Monday, September 19, 2011

PERTAMA KALI MAKAN DI NANDO'S

salam..

tarikh : 14/9/2011
lokasi : jusco, perda
bersama : 

lepas jalan2 kat jusco cari kasut konvo tak jumpa2, kitorang decide nak makan. makan apa? KFC, MCD, PIZZA?? ohh tu semua dah selalu makan. tak nak tak nak. kat kulim pun banyak restoran tu. kitorang nak makan kat satu restoran yang kitorang tak pernah makan. hehee.

mula2 ingatkan nak pergi kenny rogers. tapi blur sebab tengok harga dia agak mahal, satu set pun dekat rm20 ++ sorang. nak makan untuk dua orang. lepas tu macam nak masuk kat restoran ayam penyet. tapi.. tak jadi..zzzzzzzzzzzz. tak nak makan secret recipe, kek sepotong mahal dan tak kenyang. hahaha aku nak makan benda yang mengenyangkan.

last2, menjejakkan kaki ke nando's!

sebelum masuk, tanya
, nando's tu apa? dia pun tak tau. pizza kot. okay2. pizza la kan. jom masuk~

cakap kat abang yang amik order tu kitorang tak pandai order sebab tak penah makan kat nando's, dia kata tak apa, dia tolong terangkan dengan lebih detail lagi pasal menu~ hehehe.


lepas dah order, tetiba cakap kat  eh apsal tak de pizza? ayam je kan menu dia? hahaha lepas tu fikir punya fikir, yang pizza tu dominos. bukan nando's. apa daaa. patut tak de pizza~ aisey, malu2 =p



minuman


strawberry = RM 5.50


minuman aku.

ice lemon tea = RM 5.90.


sos dia la kan~ garlic ke apa ke. macam2 =p


hidangan aku

1/4 chickens with 2 sidelines.

mild peri-peri.

sidelines : medditeranean rice + old style chips = RM15.90

hidangan


1/4 chickens with 2 sidelines

extra hot peri-peri

sidelines : medditeranean rice + peri chips = RM 15.90


ada extra hot, hot, mild dan lemon and herb

extra hot memang hot gila! hahah aku memang tak boleh makan pedas2 terlampau ni. nasib baik aku amik yang mild ^__^


yang paling besttt, air ni boleh refill berpuluh2 kali. wahahah best gila! diorang sendiri datang refill kan, tak perlu pergi mintak. sampai bergelas2 kitorang tambah =p


boleh tahan la sedapnya kat nando's. maklumlah 1st time makan. ahaks.

nanti nak pergi lagi la~ tunggu balik lagi nanti, boleh la pergi!! nyum3. hehehe jumlah semua = RM 50.11. terus pengsan. gahaha..



sesapa yang tak pernah rasa lagi nando's ni boleh la pergi ke jusco perda. cawangan lain aku tak tau kat mana. hee

nah, baca menu dia KLIK SINI

berbaloi makan rm50 sebab kenyang sampai esok pagi.. hahaha :))

sampai sekarang aku tak tau apa maksud peri-peri.

14 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

bole msuk jln2 carik mkn nih. hihihi

#ciksuzlin said...

lapaq. lapaq. lapaq.

bunga said...

bunga xpernah makan g..wah..best2..best..

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

ala..jusco ipoh xder la plak..

sahromnasrudin said...

nandos????

restoran nie jarang jumpe kan..ke sy yang katak bawah tempurung huhuhhhh

Kasut Hijo said...

err...fatin...sorry to kaco ur mood..ade something nak share kat kamu..sila refer kat my blog.. :(

asfira aminuddin said...

i tak suka nandos sbb takde cili sos. hehe.

alien said...

kalau kenny dia bulih pilih 3 side dish n ada 3 jenis cup cake utk dipilih.. tapi air baya asing2 la ta ikut set..

Bigdaddyz said...

boleh tahan jugala rasanya...:)

budakijaupendek said...

nando's sedap.!
hehe, pernah makan la.
tp sos dlm botol tu sgt pedas sebenarnya.
mmg hot!

chiLleD...!! said...

muka korang iras lah..cm adik beradik

ini aku? said...

oh mann teringin nyer!

Umie Artoqiemie said...

mahal tapi kenyang hati senang.. berseleranya dia makan sebab ade ehem2.. wakakkaka..

mrs redzuan said...

sekali jek penah makan nando's seumur hidup..=)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER