Sunday, September 18, 2011

JADI CASHIER BESAR TANGGUNGJAWABNYA

salam..

sepanjang pengalaman aku bekerja sebelum ni aku belum pernah diberi kuasa menjadi cashier. masa kat nasi ayam dulu tu pun, beberapa kali je, tu pun bukan jadi cashier sepenuhnya. sekali sekala kalau orang bayar kat aku, kalau cashier menghilangkan diri, aku yang akan pulangkan baki duit pelanggan tu. tu pun pernah ada orang kata duit short la apa la. lepas tu memang aku takkan jejak kaki ke kaunter lagi~ agak2 la kan. argh malas nak ingat. yang penting, Allah tau aku tak mencuri duit orang.

tapi tak tau kenapa pekerja cina tu dia kasi tanggungjawab kepada aku untuk jadi cashier selama 2 hari berturut2 sebab dia cuti. hehe bos dan supervisor jarang datang, jadinya pekerja cina tu la yang uruskan semua pasal kedai. stok ke, cashier ke, dia la yang uruskan. tapi sebabkan dia cuti, dia nak aku jadi cashier.

mula2 berat hati aku nak terima. tapi takkan nak hampakan dia pulak. dah la aku tak de pengalaman langsung. nak pegang mesin cashier tu lagila tak pernah. walaupun hanya sebuah komputer. kahkah. dia ada ajar sekali je tapi aku tak pernah try lagi ;P

sebabkan aku tak pandai guna mesin tu, dia suruh aku tulis bil dan kasi pada pelanggan sebagai resit pembelian. pastu tukar duit, dan pulangkan baki pada pelanggan. jenuh jugak la aku kutip tips dari  pasal nak uruskan duit ni. bukan nya sikit. huahua..




alhamdulillah, setelah 2 hari aku jadi cashier sepenuhnya pada 11/9 dan 12/9, tak de berlaku kesilapan ketika mengira, atau ketika memulangkan duit kepada pelanggan. aku standby siap2 kalkulator okay. arghh mesti kena kira pakai kalkulator, kadang2 senang je kalau kira dalam otak tapi aku takot keliru ke apa ke, macam was2 la kan, baik guna kalkulator. insyallah, tepat jumlahnya. hehe..

berkali2 pekerja cina tu pesan kat aku, kira duit betol2, nanti kalau short, gaji kena potong.wuwuwuw. so, kena la amanah, bertanggungjawab dan prihatin dengan kata2 dia tu~ haha... bagi aku, tanggungjawab tu cukup besar..wuu..

aku ada jugak baca blog sapa entah, pasal dia jadi cashier, ada orang asing mana ntah pukau dia, sampaikan dia boleh kasi duit kat orang tu sampai rm500. nak pengsan dia masa kira balik duit yang ada sedangkan dia langsung tak sedar macam mana dia boleh kasi, tu yang aku takot tu.. nasib baik la ada pekerja lain. takot la kan orang amik kesempatan~

mama kata baguslah, orang lain dah bagi kita sepenuh kepercayaan, jangan sesekali kita musnahkan kepercayaan tu, contoh, curi duit ke apa ke, kan? nanti sampai bila2 orang takkan percaya kita lagi. :) aku pegang kata2 tu sampai la bila2..

aku tengah tunggu stok kasut baru sampai ni. tak sabar2 nak melaram. stok yang ada sekarang ni semuanya dah habis saiz aku. arghh~ :P

14 comments:

budakijaupendek said...

ramai tak sanggup jd cashier sb tkot duit hilang atau tak mencukupi,
diri sendri kena tanggung kan ?
btw god job.
belajar sikit-sikit :)

budakijaupendek said...

ramai tak sanggup jd cashier sb tkot duit hilang atau tak mencukupi,
diri sendri kena tanggung kan ?
btw god job.
belajar sikit-sikit :)

velasrizal said...

YG PENTING JGN SILAP KIRA DUIT TU

Bunga said...

betul..mmg besar tanggungjawab cashier ni..bunga pernah jadi cashier dah la kena pgang duit tu makan 3 hari kadang2..mmg risau..

Aida Azryn said...

aida tak berani jadi cashier.. hehe

NasQ said...

aku pernah jadi cashier... tapi kedai sendiri la... hoho...

merahitujambu said...

sy pernah jadi casher masa tu lepas spm...keje kt kfc..memang susah tau..bila duit kurang kita kena ganti..uhuk..lepastu beringt

chiLleD...!! said...

sekrg ni sy pon kena jd cashier gak..frst day..kelam kabut gak lah

Acik said...

memang tanggungjawab besar jd cashier ni, tak pasal2 melayang duit gaji .. :(

THE AUTHOR said...

bagus ler dapat kepercayaan. Tapi jadi cashier ni besar t/jawabnya...bagus2: kerja susah no 2 yang penting trust. Tahniah.

Umie Nadhirah said...

cepat betul habis size. kau pakai saiz brape?

Unknown said...

Kisah aku ni baru bkerja di salah sebuah kedai di damasara damai, shop barangan, 2minggu baru bkerja di shop itu, cerita kisah besar, di kedai tempat aku bkeeja ini 4org, 1 llaki, 3ppuan termasuk aku,aku di minta bkerja bahagian cashier di pengalaman aku tiada cashier di pun, bila di suruh cashier, alu cakap tak pandai, mereka ajar, ada pangalaman sedikit,itu aku, masalahnya sering duit hilang dalam mesin cashier, siapa punya angkara

Unknown said...

Kisah aku ni baru bkerja di salah sebuah kedai di damasara damai, shop barangan, 2minggu baru bkerja di shop itu, cerita kisah besar, di kedai tempat aku bkeeja ini 4org, 1 llaki, 3ppuan termasuk aku,aku di minta bkerja bahagian cashier di pengalaman aku tiada cashier di pun, bila di suruh cashier, alu cakap tak pandai, mereka ajar, ada pangalaman sedikit,itu aku, masalahnya sering duit hilang dalam mesin cashier, siapa punya angkara

Uknown said...

Salam, saya nk tanya pendapat. Saya perkerja di sebuah restoran. Kawan saya tersilap kira duit baki pelanggan kekurangan seringgit. Dia kembalikan duit seringgit guna duit dia. Selepas itu, dia ambil balik duit seringgit dari cashier tanpa beritahu pihak atasan. Kemuadian, dia ternampak cctv...lalu dia berasa cemas, dia takut orang label dia sebagai pencuri. Jadi dia pulangkan balik duit yang dia ambil. Apa tindakan yang dia patut lakukan?

ARTIKEL RAKAN BLOGGER