Friday, March 4, 2011

MILIKI DUA BLOG? APA KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA?

salam

buat pertama kalinya aku tak update blog sehari. iaitu semalam. (3/3/2011) huhu. aku ada masalah sikit semalam. sikit kot. sampai aku berubah perwatakan di laman sosial. huhu.. sapa yang tau, tau la. sapa yang tak tau, tak payah la tau. kehkehkeh biar la. benda dah berlalu..

sekarang kan memang trend para blogger mempunyai dua blog atau lebih. betol tak?? hehe dan kebanyakkan satu blog peribadi dan satu blog lagi untuk join contest/giveaway. ada jugak blog yang khas untuk jual barang2 melalui online, ada yang blog khas untuk photography dan ada jugak blog untuk luahan hati. hoho.

aku pulak ada 3 blog. satu blog ni la, blog peribadi, satu lagi blog luahan hati, itu aku privatekan. blog tu khas untuk aku dan  aje, apa kitorang nak luah, semuanya dalam tu. hanya kami berdua je tau. kui kui. dan awal february hari tu aku buat lagi satu blog iaitu untuk join giveaway/contest.

ada kebaikan dan keburukkannya. ini 100% dari otak aku sendiri ya. tak de aku google pun cuma pendapat aku sebab aku dah selalu sangat lepak2 blog orang ni ha. agaga..

kebaikan ada dua blog:

1) dapat ringankan blog. maksudnya., kalau masuk banyak GA dan contest, banner kat sidebar akan jadi banyakk. so blog tu akan jadi berat. haha aku dulu2 pun macam tu la. tapi sekarang dah ringan sejak2 aku buat satu blog khas untuk GA/contest.

2) tak serabut kepala otak. mana nak cerita pasal kehidupan lagi, contest lagi, photography lagi. adess. pening2. kalau buat blog, semata2 nak cerita pasal artis je, baik aku baca beautiful nara atau oh bulan. kehkehkeh..

3) bila ada dua hobi ni, contoh: suka menulis blog dan suka join GA/contest, semestinya bila anda ada dua blog, automatik pembaca akan bukak blog peribadi dan GA/contest. macam aku la, aku selalu baca blog peribadi seorang blogger ni, tetiba dia ada blog GA/contest, aku terus buka untuk usha-usha apa GA/contest yang baru. kui3

4) blog anda akan nampak lebih kemas. kat banner tu nanti tulis siap2, kalau blog contest/GA tulis saja, macam aku, aku tulis NOOR FATIN & CONTEST. orang mesti tau, ooo ini blog contest saja, kalau nak blog peribadi, diorang akan klik blog peribadi aku..

5) di samping dapat memuaskan hati dengan menulis blog, anda boleh jugak dapat hadiah sampingan untuk blog satu lagi. terutama blog GA/contest la. kalau rezeki anda bertuah, insyallah anda akan dapat hadiah yang menarik2. kena la join banyak GA/contest. hehe sejak-sejak aku ada blog baru tuuu, aku dah menang 4 contest. alhamdulillah, dapat jugak. rezeki ada di mana-mana, tinggal usaha dan tawakal saja la :) begitu jugak dengan shopping online, dapat income lebih..

cukup la 5 okay. hehe. itu pendapat aku la :)

keburukan ada dua blog:

1) kekeringan idea..ada orang cakap, ada satu blog pun belum tentu ada idea nak tulis, tambah la ada dua blog.kehkehkeh

2) kelam kabut. dan kadang2 rasa tak tau nak update yang mana satu. hehe aku punnnnnnn. kadang2 aku rasa nak update blog ni, dalam masa yang sama, aku tengok ada banyak GA/contest yang baru. aku pun pening. yang mana satu nak dahulukan, kena pulak internet slow. aku pangkah dua2. kah2

3) kalau jenis kejar trafik dan nak dua2 blog maintain trafik, memang susahhhh. lain la kalau internet laju gila dan tak da langsung keja nak dibuat 24 jam. pakai autoBW karang kena kejar pulak. hik hik..

4) nak bagi komitmen sama rata pun susah. memang akan timbul la rasa pilih kasih dalam salah satu blog. kui3

korang prefer yang mana? tumpu pada satu blog je ke atau ada lebih dari blog untuk mengasingkan hobi dan kerjaya anda? hobi: menulis blog. kerjaya: jual barang2 kosmetik.

sila beri pendapat anda ye :P

ni blog contest aku : http://fatinlovecontest.blogspot.com

:)

10 comments:

lavender harum wangi said...

haha, aku kurang suka join2 kontes and aku xde bisnes so satu pn dah cukup~ :D

megat isa said...

ohooo.. patut lah ada 2 blog.

kay_are said...

masih lagi 1 blog.. x mampu nak wat 2.. huu

Nur Farah said...

ada dua jugak.. satu blog penulisan.. satu blog peribadi yang ta private.. ehhehe.. blog contest?? ta mampu nak manage banyak2.. ekekeke..

tomato said...

i prefer satu blog je pasai tak dak la penin..kalau tak dak entri baru leh ganti ngan kontes...kekekekeek :P

Unknown said...

yup.. kalu kering idea tu yang parah tu.. hehehe..

merahitujambu said...

satu blog pon x terupdate..apa lagi nk dua blog..heee..

teyn teyn said...

tak kisah brape blog pon , asalkan dpt handle , kan ?

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. kerana ade masalah pada laptop aku..baru hantar repair lerr...

eemmmm aku ade 2 blog ... eem,mmm satu pun tak terjaga wehhhhh.... aku rasa yang satu lagi dah tak pernah tercuit pun.... aku gagal handle... tak ade masa lahhhh

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

ade 2 blog..
1 tuk berkongsi pandangan..
1 lg tuk luah kn pape yg xbole ckp direct kt org2 tertentu..
tp sbb 2 2 pn xkejar trafik..
so xksah la..hehehe

ARTIKEL RAKAN BLOGGER