Saturday, March 17, 2012

MAGGI BUDU

assalamualaikum..

anda penggemar budu? tahukah anda, blogger bernama noor fatin ini memang tak suka makan budu. sebenarnya tak pernah makan pun. tapi dah set dalam otak cakap budu tak sedap. sebenarnya mana tau sedap ke tak sebab tak pernah makan, ye dak? keh3. mungkin ada kaitan dengan sejarah silam berkaitan budu kot. so aku memilih untuk katakan tidak pada budu :P

tapi abah pulak gila makan budu. sekali beli berbotol-botol. haiyaa. itu belum yang kawan-kawan dia kasi.. punya banyak. heh. budu budu.

setiap kali makan, abah mesti ajak aku makan budu, dia kata sedappppppp.. sedapppppp. aku buat tak tau je. cencaluk aku pernah makan. ok bagi aku. tapi tu la, degil tak nak makan budu. kahkah.

satu hari tu dia offer nak masak megi. peh abah jarang masak tapi kalau dia masak memang lain dari yang lain. dia kata nak megi tak? dia nak masak. ekekeke ok la kan. konfirm sedapp dan konfirm rasa lain dari yang lain.

ini megi google punya. bukan megi yang aku makan. kui3~

dah siap satu mangkuk besar, kami tiga beranak pun makan la. pertama kali rasa aku rasa macam megi ni rasa lain. serius, rasa lain. kenapa ek? aku pun makan je la tanpa banyak soal.

dalam hati terdetik ' sedap jugak.'

habis jugak sepinggan. pehh kenyang. alhamdulillah. tengah berehat tetiba abah cakap,

'sedap tak megi tadi?'

'sedapppp. nyum3! kalau tak sedap tak habis la sepinggan.'

'megi tu abah bubuh budu hang tau, baguih la. hang dah termakan budu. ha ha ha ha'

T_______T

okkkkkkkkkkkk.. baru aku tau. patut la rasa lainn. bubuh budu rupanya! wawawawawawa..

..ni budu google punya jugak..

sejak hari tu, hari-hari abah akan tanya, ' hang makan budu tak? ' aku akan cakap ' TAK, TAK , TAK. ' lepas tu dia gelak-gelak.

ok. budu memang sedap. tapi sebabkan pertahankan katakan tak nak pada budu, aku tak makan budu depan abah. haa mungkinkah dibelakang abah aku makan budu? jeng jeng jeng :P

12 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

megi budu ek? 1st time dengar

THE LEKAT LEKIT STORY said...

megi budu?? erkkk.. mcm mana rasanya yer?? kreatif abah awak

MaryaYusof said...

As salam Fatin,

Jeng jeng jeng :x

Hehehe... so sweet anak & ayah ni! Teringat pulak kat arwah abah...

Akak mkn cikit2 bolehlah budu ni, sama mcm Fatin gak set kat otak xsedap! hehehe...tp tgk gambar budu tu mcm sodap yo!

Tq sb like FB akak...xoxo!

cIk JanNah said...

dulu masa study jannah pernah makan jugak. tp bila ada kwan2 cite proses budu tu mcm mana terus sejak tu tak nak makan budu. kalau beli nasi kerabu pon mmg tak bg letak budu. aishh geliii. hehe

Sarah Mohd Saleh said...

raso cm no budu tuhhhh

O CIKTEDDY said...

haha..kelakar la ayah fatin..cik pun x penah mkn budu..cencaluk pon x penah =,=

Yasmin Aris II said...

Ehh . dulu kite pun penah makan budu ngn megi .
Time tu rumate dari kelantan bwk budu.
kite ingatkan kite je pelik makan budu ngan megi . rupenye de geng . hihi :D

nanakimie said...

budu la sedap atin:)

tp blum pernah try lg megi budu,hee....

nazirah said...

wow pes time dgrrr. huhu
bole cube ni tak de resipi ke? hehe

are_lin@yu said...

hehe..ayu pnh try skli mkn dgn nasi..xreti lah..myb budu ni mcm kcap kot bg org yg mkn...syes xrti..hehe

kay_are said...

tak pernah lak makan megi campur budu.. betul2 sedap ke? em.. macam taknak je..

Cik diLLa a.k.a pemilik BLog said...

pehh!sedapnya meggi budu!blh try ni..i kelantenese pn blm prnah wat...meleleh dh ni :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER