salam
sambil tengok cerita di tv2, sambil blogwalking, sambil menulis blog. yeah! tetiba idea mencurah-curah pulak malam ni. hoho tengok tak mentor tadi? aku suka persembahan salma! dan minggu lepas, shiha dan ayish! hehe 3 protege tu sedang menapak di hati aku. aku jugak suka aiman sebab dia ensem. sweet je. hakhak
berbalik kepada topik asal, untuk tarik perhatian pembaca, elakkan guna bahasa kasar!
meh aku nak explain. kalau la seorang blogger ni, yang pastinya tegar atau blogger baru yang berjinak2 dalam dunia blog ni, selalu tulis post maki hamun orang lain, tak kira la ex ke, rumate ke, kawan ke, musuh ke, tak kisah sangat la kan. aku tak amik port sangat la. aku pun pernah jugak buat post masa tu. lepas tu rasa tenang. lama dah tak buat. hehe
tapi jenis orang yang suka buat disable right click. aku tak pernah buat dan takkan buat rasanya. hoho. tak tau kenapa. tapi aku tak kisah la orang nak buat ke tak, itu hak mereka. buat pun okay. tak buat pun okay. :) kawan aku pun ada yang buat. contoh : iceq..
contoh: blog iceq. kata-kata yang dia tulis 'function disabled'. ok jugak tu. aku paham
TAPI..
ada blogger menggunakan bahasa kasar ketika buat disabled right click ini! aku selalu blogwalking, dan banyak sangat blog dah aku rantau, cukup aku katakan, jangan sesekali guna bahasa kasar!
contoh:
'woi!! apa curik2 ni haaa.! tak malu ke woi!'
'babi! nak curik pulak kan.'
cukuplah dua contoh yang aku reka sendiri tapi ada jugak blog yang guna perkataan macam ni, seiras macam ni la. aku dah lupa blog siapa. ada siapa2 yang terasa? XD
bayangkanlah, niat si blogger yang datang menerjah ke blog beliau, adalah untuk mengrefresh, contoh macam aku, kalau internet tak okay, aku akan refresh banyak kali, dan tetiba di saat aku tekan right click untuk tekan 'refresh' , tetiba keluar perkataan macam ni, hahaha, terkejut aku. hahah.. patutkah aku bagitau beliau apa sebab aku tekan right click? tak perlu. keh3!
(aku tak biasa tekan F5 untuk refresh)
kalau boleh gunakanlah bahasa yang sopan sikit. yang manis sikit, yang takkan menyinggung perasaan orang lain.
contoh
'aip! namo curik2 ye...'
'hahaha. tak boleh copy!'
ni contoh jugak yang aku fikir sendiri, aku rasa bahasa macam ni okay sikit la berbanding sebelum ni, rasa tercuit hati bila baca, nampak la karakter si blogger tu, sopan dan manis.
aku akan melarikan diri dari blog yang selalu guna bahasa kasar terutama di right click. hehe..
orang yang anjur contest tak perlu buat disable right click. menyusahkan je nak copy banner contest anda tuu! hehe
lagi satu!!
kotak komen!
contoh: blog faiq roslan
tengok dia tulis, ___ orang prihatin.
tapi ada blog yang tulis
'___ orang jahanam
'___ orang nak kena penyepak
'___ orang nak mampus
ada tauu! aku pernah jumpa, aku rasa tawar hati nak komen.. hahaha serius. aku pun terkejut kalau jumpa perkataan macam ni. kang aku komen, aku pulak antara orang yang jahanam. adesss.. perkataan melambang diri sendiri.
tulis la yang manis sikit, yang sopan, yang lawak2..
contoh
'___ orang doakan kami bahagia.
'___ orang yang selalu singgah blog ni
'___orang yang comel-comel.
sweet kan? terbuka pintu hati aku nak komen dengan rela hati tanpa syak wasangka. walau post dia hanya bertulis
' aku bosan hari ni, tak tau nak tulis post pasal apa'.
kadang2 benda ni jugak perlu diberi perhatian. serius, sila amik berat tentang isu ini. walau orang anggap remeh temeh tapi sebenarnya benda remeh temeh macam ni la kita kena alert sikit. ingat, pembaca blog la yang akan menaikkan nama kita, selain post2 yang bernas dan keramahan kita. ingat tuu..
hati kena baik, jujur, kena ikhlas dalam dunia berblogging, baru kita disenangi semua orang. :) gunakan bahasa yang sopan dan menarik di hati semua pembaca!
ada jugak blog yang tulis,
kalau suka like, kalau tak suka, pergi mampuss! *merujuk kepada button like fb*. perghh..
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
19 comments:
sokong ko atin... aku pun jd tawar hati bila benda sama terjadi
good one!
sape yg tulis kasar tu ade masalah mental. AUMM~
yeap..penah mengalami menda yg sama...hehe
haah.. wat sakit ati je.. cakap bebaik sudah kalau ye pun disable. aritu unfolow sorg sebab entry semua nak maki orang je.. huhu
betul2.bunga sokong..arap2 ada yang bc entri ni n ambil perhatian kan..
Salam, fatin. Kak setuju. Pernah juga melawat blog yg suka guna perkataan mcm tu..kurang manis la kan...:)
terus terang cakap, x ske disable right klik.. susah nak wat macam2.. + blogger yang ske letak link2 blog len, xleh right klik cane nak open new tab? kalau left klik, selamat tinggal blog tadi.. serba salah..
salam dear fatin
belum dapat lagi email anda untuk pemenang GA
boleh email sekali lagi
status akan update di blog
emailkan kawaiihandmade@yahoo.com
4 digit rahsia anda: 4512
assalamualaikum...
sudah tukar temphlate ke???? lama saya tak brkunjung ke sini kan..tapi yang baru nie ok gak..lebih ringan rasanya
Akak setuju sangat dik.. kadang bila tulis bahasa kasar hilang mood nak membaca dan pastinya itu kali pertama dan terakhir singgah..
mmg tsentap kalo org ckp camtu
tak kire walau bgurau kan..
bahasa kita mlmbangkan pribadi
kita jugak ;)
setuju sgt tu..kadang2 naik nyampah nk buat contest..pastu bila right klik boleh plak nk sound..sbr jee laa x pasal2 pagi2 dh kena sound..uhuk
kalau tuan blog tulis bahasa kasar, sumpah kali tu jer sya jengah blog dia
assalamualaikum
salam ziarah di pagi selasa yang kehujanan
sokong ! haha
waww.. ye sy mmg setuju. tapi bukan nak ckp ape.. kadang2 suke je right klik .. saje2.. skali klu a notification camtu.. hancur luluh hati den
Mungkin pada blogger tersebut unik dan lucu tapi tidak pada blogger dan pembaca yang lain. Bahasa yang indah mencerminkan keperibadian blogger itu sendiri. Hehe.
betol3 ! penah jumpe gak org wat camtu ! menyampah... cakap elok2 kan bagus kan.. baru nampak kita ni suci baik budi pekerti *perasan :P
Post a Comment