Friday, March 25, 2011

ANAK TUNGGAL. BEST KE? BEST LA!

salam

seperti yang sedia maklum, aku seorang anak tunggal. aku tiada adik beradik. akulah puteri dalam keluarga aku. anak yang dimanja, ditatang bagai minyak yang penuh, dilambung-lambung, dibelai-belai dengan penuh kasih sayang.. kalau ikutkan, aku anak kedua dari tiga adik beradik. mama aku pun pernah hamil pada tahun 1988, sebelum aku. tapi keguguran. selepas itu aku. dan kemudian pada tahun 2004. tapi keguguran juga. alhamdulillah, mama ada tiga orang anak di akhirat nanti..cuma yang di dunia hanyalah aku..

dari aku kecik-kecik, aku selalu diajukan soalan, best ke jadi anak tunggal? seronok ke? tak sunyi ke? bosan tak? dan soalan yang paling aku rasa nak marah je, 'mesti kau dapat kan apa saja yang kau mintak'. memang aku anak tunggal, tapi aku bukan seorang anak yang jenis suka meminta2 dan menyusahkan mama abah aku. tu saja.

abah aku seorang yang tegas tetapi penyayang. mama aku seorang pendengar yang setia dan memahami. adanya mereka berdua cukup buat aku bahagia. bahagia sangat2.


kelebihan menjadi anak tunggal, bagi aku :

1) barang peribadi atau apa saja milik aku tidak perlu dikongsi.
-bermaksud, katil, almari. handphone, bilik dan segala-galanya tidak perlu dikongsi. abah beli katil double decker masa aku darjah 5 tauu! sampai sekarang aku tido atas katil tuuu. besttt. nak tido ganaz2 ke apa ke, sorang2 je kan. tak perlu berkongsi dengan sesapa dan tidak perlu marah sebab tak de sapa akan selongkar hak-hak peribadi aku dalam bilik.

2) selalu diberi perhatian
-nama pun anak sorang kan, mestilah anak tunggal akan lebih diberi perhatian.. macam aku.. mama dan abah utamakan aku dalam segala hal. hehe.. :)

3) boleh dapat apa yang diidamkan
-tapi bukan dapat apa saja yang aku mintak okay! abah belikan aku handphone lepas spm sedangkan aku teringin sangat nak pakai masa aku form3. punya lama tunggu. dia buat tak tau je. haha.. apa yang dia beli mengikut keperluan dan kemampuan beliau. tapi bila dapat barang yang orang lain tak dapat, mestilah rasa seronok sangat! sampai dah besar, baru aku paham kenapa diorang buat aku macam tu, tak manjakan akuu. sejak aku belajar, aku tak sampai hati nak susahkan family aku lagi. nak mintak duit topup pun tak sampai hati woooo. sampai macam tu sekali ha..

4) tiada tekanan
- aah. tak de tekanan sebab tak kan nak bergado dengan sesiapa dalam rumah. keh3. remote control aku punya, game ke apa aku punya, bilik aku, aku punya, semuanya aku punya. haha.

5) sering jadi perbualan
- anak tunggal kan, kalau amik result spm ke, pmr ke, balik kampung nak raya ke apa ke, mesti orang tanya pasal aku. haha.. :P :P kalau aku tak de, mesti orang akan tanya pasal aku, kemana aku pergi, aku sambung belajar mana, dan dan dan yang paling penting masa aku kecik2, aku selalu dapat duit raya banyak2. sorang pakcik mesti bagi rm10 atau rm5. sebab anak tunggal. not duit mesti tinggi.berdasarkan pengalaman la. sekarang dah besar pun dapat lagi :P



kekurangan menjadi anak tunggal, bagi aku :

1) kena duduk rumah seorang diri dan tido sorang2.
- sudah semestinya aku tido sorang. takkan nak tido dengan mama pulak kan. haha.. aku akan tido dengan mama bila abah keje malam. heee.. kalau mama dan abah keluar, aku kena dok sorang2 la. selalunya aku ikutt tapi kalau aku malas nak ikut, dok sorang2 la. setakat ni abah dan mama tak pernah la tinggal aku sorang2 kat rumah lama2. hehe..

2) pemalu, tak peramah dan sukar bergaul
- yup. aku akui. yela, biasa dok rumah, sembang dengan mama abah je, tetiba masuk asrama, haaa,. jumpa kawan baru, suasana baru dan macam2 la. memang mulut aku terkunci. hahaha.. serius. even kat mana2 pun pergi, dengan sepupu2 sendiri pun, kalau dah lama sangat nak jumpa, aku selalu tersengih2 je la depan diorang, xde modal nak sembang. hahaha. tapi kalau dah biasa, memang meletop la kita borak. kahkahkah. aku peramah dalam laman sosial tapi bila depan2, aku diam seribu bahasa, tapi aku banyak dah belajar bergaul dengan orang ramai ni, sejak dok asrama, sejak praktikal. alhamdulillah, kurang dah sifat pemalu dan boleh bergaul dengan sesiapa saja.

3) tiada tempat mengadu
- kalau ada abang, ada kakak atau adik, kalau ada apa2 masalah, mesti akan mengadu kat diorang dulu sebelum mama abah kan? tapi aku takk. apa saja masalah aku akan kongsi terus dengan mama aku. seburuk2 perangai aku pun, aku akan cerita kat mak aku. tiada rahsia antara kami. hehe..

4) nak lepas geram dengan adik beradik tak boleh
- aku kalau geram, aku selalu merajok dengan mama dan abah je. hehe tu je, bukan aku mengamuk ke apa ke, merajok, contoh, tak makan. merajok la tuu. haha.. kalau ada adik, boleh lepas geram kat adik. keh3! :P

5) penakut
ok. aku penakut segala serangga yang terbang terutama lipas, rama-rama, pepatung, kumbang dan apa saja. yeah! aku memang penakut. biasa mama yang buangkan tapi bila dok asrama, sapa nak tolong buang haaaaaaaaaa. haha.. sampai sekarang masih penakut dan sedang cuba menerima kenyataan untuk menjadi berani.


balance la kan? hehe. tu je aku dapat fikir sekarang..

jom tengok gambar masa aku kecik2, setiap gambar ada kisah tersendiri

kecik-kecik dah berphotoshoot di kedai. hehe.. perasan jari aku? perasan? hehe.

aku dulu banyak mainaaaaaaannnnnn. banyak gila. haha..

gigi aku dulu rata je. lepas tu penakut nak cabut gigi, penakut apa saja tentang gigi, sekarang gigi tak sama. kahkahkah ingat lagi, masa form1, aku kan dah remaja, kurus lagi masa tu, pinggang ramping, aku cakap kat cermin. 'muka dah lawa, pinggang dah cantik, meh kat gigi, failed' hahaa.. aku tak pakai braces pun. biar je la :)

basikal ni ada lagi sampai sekarang. tak buang pun.. simpan untuk cucu mama agaknya :P

teddy bear ni ada lagi sampai sekarang. dan aku masih tido peluk teddy bear ni lagi. abah beli masa aku umo setahun. sekarang dah 22 tahun. aku makin membesar, dia tetap sama bentuknya. hehe..

aku kuat majok. masa ni aku majok dengan abah sebab abah amik gambar sepupu2 aku lagi banyak dari aku.. lepas tu aku lari sambil menangis dan menyorok kat satu bilik dan jenguk kat luar tingkap. abah cari dan jumpa dan snap gambar ni..waaa...

aku dulu penakut ayam jugak. kalau balik kampung, takkan turun dari moto selagi abah tak kejar ayam2 tu semua jauh2 dari aku. hehe. last2 abah bela ayam kat rumah. terus jadi berani dan sayang kat ayam. sampai tido sekali dalam rumah. heheh..


gambar ni aku tak ingat tahun berapa. tahun 2007 kot. sebab aku dah sambung belajar masa ni. heee. kat kampung. sepupu yang amik.. tapi time raya la...

gambar tahun 2009. raya kat kemaman :)


apa2 pun aku bahagia dapat keluarga macam ni. aku tak pernah menyesal ditakdirkan aku menjadi anak tunggal. dan impian aku, aku mahu bahagiakan keluarga aku. aku dah besar, kalau aku tak bahagiakan mereka, siapa lagi? hanya aku. aku la harapan mereka sampai bila-bila. Insyallah..

setiap orang ada kekurangan dan kelebihan. aku bersyukur menjadi diri aku sendiri.

haaa. blogger yang mana anak tunggal? kongsikan kisah anda dan kepada blogger2 yang bukan anak tunggal, kongsikan kisah anda jugak ye ;D

20 comments:

lavender harum wangi said...

mesti teddy bear tu dah berubah warna~ HAHAHA

Hanys Najib said...

byk nye gambo dlu2..kalau hanys byk dah ilang, heheheee..
btw, jd ank tunggal ade bes n taknye, same goes to jd anak-tak-tunggal (hehe).. apa yg penting, stil kne besyukur kan..?heheee
;D

Unknown said...

ekek aku tinggal secare tunggal..

velasrizal said...

huhu teringin nk jd anak tunggal tp apakan daya

Earth Hour 26 Mac 2011 8.30 PM

Nur Farah said...

best... sebenarnya whether anak tunggal atau last atau adik beradik ramai semuanya ada pro and contra nyer.. y penting jalani hidup apa adanya...;p

saperakue said...

gosip-gosip ngan adik beradik sedap woo.. hek2.

tp balance la^_^

mie said...

kadang2 rasa best..
kadang2 rasa tidak..

Anonymous said...

Semoga jadi seorang anak tunggal yang baik kepada ibu bapanya.

kay_are said...

anak tunggal?? em.. ikutkan memang sunyi gile r kan.. tapi kalau leh time keadaan tu, xpe r.. and respek gak kat parent yang lebih pikir anak die tunggal ni.. =) weh.. mane leh tunjuk gambar nampak rambut.. aurat tu =P

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sifat : Anak tunggal umumnya manja jika masih memiliki orang tua. Umumnya anak tunggal mempunyai jiwa petualang (dalam arti yang luas) dan memiliki kepribadian yang mantap. Anak Tunggal gabungan sifat anak Sulung dan anak Bungsu. Hasil penelitian saya Anak Tunggal cenderung lebih suka kepada lawan jenis yang berwajah dan bersikap dewasa.

Jodoh : Anak tunggal menurut penelitian kurang cocok dengan anak tengah, akan banyak konflik terjadi karena banyak perbezaan. Paling cocok dengan Anak Sulung atau yang bersikap dewasa,

Bunga said...

haha..anak tunggal ni ada kelebihan dan kekurang..sama gak yang ramai adik beradik ada kekurangan n kelebihan..

Amalina Ali said...

Tunang nana anak tunggal. Tak suka! maja tak bertempat. Demam sikit pun nak merengek.

Unknown said...

akk pun anak tunggal mcm Fatin.sifat tu hmpir sma kcuali tkda msalah dgn mna2 serangga atau haiwan,tk pnakut sngat la & I'm very independent person..manja?,tidak..cuma hbungan kluarga tu sngat akrab..apa2 hal family comes first..tk kira anak rmai atau sorang,tk perlu meminta sbaliknya sbb Allah dh jdikan kita sebaik-baik kejadian..Dia yg maha mengetahui apa yg trbaik utk kita,bersyukurlah dgn anugerahNya.

Anonymous said...

Mak, saya & anak 3 generasi tunggal. Terasa sunyi yg amat sgt sebab sepupu pun xde + sy pula isteri kedua & hubby bkn warganegara so hubby selalu xde. Sibukkan diri dgn bekerja. Time cuti2 kemana-mana selalunya bertiga. Alhamdulillah sgt rapat..dah itu je yg ada xkan nak gado jugak kang itu pun Allah tarik menangis x berlagu menyesal tak kesudah. Anak mmg selalu tido dgn sy coz hubby selalu balik hometown dia berbulan-bulan. Anak x blh tido tanpa tangan saya...heeee tapi bila hubby balik dia ok je beralah ;)

Unknown said...

Saya juga anak tunggal.. jom kita buat group kt fb.. bleh kongsi2 suka duka.. hihihi..

Unknown said...

Fie.. sy jga anak tunggal.. jom kita buat group anak tunggal.. bleh kongsi suka duka.. hihihi

Unknown said...

sy jga anak tunggal.. jom kita buat group anak tunggal.. bleh kongsi suka duka.. mesti.best kan.. hihihi

Unknown said...

sy jga anak tunggal.. jom kita buat group anak tunggal.. bleh kongsi suka duka.. mesti.best kan.. hihihi

Unknown said...

sy jga anak tunggal.. jom kita buat group anak tunggal.. bleh kongsi suka duka.. mesti.best kan.. hihihi

Unknown said...

sy jga anak tunggal.. jom kita buat group anak tunggal.. bleh kongsi suka duka.. mesti.best kan.. hihihi

ARTIKEL RAKAN BLOGGER