Friday, March 30, 2012

CONTEST : CERITA SERAM

assalamualaikum..

aku telah ditag oleh yadz untuk join contest ni. contest : cerita seram. aku nak taip pun dah rasa seram.. aku baca kisah yang yadz tulis pun dah rasa seram. macam mana nak mulakan cerita ni kalau rasa seram? ngeh3

tarikh tutup contest ni : 7/4/2012.

penganjur : SYAF


BANNER CONTEST : CERITA SERAM

masa aku form2, family aku kena pindah kat Kuala Lumpur. aku pun agak excited la kan, yela, orang kedah nak pergi KL ni. hakhak. kitorang duduk kat kawasan perumahan kuarters yang agak terkenal di area KL ni. biarlah aku rahsiakan nama tempat tersebut. sapa yang tau, tau la ye. hik hik

dengar kata kawasan perumahan aku tu pada zaman dahulunya merupakan tapak tinggalan askar jepun dan selalu la berlaku kejadian pancung kepala. sahih atau tidak, aku pun tak tau.  





tapi tu la, orang memang selalu cerita, kawasan ni banyak hantu la, ada yang pernah nampak itu ini la. dan macam-macam la. dah tu, bebudak sebaya aku pun kemain bercerita pasal hantu asrama la, sampai aku memang takot gila nak ke asrama. kahkah time dan port yang selalu kitorang akan berkumpul untuk bercerita pasal hantu adalah ketika blok yang kitorang duduk adakan mesyuarat dan pada waktu malam. ngeee



 

aku pun pernah jugak alami gangguan yang lebih kurang sama la dengan orang lain. tapi masa tu aku tak tau kenapa aku tak menjerit, tak meronta-ronta padahal aku ni punyalah penakut gila, kalau memalam tengok cerita hantu macam dark water ke, ju-on ke, pontianak harum sundal malam ke, malam tu aku suruh mama aku teman aku tido, sampai menangis la kalau mama tak mau teman. punya penakut. serius. maklumlah aku kan anak tunggal. kikikiki

pada satu malam tu, aku terjaga tengah malam. aku tidur atas katil double decker, yang khususnya untuk aku sorang, aku tidor kat tingkat bawah la. mengiring ke sebelah dinding iaitu sebelah kanan. entah macam mana aku terpusing ke sebelah kiri. aku nampak ada budak.



ya, budak tu dalam lingkungan 6, 7 tahun. dalam gelap-gelap, aku nampak dia berdiri. pandang je aku. aku angkat kepala, tengok je, aku betol2 ingatkan abah ke mama ke tapi kalau diorang berdiri mesti tinggi tapi budak ni kecik je, aku tengok kejap lepas tu pusing balik ke arah kanan, lepas tu tetiba aku rasa kat tangan aku ni benda berat sangat-sangat. aku cuba bergerak tak boleh.nak baca surah apa pun tak boleh dah. apatah lagi nak menjerit, nak buka mulut pun tak boleh langsung, aku macam usaha menolak tapi tetap tak boleh. 
entah macam mana aku tertido.


hari berikutnya pulak, aku nampak ada hantu berdiri lagi kat hujung katil. yang ni tinggi, besar sikit badan. aku ni entah macam mana punya berani, terus bangun berdiri, jegil mata ni nak tengok apa benda depan mata aku, siap belek belek lagi, tetiba dalam kilauan cahaya, aku nampak hantu tu pakai pakaian macam sami, terus aku pejam mata rapat2 lepas tu tido.




seminggu lepas tu baru la aku bercerita kat mama. lepas tu tiap2 hari kitorang akan solat dan mengaji dalam bilik aku tu, selalunya kitorang akan mengaji dan solat kat bilik yang ketiga dalam rumah. lama-lama benda tu tak mengacau sangat dah. setakat bunyi lesung batu, pinggan cawan kat dapur malam2, bunyi tapak kaki berjalan dalam bilik memang biasa sangat2 dah, abah selalu pesan jangan tegur. buat tak tau je, benda tu takkan kacau kita kalau kita tak kacau depa.

aku jugak pernah nampak kaki berjuntaian dari tingkat atas katil aku. padahal aku ni tido sorang, mama dan abah tak pernah pun naik tingkat atas katil aku tu. apatah lagi aku. memang aku nampak kaki tu tengah berjuntaian. memang seram gila ar! agak2 kalau aku tarik kaki tu apa akan jadi ek? T__T


pernah jugak aku tido dalam bilik mama, abah pergi sabah, 
aku terjaga lepas tu nampak depan mata, abah tengah amik kain pelekat, siap pandang aku lagi, aku pun cakap dalam hati ' ohh abah dah balik..' lepas tu tertido. esok pagi2 aku tanya mama ' abah dah balik ke? semalam nampak dia amik kain pelekat.'. mama cakap ' mana ada, abah kat sabah lagi' habis yang semalam tu sapa????!!



dan lagi satu yang memang aku jadi takot gila, yang ni memang aku jadi takot sangat2, masa tu kitorang balik ke kampung, lama jugak rasanya. tak ingat la balik raya ke apa, lepas tu balik la ke rumah kat KL. kereta abah betol2 parking kat depan blok dan kalau kita dongak ke atas je, terus nampak tingkap bilik aku. rumah aku tingkat dua. 

aku turun je dari kereta, aku dongak, pandang ke tingkap bilik aku. lama. tetiba la kan, ada nampak orang selak langsir tingkap bilik aku lepas tu pandang bawah. masa tu tersirap darah gila. sebab aku yakin sangat bukan aku pandang tingkap bilik jiran tapi memang tingkap bilik aku. sapa yang ada dalam rumah aku tu?????!

aku terus kata kat mama, 'cheq tak mau naik, tak mau naik, ada orang jenguk kat dalam bilik cheq.'



abah kata mana la nak ada sapa, tapi aku nampak. muka memang nak nangis sangat2 la, aku    ikut je belakang mama naik ke rumah lepas tu terus ke bilik aku, memang mama la yang buka pintu bilik.buka je tak de sapa, langsir tetap kekal elok je. pehhhh.

tapi aku tau mata aku memang tak menipu. memang aku nampak. aku ingat lagi sampai sekarang. sampai sekarang aku tak tau apa benda tu..

bukan aku je, jiran2 pun ada bercerita, nampak malam2 dalam pukul 2,3 pagi, nampak perkampungan bunian kat bawah, nampak hantu bertenggek atas pokok, nampak lembaga melompat dari beranda ke beranda, nampak perempuan kat bus stop lepas tu bila toleh lagi sekali hilang, ada yang test2 amik gambar, tetiba tertangkap gambar hantu. memang boleh kata setiap penghuni rumah tu pernah ternampak la..

lepas tu masa tahun 2009, kitorang berpindah ke terengganu..

selepas beberapa tahun, kitorang pergi ke KL balik, pergi ke perumahan tu, nak jumpa jiran. jiran tu bercerita la kan, keluarga yang tinggal kat rumah tu selepas kitorang berpindah seringkali diganggu dengan 'benda' yang ada dalam rumah tu. teruk sangat diganggu, sampaikan dia mengandung pun, anak dia hilang dalam kandungan.

errrrr.. aku tak tau la ada kaitan ke tak dengan apa yang aku nampak sebelum ni.. tapi memang si isteri tu jadi takot gila la. huhu...

dan sampai sekarang, semua yang berlaku masih dalam ingatan.. masih segar dalam otak aku.. dan sampai sekarang aku tak tau la kenapa ada semua tu dalam rumah aku.. yang aku perasan, bila kita stop baca al-quran dalam bilik, benda tu akan datang balik, kalau kita hari2 baca, benda tu memang tak de..

misteri kelumpuk dot dot dot dot masih tak dapat dirungkai...............

dan aku tak pasti jugak penghuni rumah aku tu diganggu lagi tak sampai la ke saat ini..


tapi tu la, senang je, kalau tak nak kena ganggu, amalkan baca ayat2 suci al-quran, jangan tinggal solat, selalu la adakan bacaan yasin dalam rumah, insyallah. ingatlah, Allah Maha Berkuasa. hantu pun ciptaan Allah jugak. kalau kita dok fikir sangat pun, lagi bertambah takot. buat cool sudah. hehehe dan ia jugak sebagai satu peringatan bila kita dah start malas baca al-quran, dan solat, benda2 macam tu senang la nak mengganggu kan :)





dan dan dan..


(aku taip entry ni waktu petang dan aku rasa seram gila, dan aku publish entry ni waktu malam, sapa yang penakut dilarang baca, tunggu la esok pagi ye.)..

ekekeke

sapa yang tengah baca entry ni pada waktu malam... 



-----------------------------------------------------------------------------------------------------


nak tag sapa ye? errr




mari mari bersaing denganku. hakhak

20 comments:

AnakPakZohar said...

arghhh.. seriusss serammm.. part selak langsir tuhhh.adehhhh.. asal letak gambar ju on.. seram tahuu!!!!

are_lin@yu said...

aduhai fatin tengah2 malam ayu tgk entry ni..sorg2 lak tu..trsa lain mcm..hehe

are_lin@yu said...

tq taq fatin..ada masa ayu join erk..tgh honeymoon..hehehe

cik ika said...

giler seram a...part lngsir tula..tkut2

SYAF said...

terima kasih sbb join kontest syaf yang tak seberapa nie....insyaallah semua nama2 yang join syaf akan update sabtu nie.... thank bebyk yea...

Unknown said...

part kaki terjuntai kat katil atas, nampak ayah awak , dengan orang selak langsir tu paling menyeramkan. pergh..

Cik Jannah said...

alah seramnya. jannah penakut. confirm terbawak ke mimpi lpas baca kisah fatin tadi...huhu

sahromnasrudin said...

pergh..bukan senang nak alami peristiwa nie...pengalamn berguna tue kans....

Unknown said...

tengah kering idea nak bercerita mengenai hantu ni..haha

Syuhada said...

Ya allah...awat scarry sgt neh....
abes terkejot yg ni...
terkejot yg lain plak...
aduuu...seb baik x kena heart attack... :(

eita said...

akak baca sambil skip gambo tu...
nape lah gi taruk gambo tu...
hhuhuhuhu...
dah lah akak tinggal sorang2....
tak nak join...takut....

kay_are said...

banyaknye pengalaman seram.. tapi rase part orang jenguk dari bilik tu ngeri kot.. dah r sendiri yang dok dalam bilik tu.. ish ish.. nampak "ayah" dalam umah lagi pelik.. ish ish..

Unknown said...

semuanya seram2 bg nana,kalo nana xmo da duk blek tu,huuuu..

btw,gudluck dear:)

teha said...

gudluck yee dear :)

CikTeddyCorner said...

ngee seram gilak! adoi..cmne boleh kena ganggu smpai mcm tu skali?cube la mandikan rumah tu dulu..solat hajat..insyaAllah bnde2 cmni hilang..

Kak Imun said...

Salam, fatin. Fuhhhh.... memang seram la. Gangguan banyak sgt. Tapi fatin memang berani la.....

Unknown said...

As salam Fatin,

Akak pun ade jgk pengalaman mistik ni tp lama dululah...masa remaja junior..skrg remaja senior...keh3x :D
Mereka ni bertujuan utk menyesatkan kite... Seram akak baca kisah kamu ni... Teruja nak tahu kat kuarters mana kat KL tu??

Kakak Gengster said...

Cerita last tuh mmg takut la kak. sepatutnya dah nmpk
dkt tingkap rmh tuhh, akak pegi la beli kek untuk 'dia' baru la gempak :) Tahniah sbb menang
contest cerita seram tuhh -_-

naaisyah S said...

mak aihh. seramnyaa. lagi lagi part kaki terjuntai tuuuu. arghh ni yg xnk tdo sorang ni T.T

Nabeel Fikree said...

Mak aihh! Sumpah seram. Dah la baca jam 10:54PM ni. Errr~ pandai awak menceritakan balik! Sangat serammm

ARTIKEL RAKAN BLOGGER