Thursday, March 15, 2012

TAK SUKA MAKAN AISKRIM

assalamualaikum..

bila aku tengok budak-budak sekarang, tak sampai setahun lagi usianya mak ayah dah bagi makan aiskrim. aku dulu takk. mama la yang cerita. abah memang tak pernah ajar aku makan aiskrim.

mama cakap la dulu kalau abang aiskrim lalu yang nyanyi lagu mat cool mat cool, kawanku, mari kita ikut mat cool. hahah tu kan, mama cakap orang jual belacan. so dari kecik kalau aku dengar bunyi tu, aku takkan nangis-nangis nak aiskrim sebab tu belacan. okk. belacan.

sampai la satu hari entah sapa cakap tu aiskrim, baru la aku tau, sebab selama ni mama cakap belacan. ok.. T__T

start aku makan aiskrim masa aku tadika. hari-hari mama belanja aiskrim sebab aku tak nak balik ke rumah. kahkah sengal~

lepas tu,masa sekolah rendah hingga ke sekolah menengah aku suka sangat makan aiskrim. mak oii. punyalah suka. aishhh. kalau boleh hari-hari nak aiskrim. kalau boleh. semahal-mahal aiskrim, hingga semurah-murah aiskrim aku akan beli. dapat yang mahal dan perisa coklat pun kira okay sangat dah~ weee..

tapi start aku masuk msi, aku langsung dah tak boleh nak makan aiskrim. tak rasa teringin dan tak berapa suka nak makan. aku ingat lagi dulu kawan aku beli aiskrim lepas kuliah lepas tu makan depan aku, aku sikit pun tak terliur, erkk.

aku pun tak tau kenapa. mungkin sebab dah besar kot. masa tu umur 18 tahun. err err besar la kan. atau mungkin masa sekolah aku dah pulun makan aiskrim sampaikan rasa nak makan aiskrim tu dah tak de.

aiskrim roti macam ni femes gila la kat KL dulu. masa aku dok kat AU3, selalu beli aiskrim ni. abang aiskrim tu pulak hari-hari datang. ekekek seingat aku la kan, kalau macam ni punya aiskrim baru RM1. kadang-kadang mama pergi beli, kadang-kadang aku. selalu gilir-gilir la. malu la kalau asyik orang yang sama je pergi beli :P

aiskrim macam ni puas makan dah. haha yang paling sedapp mestilah aiskrim milo. ye dak? peh2. dulu2, kalau makcik mana-mana jual aiskrim macam ni, boleh kata setiap masa la bebudak datang beli, sangat laku. tak tau la sekarang kan~

yang ni pun dulu aku suka jugak. krup krap makan. kah3~


dalam rumah aku ni mama la yang paling suka makan aiskrim. kalau dia beli aiskrim dalam bekas tu, mesti dia kena makan sorang-sorang dan habiskan. abah ikut mood dia, kadang-kadang dia makan, kadang-kadang dia tak makan. pernah beli satu tupperware besar, mama sorang je makan. haha kesiannnnnn diaa~

nak buat macam mana, aku tak berapa suka makan aiskrim. makan kalau orang bagi, itu aku makan. kalau aku nak pergi beli sendiri memang tak la. hehehehe..

salah satu faktor diri ini makin berusia ke? erk.

11 comments:

nanakimie said...

nana suka aiskrim no.1 satu tu je:)

makan dgn roti,sedap..hee...

| xDer | said...

zaman kecik2 dulu kalo makan eskrim yg mak selalu buat sendiri aje, tu pun berbulan2 sekali hikhik ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

smlm beli 1 kotak..lom mkn lg =)

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

mak ak x ajar makan eskrem yg beli tym ade org eskrem lalu 2..
tp akn beli eskrem kotak..sbb ramai.. =)

are_lin@yu said...

hehehe ini berbeza ayu sangat suka makan aiskrim..dh jd gian lak..tep mgu msti nak mkn aiskrim ..hehe

sahromnasrudin said...

aiskrim batang tue..masa zaman sy cume seposen je regenya huhuhhhh

nazirah said...

wah pelik gak ek fatin .. hehe tkpe2.. len org len la rasanye takkan sama lak kan.. kalau cci , sume eskem rsa nk bedal hehe

CheNamNam said...

hakak suker sangat dengan aiskrim nehh..layannn jerk makann..ekekeke..kenkadang gaduh ngan anak-anak rebut eskrim..kahh..

menurut kajian kalau anak@budak batuk better kasik eskrim dari kasi ubat batuk...ntah betul ntah tidak..hakak jumpa maser gugel..:)

Boni JLL3 said...

saya dulu mintak aiskrim, dapat tapak kasut kat muka...hahahaha..padan muka..

Umi Anaan said...

haha..ais krim jadi belacan pulak.. tapi kan, rase macam dah lame giler tak makan ais krim. lepas bace entri ni memang sangat terasa nak makan ais krim nih.

kay_are said...

yang wafer tu r paling sedap.. em.. tak makan aiskrim dah ke? baru ingat nak belanje tadi.. terus tak jadi.. =P

ARTIKEL RAKAN BLOGGER