Thursday, March 24, 2011

MENANG TANPA BERTANDING! TOLONG JANGAN PERCAYA!

salam

ini bukan kisah politik okay. menang tanpa bertanding! ahaks. tapi ni kisah yang berlaku kat internet dan kebanyakan orang mesti akan percaya walau tak tau kesahihannya yang sebenar!

dulu, masa lepas spm, laptop pun tak de, aku selalu pergi cyber cafe (CC), untuk online myspace. dulu kan zaman myspace. facebook pun tak de lagi. kui3.. 1st time tetiba keluar ayat congratulations! you have won! setiap kali dapat tu, aku akan klik benda tu. kadang2 teruja la kan tetiba menang. dalam fikiran aku, mesti aku bertuah kan tetiba dapat duit.

tapi tu la, dulu2 tak pandai sangat bab internet ni, tak tau macam mana nak amik duit tu, so selalu abaikan aje. satu hari, aku tau benda tu menipu bila tengok PC sebelah aku pun keluar benda tu. dalam masa yang sama, PC aku pun keluar. aku pun pelik. aikkk.. kenapa dia pun dapat?? sejak tu baru aku tau, aku takkan percaya benda tu lagi.

setelah sekian lama aku guna emel ni (fatin_uniklmsi@yahoo.com), dari aku sem1, bulan 9 tahun 2007 sampai la sekarang. aku selalu sangat2 dalam emel yang bukan2 kat inbox dan kotak spam emel aku ni..

sebab kerap sangat dapat, aku kadang2 bukak jugak. baca apa yang dia tulis. haha..


contoh emel yang aku dapat dalam kotak spam dalam emel. yang bestnya, semuanya ucap tahniah sebab aku menang!! hahaha..

bukan satu beb, banyakkkkkkk. haha. ada sekali tu, aku tanya abah, apsal la banyak sangat dapat emel menang duit ni, padahal tak masuk apa2 punn, abah pesan jangan la sesekali percaya sebab itu semua tipuu. abah selalu pesan jangan bagi num akaun sesuka hati pada orang yang tak kenal. banyak sangat dah orang tertipuu dengan benda2 macam ni tapi yang aku pelik, ramai jugak yang percaya dengan benda ni.. hoho


aku tertarik dengan satu emel ni. dari perempuan melayu dan islam. meh baca


klik untuk besarkan (VERSI BAHASA MALAYSIA)


aku tak percaya langsung sebab bukan untuk aku. cuba tengok TO : UNDISCLOSED-RECIPIENTS... kenapa bukan emel aku kalau betol dia send kat aku kan? hehe..

yang buat aku detect satu2 emel yang penipu adalah yang dihantar kepada UNDISCLOSED-RECIPIENTS, tak kira la emel tu dalam bahasa melayu ke, bahasa inggeris ke, itu saja. bukan main baca menyemak dalam kotak spam aku. kadang2 tersesat dalam kotak inbox.


emel yang lain antaranya...

klik untuk besarkan ( VERSI BAHASA INGGERIS)


selalu bila orang tak tau apa akibatnya, orang mesti akan percaya tapi tolonglah, tanya orang lain dulu sebelum bagi apa2 butir peribadi kat orang yang betol2 kita tak kenal..

pernah aku dapat emel dari yahoo.com, mintak aku kasi nama, emel dan pasword sebab diorang nak verify ke apa benda ntah, aku percaya la. haha. aku pun kasi laaaa. lepas dah kasi beberapa minit, aku rasa macam tak sedap hati, terus aku tukar pasword emel baruu.. haaaa. nasib baik tak jadi apa2 kat emel aku ni. risauuu..


yang ni baru aku percaya..


emel dari jobstreet.. keh3. tengok TO : emel aku kan? wee..


kalau macam tu, okay, aku percaya.

virus2 macam ni selalu menyerang laman web sosial, bukan setakat emel aje. ingat tak, dulu masa kat friendster, ada video perempuan bogel tersebar kat kotak komen. aku pun dapat, dari kawan baik aku, lelaki, setahu aku dia pemalu, tapi apa motif dia kasi video macam tu kat kotak komen aku kan, aku tanya la dia, rupanya virus. sebab sebelum ni, dia tekan video tu dari kawan dia. akibatnya, video dari profile dia akan tersebar kat kawan2 dia pulakkkkk..

sama macam kat facebook, baru2 ni virus chat pulak menyerang haaaaa. aku terpaksa offline kan kotak chat aku sebab dah tak sanggup dapat chat macam tu. hahahaha bukan sorang, ramai kotttt. mungkin diorang tak tau, tapi serius, kadang2 rimasss.. aku takkan sesekali tekan, tak nak aku. rosak facebook aku karang. siap2 haribulan kena buat baruu..wuu.. kepada yang dah tertekan tuu, sabar la banyak2 ye, berhati2 la lepas ni, jangan sesekali tekan link apa2 yang tak berkenaan, yang anda tak tau apa link tersebut...

kaya kaya kaya. haha. yela, hari2 dapat emel kata menang, cabutan bertuah emel la, apa la. haha. padahal aku tak masuk contest atau giveaway dari luar punnnn. semua dalam malaysia je. haha. pelik pelik.

kawan2 janganlah percaya! jangan sesekali percaya! kelak memakan diri andaaaa~~~

amik pengajaran dari kesilapan, jangan mengulangi kesilapan ituu.. langkah terbaik, delete ja semua emel2 kat kotak spam tanpa perlu membukanya. tengok la dulu dari sapa. kalau spam tu, tak boleh percaya sangat. kadang2 aku bukak jugak. tapi alhamdulillah, tak de virus. takot ada emel yang antar virus. lagi bahaya!!


8 comments:

merahitujambu said...

selalu gak dapat email x pon sms macam tu...

Farhan Zulhusmi said...

ini semua mainan politik...hahahhaa............

shahjiehan said...

o0o0..unikl MSI... kat kulim tu eh?

Noor Fatin said...

merahitujambu: tu la, byk tersebar. hehe

farhan: hahahaha.. ntah la..

shah: yup. situ la :)

kay_are said...

ade gak r dapat surat2 camtu.. jangan men2 dari ministry negara mane ntah.. siap anta profile lagi.. memang aku gelak guling2 je bace..

Wan said...

memang pun,kebanyakan pasal duit tu semua menipu.
tu skarang dalam akhabr banyak laporan penipuan cyber.

sahromnasrudin said...

emel mcm nie sy tgk tajuk je..ps tue terus delete huhuhuhuhhh

noa said...

JANGAN PERCAYA!!!
sape percaya tu mai nk sekeh sekali
*tetiba ada hati nak amik kesempatan sekeh anak org :p

ENTRY HOT : Beku

ARTIKEL RAKAN BLOGGER