Thursday, December 29, 2011

SAMPAI SEKARANG FOBIA NAK BELI HANDPHONE

assalamualaikum :)

kali ni entry pasal handphone. tetiba time nak hujung tahun ni, idea payah nak keluar. entah kenapa. dan semalam, ramai gila update status ni..

'PERINGATAN!!

jangan masuk toilet pada jam 23:59 PM 31/12/2011. kerana anda akan keluar dari toilet pada TAHUN HADAPAN!!'

kan kan kan :))))))

seumur hidup aku, dari aku dilahirkan sampai hari ni umur aku 22 tahun 5 bulan, aku cuma pernah memiliki 4 buah handphone. semuanya lama-lama punya. dah la aku tak tau apa modelnya. jenuh menggoogle tadi.. kahkah..

aku start pakai handphone lepas spm. masa tu abah janji lepas spm abah akan belikan handphone. asalkan habis spm. dan abah memang tunaikan janji. :)


nokia 3610


ni pertama kali aku pakai handphone. abah beli second hand punya. RM100 aje. pakai dari jaunuari tahun 2007 sampai oktober tahun 2008. handphone ni sudah tidak benyawa pada oktober 2008 dan tak silap aku bulan puasa. lepas aku beli handphone baru, tetiba handphone ni bernyawa balik. terus aku campak bagi dia mati terus. muahahaha tipu je.. aku sayang dengan handphone ni. banyak kenangan. kenapa dia mati? sebab aku tersepak jatuh bawah katil masa aku tengah tido. sorry :(((((( ada lagi handphone ni dalam simpanan aku. cuma aku dah lupa aku letak kat mana. aku takkannya nak buang.. ;D


motorola e398


handphone ni pun second hand. abah beli jugak. awal tahun 2008..RM250 kalau tak silap. sebab aku teringin sampai nak pakai handphone kamera. so aku beli. gambar memang clear. cantik la kan. siap ada bluetooth lagi. kerja aku asyik membluetooth je lepas dapat handphone ni. hanphone ni tak rosak cuma aku tak pakai, simpan.

masa aku sem 1, aku pakai nokia yang atas tu. sem 2, abah beli handphone ni jugak. lepas tu aku pakai dua simkad. celcom dan maxis. digi aku pakai jugak tapi aku kekadang pasang untuk call mama. asyik tukar2 simkad je, boleh jahanam handphone kot. haha..


sem 3 aku pakai dua handphone. nokia 3610, motorola dan..

aku beli handphone baru.. nafsuuu nafsuuu~

sebabkan aku dapat duit LOAN, aku beli handphone sony ericsson w200i.

w200i



aku beli masa aku ikut rumate aku beli. dia beli yang mahal punyala. aku cari yang murah-murah. dapatlah sony ericsson w200i ni. murah tak murah la. RM378 jugak la harga masa tu. julai 2008..

serius aku rasa tertipu dan menyesal tak tanya sehabis mungkin. sebab apa aku beli sony? sebab aku nak kamera yang lebih clear dari motorola! aku nak yang boleh infrared dan boleh bluetooth. yang ada wifi sekali.

tapi bila balik je, aku snap snap pic, teruk gila gambar. aku rasa motorola lagi clear. aku pun pelik. sebab masa aku tanya cina tu, dia cakap handphone ni memang terbaik. lengkap segala-galanya. gambar clear punya la, memang terbaik.


balik tu, aku tanya kawan aku, dia search kat internet, aku punya handphone, kamera 1.3 mp je. kalau nak clear 2.0 mp. woii!! aku rasa menyesal gila. tapi nak buat macam mana.

lagi satu aku ralat, bluetooth pun tarakkkkkkkkk! yang ada infrared saja! memang aku rasa nak menangis gila-gila la. baik motorola lengkap semua. yang best pun sebab ada walkman dan sound dia kuat. aku bukan rajin nak dengar lagu pun >,<

oktober 2008. aku tersepak handphone 3610. langsung tak bernyawa. lepas tu aku pergi beli yang lain punya. harga RM140 kot.


nokia 1208

aku beli sebab aku nak guna simkad digi untuk contact mama. bila aku balik je rumah masa cuti sem, aku matikan motorola terus. motorola tak da masalah cuma aku tak guna simkad digi masa kat rumah..

motorola masih ada dalam simpanan. tapi tak tau la boleh guna ke tak. charger dia hilang mana dah. hahaha.. tak rosak pun. memang aku matikan..


lastly, sampai sekarang, aku cuma pakai 2 handphone. start disember 2008 sampai la disember 2011., aku pakai handphone yang sama. yang aku beli sendiri..


handphone sony aku letak simkad maxis. aku jarang guna maxis, kekadang je. handphone nokia 1208 tu la yang aku palingggggggg sayanggggggg. 3 tahun dah bersama dengan aku. tersepak, tercampak, terbaling semua dah pernah kena. tapi tak pernah rosak!


sejak sejak tu, aku tak pernah beli handphone baru. katakan apa saja, yang paling terlatest, hajat dihati memang nak sangat, aku cuma nakkan handphone kamera yang clear, dan akhirnya aku pergi beli kamera digital kodak. 12MP. amik hanggggg. clear mana lagi nakk. hahaha..

serius aku fobia. jujur hati aku aku memang tak pandai nak beli handphone. ilmu pasal handphone ni sangat kuranggg.

aku nak tanya korang, macam mana nak elakkan dari tersepak handphone sendiri? sampai sekarang aku asyik tersepak je, tertepis masa tido la apa la, bukan sengaja pun :((((

atau memang nasib aku tak boleh pakai handphone canggih? mesti jahanam kena sepak :P :P

15 comments:

Azzah said...

azzah pun tak pakai hset canggih sbb pnah hilang yg canggih.sbb tu skrang pakai yg murah je..

✿INA AINAA✿ said...

Hahahaha...asyik kene sepak je, taulah murah...ce beli yg mahal satu, sure2 letak kat tepi telinga je... lap 24 jam..hikhik...ena pun macam sis, ena nk hp ena ade kamera, wifi and leh dgr lagu..hehehehe

fieda said...

PENUH DGN NOSTALGIA YE FATIN..

Nurfazilah Cipa said...

ske hp yg 1st tu..keypad die da best r!!yg hp motorola tu same cm hp bf cipabg cipa. tp da plg blk sbb keypad rosk..tp seriusly gmba motorola tu mmg cntik sgt:)hehehe..

Mila Ahmad said...

ganas now kena sepak nie

cik ika said...

ish2..memang ta leh bli yg cnggih2 lw cm uh

emarieys said...

pernah guna jenama sagem..yg besar gedak tue..

sahromnasrudin said...

kalau pakai yg canggih, leh guna gps kalau tersesat jalan....

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

Ltak bawah bantal kt kepala..klau kepala sendiri pn tersepak mmg xlame dh la 2..haha

Nur Farah said...

orang cakp kalo nak beli phone g ngan lelaki.. sebab kalo nak menipu pun mereka tak berani plus2 lelaki arif pasal bende2 ni semua.. :D

kindergartenlibrary said...

Hp nelly cikai je .. haha

budakijaupendek said...

boelh pakai yg canggih tp kena cermat la. hehe

merahitujambu said...

x pernah pakai canggih..tunggu jadi hantaran kawin je laa

latif said...

Sayang betul, dalam banyak2 hp motorola tu yg terbaik sebenarnya....

latif said...

Sayabg betul, memang benar hp motorola e398 tu yg terbaik. Saya dah pakai bermcm2 hp tapi hp motorola tulah paling tahan kalau terjatuh ke terepak. Pernah termasuk dalam tandas duduk tu tapi msih bernyawa lagi....

ARTIKEL RAKAN BLOGGER