Friday, December 2, 2011

MAMA DEMAM, AKU SELESEMA :(

salam..

dah 3,4 hari mama demam. serius teruk. memula selesema je, lepas tu tetiba balik je dari pejabat pos, demam terus. makan panadol pun tak de apa2 kesan...

aku tetap kerja macam biasa. cuma aku mintak balik awal la, sebab nak teman mama. kesian :( dah beberapa hari mama tak masak. aku nak masak, tak pandai XD lagipun lauk-lauk tak de langsung. rumah tak de peti ais kan, susah. huu..

hari-hari makan kena beli la. pehh boleh tahan lajunya keluar air. baru la rasa tersiksa bila makan kat luar time tengahari dan makan malam.. sebab selalunya masak sendiri kan. tak la terasa sangat.

makanya aku bertukar menjadi housewife! semua aku dah settlekan lepas balik kerja. mama rehat aje, beberapa hari dah. semalam pergi klinik tu pun sebab tak tahan sangat dah, nasib baik la aku dapat balik awal, terus pergi klinik tu..

doktor kata mama dah demam panas hampir suhu 38 dah. pehh panas gila.. doktor bagi ubat yang dos paling kuat tapi sampai sekarang ( dah lebih sehari, tak de apa2 perubahan, tetap lemah, terbaring, tak lalu makan) T___T

dugaan lagi Ya Allah, betapa banyaknya dugaan yang Engkau bagi di saat abah tiada di sisi. semuanya kena uruskan sendiri. sangat terasa bila berjauhan, selama ni semuanya abah yang uruskan.. :(



nak sangat mama cepat sembuh. kesian. tak sanggup dah tengok.. kalau demam masih teruk, aku nak bawak mama pergi hospital jugak. gaji lambat lagi dapat, nasib baik duit simpanan ada. lega. di saat kecemasan macam ni,boleh gunakan..


di saat aku menaip entry ni, aku pulak selesema. beratnya kepala. janganlah demam. kalau aku demam, sapa nak jaga mama, sapa nak jaga kami berdua kalau demam. abah tak henti-henti call tanya keadaan mama..

doakan mama dan aku cepat sembuh.

16 comments:

.: mama lynn :. said...

get well ... asap k.

banyakkan minum air masak tau. jaga kesihatan baik2.. ;)

.: mama lynn :. said...

get well ... asap k.

banyakkan minum air masak tau. jaga kesihatan baik2.. ;)

Gen2Merah said...

kesian Fatin.. semoga cepat2 sembuh ya..jangan lupa makan ubat tau.. (",)

Salam

Ada masa singgah dan bagi pandangan tentang template blog saya ya. Terima Kasih

oya said...

lor shian..take care dear..

farahadilah said...

kalau mama xshat lagi.. bawa p amk ubat... atin pun jaga kesihatan.. skrang ni musim!! ok.....

Chaza said...

makan ubat bagi cepat sembuh kay.=)
Amin.

Nisa Greennnpanda said...

ala..siannye.. moge cpat smbuh ye fatin & mama fatin...

h A n Y S said...

alahai..get well soon ye fatin..=)

Amy Syaquena said...

semoga cepat sembuh ye dik , kalau demam atau selsema memang tersekso badan..jadi moody , buat keje apa serba x kena...


p/s: jemput menyertai contest sinar raudah http://www.sinarraudah.com/2011/12/contest-anniversary-sinar-raudah.html

cik azeya said...

get well soon tin. ^^

Dalila Hamid said...

jaga kesihatan....... moga cepat sembuh

- abdul hadi abdul muti - said...

get well soon!!

wan nurul hezrina said...

alahai cian dier..semoga cepat2 sembuh yea..katanya kalau selesma minum air banyak2..ok

Peto (nurul izzati) said...

get well soon. Jgn lupa mkn ubat. hehe :D

Lynn said...

lorr..ksiannyer..semoga cepat sembuh yer..^_^

Kak Imun said...

Salam, fatin... Sekarang ni musim hujan, ramai org mudah kena demam dan selesema. Semoga cepat sembuh fatin dan mamanya......

ARTIKEL RAKAN BLOGGER