Saturday, September 24, 2011

KENAPA MESTI WAJIB??

salam..

dah lama aku nak buat entry pasal ni. dah lama aku perasan. perkataan WAJIB semakin banyak digunakan tak kena tempat dan masa.

erti wajib

- wajib adalah suatu perkara yang harus dilakukan dan jika dikerjakan, mendapat pahala, apabila ditinggalkan mendapat dosa..

wajib ada dua.. wajib 'ain dan wajib kifayah.

wajib 'ain : satu perkara yang harus dilakukan seperti solat, berpuasa,zakat, haji bila berkemampuan dan lain2.

wajib kifayah : perkara yang harus dilakukan, jika sudah ada yang melakukannya maka tidak wajib lagi bagi yang lain contoh menguruskan jenazah.

tapi,

kenapa orang ramai asyik2 gunakan perkataan WAJIB setiap hari, tak kira di mana jua anda berada??

paling rasa terkilan, bila selalu nampak blogger2 asyik2 buat tajuk entry, WAJIB..... kalau join contest, mesti nak tulis, WAJIB FOLLOW BLOG NI, WAJIB BUAT ENTRY, WAJIB KLIK CHURP CHURP SAYA, WAJIB DATANG BLOG SAYA HARI2.

pehh semuanya nak dia letak perkataan wajib. kalau tak datang, atau tak follow, atau tak ikut la arahan yang diberikan, berdosa eh??

satu entry mengenai tolong jangan gunakan perkataan wajib sesuka hati untuk kepentingan diri membuka mata aku. sampai sekarang berbekas di hati aku dan sejak tu aku cukup berhati2 nak gunakan perkataan wajib kalau nak buat contest.

menokok tambahkan sesuatu hukum yang tidak terdapat di dalam al-quran adalah haram. sedangkan makan yang menjadi satu keperluan asas untuk terus hidup pun jatuh pada hukum harus.. :)



ketahuilah makna wajib yang sebenarnya..~

contoh2 yang aku sempat google


1) sape nak KAD RAYA special, WAJIB baca entry ni :)

2) entry tak WAJIB baca - antara kawan dan awek.

3) lampu ni WAJIB ada dengan aku.

4) hobi WAJIB lelaki.

5) digi award?? korang WAJIB baca entry ni.

6) entry SUKA-SUKA tapi WAJIB baca.

7) 5 blog WAJIB dilawati

8) WAJIB hadir majlis kenduri kahwin

kalau tak baca, tak follow, berdosakah?

lepas ni berhati2 la menggunakan perkataan wajib... sebab takot apa yang kita harapkan tak dapat, yang lain pulak kita dapat. huhu..

aku selalu gunakan perkataan mesti. :)

perbetulkan kalau aku salah berkata.. oh ya, entry yang berbekas di hati aku sampai sekarang, dikarang oleh miss tira, KLIK SINI

sama2 la kita perbaiki diri, termasuklah aku :)

jom kongsi pendapat! :D


6 comments:

☻UsaGi NaNa☻ said...

huhu. ak ada kot dlm post aku cakap Wajib. ke tak. x ingt. uish! berdosa nye!

Ary said...

ye,betul tu dik...setuju sgt!

#ciksuzlin said...

ok ustazah fatin~ thanks for da info.

Tukang Karut said...

aku rasa sunat aku komen hari ni...

budakijaupendek said...

entry yg bagus.
setuju.
wajib digantikan dengan harus.
boleh tak ?? hehe

bighagenjo said...

aku pon pernah persoalkan hal ni, tapi member just kata, apa salahnya.. kenapa kau pikir jauh sangat, kalau tak buat mcm tu, takde orang nak ikot. aish...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER