Thursday, September 15, 2011

SEMINGGU SUDAH BERLALU..

salam..

semalam aku cuti! hari ni aku kerja tapi sampai pukul 2 petang je. petang ni nak keluar tengok wayang dengan mama ;D sepatutnya aku cuti hari khamis tapi sebabkan kawan lagi sorang mintak cuti hari khamis, aku dapat cuti hari rabu tapi minggu ni aje la. keh3.

oh ya, kepada yang belum tahu, aku kerja di salah sebuah kedai kasut di kulim. hoho..

seminggu sudah berlalu. setakat ni, ok la tak de masalah. kerja ada shift, pagi sampai malam dan petang sampai malam. kalau pagi 9.30pagi-8.00 malam. kalau petang 2.00ptg- 8.00 malam. ada 3 hari pagi, 3 hari petang. satu hari cuti.ok la kan, tiap2 hari balik pukul 8 malam. hari2 mama datang ambil ;D

oh ya, jawatan aku promoter je. err salesgirl kot. err sama la kan? =,= hanya perlu layan kemahuan orang nak membeli kasut. aku tak de pengalaman. memang panik gila okay. haha..

2,3 hari pertama memang aku panik gila la weh. mana boleh nak hafal kod2 kat kotak tu semuanya, yang ada dalam store lagi. memang la ada label tapi kalau secara spontan nak kena cari, pelanggan pulak dok tunggu, memang panik =,=

purata kasut kat kedai tu dalam harga rm3.90 sampai rm89.90 rasanya. yang beratus2 tak de la. hehe ada jenama BATA, yang lain2 jenama biasa je. LA SCENE, NOSE, MONICA dan lain2 la, berlambak la kasut. tapi banyak dah habis stock. yang paling best dan buat aku teruja ada selipar angry bird! huahua..

paling best dapat try heels yang tinggi gila lepas tu posing ala2 model dalam kedai. kahkah..
aku suka betol kasut pattern macam ni. haha. suka sangat2. tapi aku takot la nak beli. harga rm49.90 kot. tapi cantik la kan? tinggi sangat. mau terkangkang nanti :P

ala, sekali sekala pakai dan jalan2 dalam kedai pun ok apa. haha. merasa jugak la aku pakai heels :P

yang best wedges pun ada. suka2. aku try jugak pattern yang lebih kurang macam kasut ni, masa mama datang kedai, tunjuk kat mama, mama kata pelik ah! hahah tak payah nak beli. ngeee. tinggi. memang tak boleh nak imbangkan badan. aku jalan pun kena pegang rak tu =p

aku berkenan betol kasut yang pattern lebih kurang macam ni. tapi saiz aku dah habis..uwaa..


semua gambar aku search kat google je ni ..


pekerja ada 4 orang. seorang cina. dua orang india, dan seorang melayu iaitu aku! majikan cina la. hehe. best la kawan dengan diorang ni :) tak de mengumpat, kutuk2, haha tu la bezanya kalau bercampur dengan kaum lain =p

apa2 pun aku suka kerja kat sini. waktu rehat pulak ada dua jam kalau aku kerja pagi. best kan. aku balik makan kat rumah. haha pergi sana jalan kaki, dalam 10 minit je dari rumah aku. haha.tapi anjing banyak. kalau kena kejar, 3 minit dah boleh sampai. hari2 kena bawak payung sebagai senjata :P

kasut yang dijual pulak, untuk semua la. perempuan, lelaki, dan kanak2. kasut sekolah, kasut kerja semuanya ada.

kerja tak stress, kawan2 ok, suasana best, kerja tak teruk sangat. ok la, cari pengalaman sebagai salesgirl ;D

11 comments:

Woofer Storm said...

best kan kalau kerja tak stress,jgn jadi mcm sy ni..kerja rasa nak gila je..heheee

kindergartenlibrary said...

wah .lawa2 seyh !

oya said...

ok la tu kan..kat mana tu..
kasut2 tu mmg lawa..

NasQ said...

tak berapa elok la pakai kasut tumit tinggi...

chiLleD...!! said...

pasni leh beli kasut ngn fatin lah..hehe

NIA said...

wah boleh dapat kasut free tak?ngeheeee~

wahida said...

alhamdulillah...ko selesa kat situ..yg penting kawan sekerja ok..kita pun hepi kan...

keje bebaik ye...timba pengalaman sehabis mungkin...

Umie Nadhirah said...

bestnye koje camni.. senyum sokmo la jawabnya :D

miera said...

bestnyee dapat main dengan kasut sekaliannn
huhu

Unknown said...

Hahaa. Time ni la nak bergaye cam model.

zahidah seran said...

heheh.bergaya dengan kasut...
berangan jadi cinderella tak?

ARTIKEL RAKAN BLOGGER