Sunday, March 4, 2012

APA BEZA STEAMBOAT DENGAN YONG TAU FOO?

assalamualaikum..

aku suka sangat makan yong tau foo. kalau dok kulim dulu, masa kat asrama, selalu beli. kekadang terlebih budget sampai berbelas ringgit, padahal nak makan sorang je. yela, rumate2 yang lain masing2 ada makanan sendiri dah. kalau share ramai-ramai pun belum tentu habis. bila tak habis, apa jadi?? buangggggggggggg. bagus. amalan syaitan. T___T

semalam abah bawak kitorang pergi pasar malam lepas balik dari hospital. abah suruh beli yong tau foo macam minggu lepas. minggu lepas kitorang beli yong tau foo, licin abah makan. suka betol. selama ni kalau beli, aku dan mama je makan. ahaks! dia pesan jangan ambil yang macam tepung2 tu banyak2 macam hari tu. =,= ala yang kueytiew tu. aku memang suka! kalau boleh amik 3 4.

ambik bukan main. kalau boleh setiap bakul tu mesti nak ambil. T___T kira punya kira RM16. hambik. tak pa la nak makan tiga orang. kalau aku dan mama je, selalu amik dalam rm8 je XD

sejak aku dok kemaman, ada jiran cakap dia baru balik dari pasar malam. dia beli steamboat. aku pernah la dengar perkataan tu, tapi aku bayangkan steamboat tu makan kat kedai, ada udang sotong dan sebagainya. eh betol ke? haha..

dan bila dia tunjuk steamboat tu, aku cakap eh ini yong tau foo la! dia cakap kitorang kat sini panggil steamboat.. woo.. baru aku tau!

oo. memang betol la. aku usha semalam banyak peniaga2 jual yong tau foo yang sama macam aku selalu makan dulu tapi tulis kat kotak ' steamboat'. woo benda sama tapi nama lain..

apa bezanya steamboat dengan yong tau foo ni?

ini yong tau foo. gambar ambil kat google je. yang segala jenis bulat tu semua aku ambil :P


ini pulak steamboat. aku jumpa kat google jugak. harga mesti la lain2 sebab sekali dengan lidi. eh?

sebenarnya apa perbezaan dua makanan ni? dan korang panggil apa eh?? ;D

setakat ni tak da lagi yong tau foo boleh celen yong tau foo kat pasar malam au3 dulu. punyalah sedap. dah la murah dan berbaloi. semua sedap la. kuahnya pun sama. haha! yong tau foo dari kulim dan kemaman tak boleh lawan yong tau foo kl punya XD

9 comments:

Unknown said...

lebih kurang je dua ni....

Unknown said...

lebih kurang je:)

dua2 pun sedap!hehe...

Cipina said...

lebih kurang je tengok..kat langkawi tak pernah lagi jumpa steambot cucuk - cucuk tu. yang dalam bekas besar kena rebus pastu makan ngn sup/tomyam tu banyak hehe.

Sarah Mohd Saleh said...

ohhh br ler den tau haaaa.tp den kureg suke mkn steamboat

kay_are said...

beze.. rase dari kuah kot.. taktau r tempat lain tapi bese nye yong tau fu kuah die bukan yang kuah pedas letak kicap sikit tu ke? steamboat kalau kat kedai.. orang makan guna sup tak pun kari tak pun tomyam.. camtu kot..

NADIRA SALIM said...

sedapnya yong tau fuuu..
lapoooo~

Unknown said...

Ade dua perbezaan yg ketara...pertama air rebusan n kedua kuah dia

Unknown said...

kau org perlu rasa young tau foo kak Long wati.....cer google

S. N. N. S said...

Yong tau foo lebih sinonim dengan kuah sup. Steamboat lebih sinonim dengan kuah kacang.

ARTIKEL RAKAN BLOGGER