

Nurfazilah Cipa said...

jom join sgmen cipa ni

http://nurfazilaharsat.blogspot.com/2011/03/sye-nk-blog-sye-direview-oleh-cik-cipot.html

Ana Mardia said...

sebab main mercun, kami naik court dekat uitm...wakakakakaka LAGI FOBIA TAUUUU

armouris said...

info tentang mercun di SIHAT SELALU - Kesan Bahan Kimia Dalam Mercun

sizuka[Izzati] said...

mercunapifobia kot.hakhak.kite pun takut kalau dgr bunyi mercun yg kuat2 tuh.mercun bwg bleh lah main kot, tp kalau org baling dkt kite mau terlompat jugekk :P

Miza Yusof said...

masa kecik-kecik berani ah main mercun segala macam. sekarang bila dah besar penakut. hehe

*aah. miza buat blog baru. hehe

kau kesah ke?? said...

penah kene cucuk ngan bunga api. sakit gak.

ツ I am ME ツ said...

mercun paling-amat-sangat best ok? jangan nak sangkal2 kata2ku =P

ARTIKEL RAKAN BLOGGER