Friday, March 9, 2012

HARI INI BERGELAR SUAMI ORANG :)

.google punya okay.

assalamualaikum..

aku kenal dia dah lama. tahun 2008 lagi. kenal dari grup 1989. ya, banyak sangat kawan yang aku dapat bila masuk grup tu. grup tu wujud kat friendster lagi. ya, BFF aku pun aku kenal dari situ, ex2 aku pun aku kenal dari situ. ah banyak la dari situ. suami je belum dari situ. kehkeh

dah dua kali kami berjumpa. bukan berdua. pertama aku ditemani bada. kawan rapat aku masa kat unikl dulu. jumpa kat pasific. makan sekali :) kedua, aku pergi sg petani, jumpa dia. aku bawak nadiya dan kawan nadiya (lupa dah nama). tu pun awal tahun 2009. lepas tu tak pernah jumpa dah.

lepas tu setahun lost contact pasal ada salah faham. dia tak salah tapi entah la. kehkeh aku tak nak berbicara pasal ni sebab kitorang dah okay. kih3~

dan harini dia akan menjadi suami orang. dengan siapa? aku tak kenal sapa isteri dia tapi aku tau bakal isterinya sangat bertuah kerana dapat dia.. heheh..

dia kawan kitorang dalam grup 1989 yang selalu menyimpang sesama dalam post, selalu bergurau senda, dan semua2, yang akan berkahwin. sebelum ni tak de lagi. yang ada pun, didie, dah bertunang., itu aje. :)

kawan2 aku, iceq, abil dan lain2 nak pergi majlis dia. aku sedih T__________T sebab tak boleh nak pergi.wawawawwa. sebenarnya teringin sangat nak pergi. dia nikah 9/3 dan esoknya kenduri kahwin.

selamat pengantin baru buat hasbullah dan pasangan. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. kami semua doakan yang terbaik buat anda. insyallah.

sungguh aku rasa seronok bila kawan sendiri dah nak kahwin. lepas ni sapa pulak kan? aku pernah buat list kat grup tu dalam 50 orang. syira num 2, aku num 50 tu. kahkah tapi diorang kata diorang tak kisah kalau aku langkah bendul. so?

jenuh tersungkur kalau aku berjaya masuk dalam top10 sapa kahwin dulu~ kih3

berharap sangat budak grup num 2 yang berkahwin, aku dapat pergi. sapa tu kita tak pasti~

tunggu dan lihat. mungkinkah syira? :P :P

11 comments:

AnakPakZohar said...

selamat pengantin baru buat dia. =)

insta: lea_na_nur_ said...

nt ak suh lin ckp kt die ko kirim slm k.

kalo ak lak kwen cmne???langkah bendul syira?hahhaa!

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt pgntin bru kpd mereka berdua ea..

Cik Jannah said...

selamat pengantin baru utk dia. tak pe dear kalau ada jodoh kamu nanti, mana tau esk lusa tup2 nak kawen? rahsia Allah tu :)

sahromnasrudin said...

selamat pengantin baru utk beliau..semoga dirahmati Allah SWT

velasrizal said...

wah thniah la

AnakPakZohar said...

tagged...

http://yadzgilacontest.blogspot.com/2012/03/megagiveaway-by-penmerahcom.html

Unknown said...

As salam Noor Fatin,

Jgn lupa pergi kwn2 yg kahwin tu, amik berkat... Lambat atau cepat semua dah ditulis... Doa, usaha & tawakal! Selamat pengantin baru buat si dia :)

kindergartenlibrary said...

wah .. selamat pengantin baru buat dia
:)

CikTeddyCorner said...

kak fatin plak bile?kui3

kay_are said...

selamat pengantin baru kat kawan tu.. semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. =)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER