Tuesday, March 6, 2012

SEMUA ORANG CANTIK

salam..

baru-baru ni salah seorang kawan lelaki aku yang aku kenal dah lama, sejak dari tingkatan 2 lagi, sebab kitorang satu kelas dulu, update status kat facebook pasal kecantikan. macam ni la maknanya, bila kita upload kat facebook, kita mesti nak tulis ayat, sori buruk sikit, aku memang tak comel. lepas tu bila orang puji eh ko ni cantik la, kita mesti nak balas eh mana ada, aku tak cantik, ko lagi cantik. lepas tu dia cakap, ucapkan la alhamdulillah, semua tu pemberian Allah..

pertama kali aku baca status macam ni sebenarnya. dan aku ada jugak bagi respon positif tapi dia macam rasa aku tacing dengan dia. keh3 padahal mana ada. apa aku cakap memang betol pun kan~ kui3.

dan jujurnya aku memang tak punya keyakinan yang tinggi pasal diri. aku selalu cakap dengan sesapa saja termasuk la dengan mama sendiri, aku ni buruk, tak cantik, tak lawa macam orang lain dan kadang-kadang aku selalu jugak kata kenapa aku ni tak cantik macam orang lain, kenapa orang lain cantik-cantik, orang selalu puji tapi dekat aku mesti kena kutuk aku tak cantik.

bukan satu kes, banyak kes aku kena kutuk pasal aku tak cantik macam diorang. masa sekolah lagi orang dah kata, masa diploma pun. asal ada masalah aku yang kena, sebab aku tak cantik. orang yang cantik selalu menang. ala mula-mula je la, akhirnya orang tau jugak kebenarannya, syukur alhamdulillah ;D

bila dia buat status macam tu, aku terfikir, selama ni aku memang tak bersyukur ke dengan apa yang Allah bagi? semua ni kejadian Allah. aku je kata buruk, padahal kejadian Allah semuanya cantik2. ya allah, terkilan rasanya bila fikir benda yang lepas..

lepas ni kalau orang cantik 'awak ni cantik la' ucaplah 'alhamdulillah terima kasih. :)' kalau orang cakap 'awak ni hodoh la, ada ke orang nak kat awak'. ucaplah, ' biarlah saya buruk di pandangan manusia, asalkan saya tak buruk di mata Allah.'

tapi tapi bagi yang cantik jangan riak sangat pulak. macam aku la paling cantik dalam dunia dan budak2 tu semua nya buruk, tak cantik macam aku. ingat, kecantikan kita milik Allah, bila2 Allah boleh tarik. bila2 masa saja okay. tanpa notis. :)

sebenarnya aku pun tengah latih diri untuk semua tu.. latih diri untuk yakin dengan diri kita. insyallah. semoga berjaya :)

bak kata ustaz azhar idrus

#1

#2

#3

semuanya hanya pinjaman sementara kepada kita. bersyukurlah dengan ciptaan Allah.. menghina diri sendiri umpama menghina ciptaan Allah.. :)

10 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

kdg2 xslh kt merndah diri..tp jgn selalu la kan..syukur dgn apa yg ada..

yui tak cntik tp comel? leh gtu..hihi..

pasan!

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

merendah diri itu harus (cth:saye kurang pandai, ade yg lebih cantik dll.)

mengutuk diri itu berdosa (cth:aku bodoh, ak hodoh dll.)

p/s:bile kte kate ade org laen lbih cantik, xsemestinye kte xbersyukur, pandangan mata itu subjektif.. ;)

are_lin@yu said...

cantik itu subjektif..klau cantik rupa ja perangai tak cantik tak ok jgk..;-)

Unknown said...

saya share gamba ustaz tuuu..kelakar statement nye..thanks..errr fatin dah baca lom post terbaru sy?

Gdsbnga said...

tak comel takpeee . boleh tutup lampu censored censored . hihi

Falling . said...

betol .. bsyukur dgn ape yg ada ..

Unknown said...

hehe..kecantikan hanya bersifat sementara..dah tua? jadi,kecantikan sebenar adalah di dalam hati.. :)

Shiema Sufian said...

cantik itu subjektif. ia boleh dilihat dari pelbagai segi. Allah kurniakan hambanya tentang kecantikan yang tersendiri. jujur shiema katakan yang Shiema juga takde keyakinan untuk berdiri di khalayak ramai kerana tak cantik. tapi shiema tawu ciptaan Allah itu indah dan Allah sentiasa di sisi membuatkan Shiema kuat untuk berdiri di khalayak ramai (: Sabar ye awak. itu ujian untuk awak (:

kay_are said...

dalam tubuh tu.. still skeleton yang same gak kan? cantik luar je tak guna gak..

Abang Karu said...

ciptaan tuhan semua cantek....jika yg sejak lahir tak ada tgn sekali pun...tuhan berikan keistimewaan dan kepandaiannya menggunakan kaki...
indahnya ciptaan tuhan.

ARTIKEL RAKAN BLOGGER