Tuesday, March 1, 2011

APABILA KEPERCAYAAN DIKHIANATI..

salam

update lagi! busy tadi tak sempat nak update awal2 pagi. kehkeh amacam dah kenal dengan kawan aku yang sweet tu? hehe pergi tengok kat entry sebelumnya okay!

hari ni aku nak cerita tentang persahabatan. ya, aku mengaku aku memang seorang yang ego. dan aku susah nak maafkan orang yang dah khianati kepercayaan aku. aku percaya sangat2 ni pada dia sampai 100% tapi sekelip mata dia hancurkan kepercayaan aku tu sampai aku dah tak sanggup nak ada kaitan dengan dia.

bagi aku, no handphone adalah hal peribadi. dan aku akui ramai yang aku dah kasi no handphone. terutama budak2 grup 1989 la kan. majoriti boleh kata 80% ada no handphone aku. walaupun ada yang aku tak pernah jumpa, tapi kalau diorang mintak no handphone, aku akan bagi. tapi tengok keadaan la kan. kalau langsung tak pernah kenal, tetiba mintak no handphone, memang aku takkan kasi!

kisah terjadi apabila seorang kawan ni, biar aku namakan dia sebagai YAH. bukan nama sebenar. aku kenal dia dari zaman persekolahan lagi. memang kitorang rapat. dia selalu datang rumah aku dan aku pun pernah la beberapa kali datang rumah dia.. tapi sebab satu peristiwa mama aku dah tak bagi pergi umah dia..

aku tak suka dia sebab dia selalu mungkir janji. dia beria-ia yakinkan aku tapi dia mungkir janji. sekali dua tak apa la, ni banyak kalii.. aku memang sakit hati dengan orang yang kerap kali mungkir janji ni. mula2 memang aku tak ambil kisah lama2 amik kisah jugak la kan bila ia dah menyusahkan aku.

dulu masa hari raya, dia datang rumah aku. dia beria-ia ajak aku datang rumah dia. jauh jugak la. kena naik bas. aku pulak jenis tak penah jalan jauh2 ni tanpa mak aku.. mak aku mula2 memang la tak nak kasi tapi sebabkan dia dah janji dengan aku, dia akan hantar aku balik naik bas, mak aku percaya. dan aku pun percaya. tanpa berlengah lagi, aku ikut dia balik rumah. bila dah sampai rumah, pembantu rumah dia masak macam2, aku dah tak ingat la. dia memang anak orang berada. sumpah, memang mewah gila.

sampai pukul 9 malam, dia tak bagi aku balik lagi. yang mama pulak dok call suruh dia cepat2 hantar aku balik. dia kata tunggu la, tunggu mak dia balik. mana tau mak dia nak tolong antarkan.. dalam pukul 10 lebih, mak dia pun balik. mak dia badmood pulak dah. mungkin ada masalah kerja. lepas tu aku cakap aku kena balik sekarang ni, dia kata kejap, dia tanya mak dia boleh tak dia antar aku balik.. tunggu punya tunggu, dia kata, mak dia tak bagi antar aku balik sebab dah lewat malam. takkan aku nak tido rumah dia pulak kan? last2 aku cakap tak apa la, aku balik jalan kaki. on the way nak balik tu, lorong2 gelap, hutan2 sekeliling. aku dah lupa kat mana bas tadi tu hantar kitorang, last2 aku pun balik jalan kaki, telefon mak aku, suruh abah datang amik. mak aku masa tu dah bengang sangat la kan. so aku jalan kaki punyalah jauh dah la jalan gelap dan akhirnya jumpa mc donald. kat situ aku singgah beli burger dan makan! tak lama lepas tu abah datang amik dengan kereta.

sejak tu mama jadi sakit hati sangat dengan dia. kalau dia tak beria-ia berjanji takkan la mak aku nak percaya kan? dah la masa pergi abah tak tau, takkan nak suruh abah datang amik pulak kat umah dia. perghh. hilang kepercayaan mak aku pada dia. aku okay lagi la. mak kan, dia mesti risau, sebab aku bukan jenis keluar malam2 ni. adoii.

dan macam2 la dia mungkir janji tapi aku tetap cool lagi, malas nak bergado2 dengan perkara remeh temeh macam tu, hinggalah satu hari, masa tu aku praktikal. aku pun dah pindah, dah tak dok KL lagi...

dia kata dia kesian kat aku sebab aku tak de pakwe lagi. aku cakap tak apa la, nanti ada la kan. masa tu aku pun tengah krisis dengan ex yang lama, so memang jiwa tengah kacau. dia kata dia ada sorang abang angkat. nak dikenalkan kat aku. budak kelantan. aku kata tak payah la, tak apa, aku tak kisah la ada pakwe ke tak, aku bukan nak cari pakwe cepat2. lepas tu dia cakap pulak dengan aku, abang angkat dia tu mintak no handphone aku..

aku dah pesan, JANGAN BAGI! aku tak kenal budak tu macam mana. tak perlu nak kasi no handphone akuuu. aku berkali-kali pesan kat dia jangan bagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. aku taknak masalah lain pulak datang.

TETAPI...

dia BAGI jugak!! beberapa hari lepas tu abang angkat dia sms aku, sms yang nak tuntut hutang dari aku. WTH? bila masa aku hutang dengan orang pulak ni? desak punya desak last2 abang tu mengaku dia la abang angkat YAH tadi tu. kawan aku tu. aku terkejut, aku tanya mana dapat no handphone aku. dia cakap paham-paham je la kan.. bila aku tanya kawan aku, dia tak mengaku pulak tu dia kasi!! memang hangin la kan? grrr..

mungkin sebab jiwa kacau sangat, aku layan jugak la sms abang angkat dia tu. dan kadang2 kitorang contact melalui YM. dia memang baik. dia rajin sms aku, kol aku, amik berat pasal diri aku dan satu hari dia meluahkan perasaan kat aku.. OMG! aku betol2 tak sangka, dia ada simpan perasaan pada aku. grrr..

aku tolak sebab aku tak kenal dia betol2 lagi. tak nak la kan.dia janji macam2 dengan aku, macam2 la dan dia jugak ada kata hari raya yang akan datang pada tahun tu, dia nak jumpa family aku. memang gilak! dan kawan aku tadi tu, YAH tu pulak dah buat perangai. baru la dia bagitau aku, memang dia yang kasi no handphone aku dengan abang angkat aku tu sebab tak nak aku sunyi2, sebenarnya dia suka kan abang angkat dia tu, tapi dia malu nak bagitau dan dia betol2 tak sangka abang angkat dia tu sukakan akuuuuuuuuuuuuuuuu..

aku memang marah sangat, geram dengan dia, aku tanya berkali-kali kenapa sanggup mungkir janji, aku dah pesan awal2 jangan bagi no handphone aku tapi degil. gatal jugak nak kasiiiiiii. adoyai. diri sendiri pulak nak merana. lepas tu ugut pulak abang angkat dia, yang dia nak bunuh diri. macam2 la. aihhh. meluat aku.

memang abang angkat dia tu baik dengan aku, caring tahap gaban la tapi aku memang langsung tak de hati kat dia. macam mana dia goda aku pun, tunjukkan kasih sayang banyak mana pun, aku memang tak suka dia. sebab aku sakit hati dengan kawan aku, aku dah bagitau awal2 jangan bagi no handphone aku. degil jugak kan... dan aku takkan sesekali terima dia walau apa cara sekalipun.

dan kebetulan masa tu jugak aku baru kenal2 rapat dengan . yang aku kenal sendiri kat grup, hati budi dia dan macam2 la yang buat aku terpikat. dan satu hari aku tulis dalam blog, aku bagitau yang aku dah ada SOMEONE yang aku suka sangat. tapi masa tu tak da sapa lagi tau itu la . aku tulis yang SOMEONE tu caring, masa aku gastrik, dia teman aku, msj aku dan macam2 la. lepas tu esoknya abang angkat tu msj, cakap sapa lelaki yang aku maksudkan dalam blog tu? sebab masa aku gastrik tu dia tak msj dengan aku pun,. dia kata dia jeles sebab aku cerita pasal orang lain, bukan pasal dia. OMG

lepas aku declare dengan , aku bagitau dia aku dah ada pakwe. dia terkejut sangat sebab dia kata masa dengan dia dulu, aku kata tak nak ada pakwe lagi, then kenapa tetiba aku boleh terima pulak. alahaii. aku dah cakap dah, aku memang tak boleh terima dia.. dan akhirnya kitorang lost contact. dia ada je on YM selalu cuma aku je dah jarang on YM. so kitorang dah tak contact lagii..

yang si YAH tu pulak, aku remove dari segala laman sosial aku, dia ada sms aku, aku tak balas langsung, dan aku tak beri apa2 respon. dia langsung tak putus asa, dia sms aku macam muka tak bersalah langsung. berkali-kali dia add aku kat facebook aku tak penah approve. aku reject, dia add, berkali-kali. dia buat pulak akaun lain, guna nama lain, tapi profile picture gambar dia, aku reject jugak. sampaikan dia msj aku kat inbox tanya kehidupan aku macam mana, aku tak pernah balas.

aku memang ego. kalau sekali dua dia mungkir janji aku cool lagi, ni dah berkali-kali dan sampai menyusahkan hidup aku. lepas tu sampai orang lain tagih cinta kat aku, dia pula tagih simpati. tak ke rimas semua tu kan??? aku ada banyak benda nak fikir, selain pasal diorang. ishh! benda ni aku dah lama simpan dalam hati dan aku rasa tension sangat2 dan aku rasa aku nak luahkan kat sini. biarlah, dulu abang angkat dia selalu baca blog aku, sekarang tak tau la kan..

tolonglah wahai kawan-kawan, kalau betol anda kawan yang baik, jaga hal peribadi kawan2 anda, jaga maruah dia, termasuk no handphone dia. bagi aku no handphone adalah kehidupan peribadi aku, kalau aku galak sangat nak berkenalan dengan jantan., aku dah tulis dah no handphone aku dalam tandas!

untuk pengetahuan korang, contoh la kalau si A dan si B, ni kawan aku, lepas tu si A msj aku, mintak no handphone si B, aku akan msj dulu tanya si B, boleh tak aku kasi no handphone ni, si A ada mintak. kalau dia kata boleh aje, aku kasi, kalau tak, aku akan cakap kat si A, mintak la sendiri, aku tak boleh kasi no handphone orang sesuka hati.. amanah orang, kita mesti jaga. macam diri kita sendiri. even si A dan B tu adalah sama2 perempuan.

kalau ada orang nak bagitau aku satu rahsia, dan suruh aku berjanji takkan bagitau sapa2, aku memang pegang janji tu. serius. kat  pun aku takkan bagitau. aku cukup menjaga rahsia kawan2 aku. walau seburuk2 rahsia tu, kalau dah aku berjanji memang aku pegang pada janji.


panjang pulak entry kali ni. dah lama aku pendam. benda ni memang dah lama berlaku tapi tetap meninggalkan kesan terhadap hidup aku. mungkin sebab aku terlalu berlembut, orang pijak kepala aku. tapi kalau bab maruah aku, kehidupan aku, aku memang takkan berlembut. memang hati aku keras. memang aku takkan layan lagi. memang aku akan elakkann!



aku perlukan pendapat korang.. tentang apa saja. cuma untuk berbaik dengan si YAH tu, rasanya tak mungkin. mengelak adalah lebih baik dari mengubati kan?? aku taknak pisang berbuha 18x lagi..mungkin aku boleh maafkan dia, cuma untuk kembali macam dulu, tidak mungkin. jangan sesekali khianati kepercayaan yang aku dah berikan.

13 comments:

lavender harum wangi said...

wooo~ that's y i don't have bestfren~ >.<

Azmi said...

haha...memang gila lah yah tu...bagi no tepon kt org pastu dia plak menyesal...
sape suruh.....
tak yah layan lah si yah tu...

saperakue said...

eee teruk betul ada kawan mcm tu...

x rugi pun kalau hilang kawan yg mcm tuh

"miko itu nana" said...

huwaa.
habis gak baca..hehe..
itula..
xsuka kalo kwn yg senang2 jek bg no fon kan...
bajet nk tolong la..
padahal menyusahkan lgi adela..huhu

Nur Farah Hani said...

hurmmm... fara pun ta suka orang jaja my phone number

yang kedua-- kwan awak tu lokk like nak sangat kawan ngan awak balik?? tak tanya dia.. iklas ke punya niat lain lagik?? kalo ikla per salahnya maafkan.. kalo nampak macam punya niat buruk buang jerk dia ke laut.. hehehe


ke-3 - pernah mengalami situasi ini.. aii mean kepercayaan y dihianati.. and siye sukar dimaafkan.. so saya paham tindakan fatin.. betul gak kan.. tak kan la kita nak bg pisang ebrbuah dua kali kan.. ;p

senydream said...

ssh kn nk menilai seseorang kawan tu...

bunga said...

xyah layan..hahhaa..

nora said...

susahnyeeee

biarlah takdir menetu segalanya (tetiba mood drama =p)

oya said...

ish..x best la camni kan..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

mg sukar nak menilai sahabat kita nie..takut yg terlebih baik tue la yg berpura2 kan

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
eemmm sekarang nak cari kawan susahhhh... so beringat lain kali... jgn pisang berbuhahh 3 kali yerrr

Gen2Merah said...

itu lah pentingnya kita memilih seorang kawan yang betul2 memahami kita. ada kawan depan ja baik, belakang dia tikam kita. Dasar talam dua muka..

merahitujambu said...

ada ke best friend dlm dunia nie..hee///

ARTIKEL RAKAN BLOGGER