Monday, March 5, 2012

AKTIVITI PADA 29 FEBRUARI 2012

assalamualaikum..

tahun ni special sikit sebab tahun ni boleh sambut birthday abah. hehehehe. yela, tahun lompat kan. 4 tahun sekali. aku dah lupa la 4 tahun lepas aku buat apa. serius tak ingat langsung. korang ingat? hehhe insyallah. moga3 kita dapat bertemu lagi pada 29/2/2016 jika dipanjangkan umur. amin ;D

malam tu abah ajak keluar makan kat luar. yeay! abah pun busy kerja sekarang jadi bila dia ajak keluar makan, itu adalah peluang yang terbaik! hehehe.

kitorang pergi makan kat restoran cahaya mesra (bangkok kitchen) kat kemaman. sebenarnya sebelum ni pun pernah makan. ni kali kedua makan. dah tu duduk kat tempat yang sama pulak tu yang kitorang pernah duduk masa mula2 datang makan kat sini T_________T

gambar menceritakan segalanya? aku yang kena bercerita. kalau tunjuk gambar je, korang tertanya-tanya pulak kang :P

aku dan mama. sebelum keluar kan, harus la bergambar ;D

birthday boy. eh boleh tak panggil birthday boy lagi.. hik hik~

yang ni yang paling special! ikan ketombak masak stim. serius ni 1st time dengar nama ikan ketombak. sebelum ni mana pernah. haha kitorang tanya pelayan tu, ikan ketombak tu ikan apa. dia cakap ikan ketombak la.. ekekeke dia tak tau orang luar panggil apa. tapi diorang panggil ikan ketombak. boleh la. sedap pun sedapp. jenuh meratah. nyum3~!

tomyam untuk dua orang makan. tak berapa nak pedas sangat. aku fobia makan tomyam terlampau pedas hari tu. rasanya dalam bulan 1 aku makan kat kedai mana ntah. punyala pedas. sekali hirup pekak telinga terus. wakakak tu la tomyam paling pedas aku pernah makan. tapi tomyam ni pun sedap :)

sayur kailan ikan masin. my favourite. sedapnyaa! ;D

keseluruhan hidangan. kitorang ada pesan telur dadar sekali tapi mungkin pelayan tu lupa catat. tapi tak apa la, ni pun dah cukup!!

lepas habis ratah ikan, abah suruh amik gambar ni. T__T tengok, nampak gigi ikan kan. gosok gigi tak ikan?? ekekek.

alhamdulillah semuanya licin kecuali salad. aishh. berat hati sikit nak makan salad, kalau disertakan mayonis boleh la aku makan. kehkeh demand. ~ :P

alhamdulillah. hidangan untuk aku pun habis. teh o ais limau je tak habis-habis masa amik gambar ni aje la. lepas simpan kamera habis jugak XD

malam tu aku rasa bahagia sangat. indahnya. alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah bagi, dengan keluarga yang bahagia. ^__^

kadang-kadang kemewahan wang ringgit dan dunia tidak dapat ditandingi dengan kemewahan kasih sayang. aku bersyukur dengan kasih sayang yang mama dan abah berikan tiada tandingnya dengan wang ringgit.. dan bersyukurlah kepada yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka sementara mereka masih ada.. :)

14 comments:

AnakPakZohar said...

wooo sedapp sedappp .. hepi bufday ayah kamu. ><

shamyheart said...

wa, bestnya..

happy birthday kepada sesiapa yg berkenaan. Hehe~

MAY said...

oh..org tganu ke..;)
cm suke mkn kat chillada klu g sane..tapi kat kuala terengganu la..

are_lin@yu said...

bez dapat luang masa dengan family..hehe..tak sabar lak nak balik umah..;-)

Kak Imun said...

Salam, fatin. Wow...terliur kak tengok hidangan tu semua. hehehe, bukan anak saja yg perlukan ibu bapa. Ibu bapa juga sgt perlukan anak2nya.... Anak2 adalah pengarang jantung mak bapa......:)

Ce'gu JAERA said...

Best lah kan dpt sambut befday 4 tahun sekali.. Hehe. X tgmbr keseronokannya

sahromnasrudin said...

selamat hari lahir utk ayah awak..semoga beliau senantiasa dirahmati Allah SWT

Cik Jannah said...

tak pernah dengar pon nama ikan ketombak tu..mcm ikan siakap? tapi bukan eh?

Unknown said...

hehe..seyesnye muka besday boy fatin tu..mana gamba after makan? mesti besday boy fatin tersenyum lebar kekenyangan..untung parents fatin punya anak yg tau nak bahagiakan hati mak ayah :')

Unknown said...

salad la best atin:)

syoknya diner2 dgn family dkat luar..hehe...

NasQ said...

ermmmm,... makanan sedap!

Unknown said...

Salam Fatin,

Happy belated birthday buat ayahanda tercinta ye :)

Rupa fatin sama macam mama... Cantik & comel! Ibu bapa umpama wali Allah yang tiada pengganti... Peluk cium mereka selagi ada tau :)

Cipina said...

4 tahun sekali sambut hari lahir..mesti bermakna sangat kan?

kay_are said...

hepi belated besday.. lain tu normal.. tapi.. ikan ketombak tu ikan ape lak?? @.@

ARTIKEL RAKAN BLOGGER