salam..
lama aku pendam, rasa hati makin parah. nak cerita kat kawan2, panjang pulak. tetiba rasa nak luahkan perasaan kat sini. yang tahu pasal ni cuma abah, mama dan yang lain aku rasa tak pernah cerita lagi~ hoho..
entry kali ni mungkin akan panjang sebab mood nak bercerita sudah sampai.
masa mula2 aku masuk kerja, aku dah cakap kat Lee tu, dia ketua la kat kedai kasut tu. aku bagitau dia yang aku akan mintak cuti awal bulan 10 sebab nak pergi konvo. konvo aku 9/10 tapi 7/10 aku dah kena rehearsal. makanya 6/10 dah kena pergi la~
dan lepas aku bagitau, dia cepat2 bagitau supervisor dan supervisor kata okay! aku memang dapat cuti 6hb, 7hb, 8hb, 9hb, 10hb. 6hb untuk pergi ke sana. dan 10hb untuk balik ke sini. aku konvo di PICC, PUTRAJAYA :)
kan ada 4 orang staff di kedai tu. aku, Lee, kakak Mala, dan Meena. Lee umur baru 20, dia assistant supervisor, dimana di kedai, dia la ketua kitorang semua, kakak Mala tu mengandung dah 6 bulan, si Meena baru 16 tahun. keja part time, pagi sekolah, petang kerja kat sini. dua orang india dan sorang cina. nama2 staff aku dah ubah okay~ heheheh..
ntah macam mana satu hari tu aku tergerak hati nak cakap dengan Lee, ingatkan pasal aku akan start cuti pada 6hb tu. dia kata okay2. dia dah lama bagitau supervisor dan aku memang dapat cuti. dan secara tiba2, kakak Mala tadi tu terus datang dekat kitorang dan cakap dia nak cuti jugak pada hari tu.
Lee mesti la tak bagi, sebab aku dah amik cuti tu. dia kata 6hb dan 7hb dia mesti cuti sebab nak balik ke taiping ada kenduri kahwin. katanya, dan pada akhirnya kami tau kenduri pertunangan saja =,=. dia nak sangat2 cuti pada 6hb tu. bila Lee cakap cuti dah tak boleh sebab aku yang amik, dia punyalah marah.
dia tetap kata kat aku, dia mesti amik cuti. 5hb petang dia dah nak balik taiping. 6hb dan 7hb dia takkan datang kerja. aku pun angguk2 aje la tanda paham. dia boleh pulak suruh aku tak payah pergi konvo tu. boleh pulak dia tanya, apa pasai mau pergi konvo?? =.=
aku terangkan kat dia, aku mesti kena pergi konvo. bayaran RM310 dah settle. aku belajar 3 tahun setengah kat UNIKL dan mestilah nak pergi konvo tu. lagipun aku kan dah tak sambung degree., kalau nak sambung, entah bila la kan. dia tetap berkeras 6hb dia nak jugak cuti!
dan mula aku berfikir, takkan aku nak berkorban taknak pergi konvo hanya kerana dia nak pegi kenduri pertunangan adik beradik sebelah suami dia???
bincang punya bincang, dia tetap tak mau mengalah. pehh Lee contact supervisor lagi, tanya dia macam mana.. supervisor kata tak da cuti untuk dia. dia tak boleh cuti.. dan hari esok, dia cuti tapi dia datang la singgah kejap kat kedai.. lepas tu kitorang pun bagitau la dia yang supervisor tak bagi dia cuti..
nak tau, dia punyalah marah, melenting, mengamuk, tinggi suara kat Lee. bayangkan customer tengah ramai, dia boleh pulak marah2 Lee. Lee tu dah la sakit, tak sihat, tetiba kena macam tu. aku buat tak tau je dan terus layan customer yang ada, untuk alih perhatian dari diorang tengok drama yang tak de kesudahan tu. Lee dah cakap, supervisor tak bagi cuti. kakak Mala tu terus ungkit macam2 pasal dia kena kerja sampai malam la bila Lee cuti dan macam2, semua benda dia nak ungkit. lepas dia bebel2, dia terus blah!
jeritan demi jeritan hari tu.. gahaha..
yang peliknya, lepas hari tu dia masuk kerja dengan muka manis. aik? pelik ke tak pelik. rupanya ada udang di sebalik mee. hahaha dia mintak Meena gantikan dia. 6hb tu kan hari khamis. maknanya Meena tu budak sekolah lagi. hari khamis mestilah dia sekolah. dia mintak Meena datang kerja pagi hari tu. Meena pun setuju la, maknanya kena la ponteng sekolah dan tipu cikgu cakap nak pegi kenduri rumah sedara. *sigh*
kitorang tau pun sebab Meena cerita. hahahah.
dan kebetulan kakak Mala dah balik kerja petang tu, stok kasut2 baru sampaii. so berlambak2 la kasut2 yang perlu disusun, dikemas kini dan macam2 la kerja kena buat. supervisor pun ada sekali. korang tau tak, aku ingatkan lelaki yang datang hantar stok tu pemandu lori, rupanya itu la supervisor kitorang! arghhh. apsal aku tak penah kenal?hahaha.
Lee cakap la kat supervisor tu yang Meena akan ganti kakak Mala pada 6hb tu, tetiba supervisor pun berkata, ' aih, i tak bagi dia cuti pun. dia tetap tak dapat cuti. walaupun Meena datang hari tu, Mala mesti kena datang. i tak bagi dia cuti, bagitau dia! kalau dia tak datang jugak, nanti hantar surat berhenti kerja' *glup*
dan petang tu kitorang borak2 la macam mana nak bagitau kat kakak Mala ni, dia kalau time mengamuk, muka macam anak harimau woo, << Lee kata. haha. adess. malam tu lepas Meena call bagitau dia, dia siap call manager tapi manager cakap, segala keputusan di tangan supervisor, dia yang berhak tentukan.
kata dua, berhenti atau datang kerja pada 6hb tu.
tak payah la nak merayu kat supervisor tu nak cuti sebab dia takkan bagi~ lepas tu kakak Mala cakap aku penipuu. sebab dia suruh aku pergi KL petang khamis tu, maknanya aku kena kerja pagi khamis, pada mulanya memang la aku bersetuju, sebab kesian la kat dia kan, walaupun dia kata kat aku tak payah nak pergi konvo, bila bincang dengan abah, abah cakap pagi khamis mesti nak bertolak ke sana dah. abah tak boleh memandu malam2, tambah jauh pulak tu. so kena la ikut dia, dia kan drebar. lagipun aku memang dah dapat cuti hari khamis tu.
sejak dari hari tu, dia langsung tak cakap dengan aku. muka manis tak de langsung. masuk je kerja. kejap2 mintak keluar, nak pergi public phone la, mintak cuti 2 hari la, katanya nak pegi scan perut. masalahnya tiap2 minggu pergi scan perut. mak aku kata, baru 6 bulan takkan la nak scan tiap2 minggu, setiap minggu 2x pulak tu. ke sistem baru ek??
memang hati aku lembut, bayangkanlah, si Lee tu yang tegas dan garang dengan dia pun, dia boleh melawan berkali2 ganda siap mengungkit habis semua. Lee tu yang ambil dia masuk kerja dulu, ajar itu ini, memang la dia staff jugak tapi dia tu assistant supervisor, kedai tu dia yang jaga, kalau ada apa2 yang jadi, dia jugak la yang kena dengan bos nanti..
dan kakak Mala tu kata dia tetap akan cuti pada 6hb dan kalau terpaksa berhenti, dia nak berhenti la, nak buat macam mana.
kitorang nak tolong dia, Lee boleh pujuk supervisor lagi tapi sebabkan hari tu dia mengamuk gila, tinggi suara, siap ugut2 nak berhenti kalau tak dapat cuti, terus Lee pun malas nak ambil tau lagi..
aku tau dia mengandung, aku paham, tapi kenapa dia tak boleh nak tolak ansur sikit? setiap kali dia mintak tukar cuti dengan aku, aku ikut aje,aku tukar je walaupun kekadang ada plan nak keluar dengan mama, sebab kesian la kan, dia mengandung.
tapi dia langsung tak pernah kesian kat Lee, dan aku. dan orang lain. yang dia tau, marah..
gayut hari2, setiap masa, layan customer tapi tengah gayut, boleh fikir tak macam mana keadaan? aku tau dia salahkan aku sebab aku kan budak baru, tetapi dia pulak tak dapat cuti sebabkan aku. abis takkan la aku tak boleh pergi konvo pulak kan. hari bersejarah tuu. dia cuma nak pergi majlis pertunangan je..
kalau dia cuba nak tanya aku, marah aku, aku cakap, apa2 pun cakap dengan supervisor. kalau cakap dengan aku, aku boleh buat apa aje kan? keputusan supervisor yang buat.. bila dia pun tak cakap dengan aku macam dulu, aku pun buat tak tau je la. buat kerja aku. jalankan tanggungjawab aku kat kedai tu..
pasal dia nak berhenti kerja tu aku tak tau la kan. dah dia nak berkeras sangat. dia rugi sangat kalau berhenti kerja, diorang bukanlah keluarga yang senang, dapat beberapa ratus pun cukupla, dapat bantu suami, tapi dia tak nak, nak jugak melawan cakap supervisor, keras kepala, ikut kepala sendiri, dia yang akan hilang pekerjaan.
sekurang2nya hormat la Lee tu, dia tu yang uruskan kedai tu, dia ketua kitorang. dia tak boleh tetiba hangin tak tentu pasal. kesian dowh. aku memang tak cantik tapi aku reti hormatkan orang yang bagi pekerjaan kat aku walaupun hakikatnya dia muda lagi dari aku..
aku tau sebab apa supervisor tak nak kasi dia cuti, sebab nanti deepavali dia nak cuti seminggu (dia india), lepas tu nanti dia nak cuti bersalin 2 bulan, sebab tu dia tak dapat cuti 2 hari tu. cuti mingguan ada la...
yang aku pulak sebab bulan 10 ni aku memang tak de cuti apa2, kalau nak cuti pun bulan 11 masa hari raya haji. tu aje~ kiranya adil la kan..
*sigh*
sampai sekarang aku dok fikir, semua yang terjadi di atas, salah aku ke?? T__T
tadi Lee cakap, lepas raya cina dia nak berhenti, nak kerja tempat lain kot, dia nak suruh bos lantik aku jadi macam dia, jadi assistant supervisor di mana tugas aku uruskan apa saja yang berlaku di kedai, uruskan pekerja, pasal stok, uruskan segala urusan duit dan semuanya la. aku rasa nak tolak je sebab aku takot tak mampu handle kalau ada staff macam kakak Mala tu :(
*sigh* mengeluh sendirian. terima kasih sudi baca, sudi2kanlah berkongsi pendapat :)