Monday, December 26, 2011

BERMULALAH KEHIDUPAN SEBAGAI...

penganggur!

Assalamualaikum semua kawan-kawanku yang beragama Islam dan selamat sejahtera kepada yang bukan Islam. :)

harini hari kelima aku menjadi penganggur. sebab apa aku jadi penganggur? sebab aku dah tak tahan sangat-sangat dengan kerja tu. tolonglah. aku takkan jejak kaki sesekali kat tempat kerja aku.

puncanya, ketua aku memang dingin la kan sejak aku tak punch card kat dia, sejak tu memang dingin. ada pulak pekerja baru yang masuk kerja nak gantikan aku, perempuan, lepasan SPM. ayah dia sangat tegas. hari pertama kerja, ayah dia akan amik dan hantar untuk pergi solat. ketua aku bengang la. dia memang tak suka. cukuplah dia tak bagi aku solat sepanjang aku kerja. nak tak nak balik rumah baru boleh selesaikan kewajipan tu.

so ketua aku cakap dia tak nak dah budak baru tu. dia tak suka dengan orang yang sikit2 nak pergi sembahyang. dia tak suka. riak wajah dia memang memperlekehkan agama Islam. sebelum ni banyak kali dah tapi aku diamkan aje. sebab dia agama lain. tapi sikit pun tak da rasa hormat pada agama kita :)

lepas tu dia dok panggil aku kerbau pulak. sebelum ni depan budak baru tu dia panggil aku baby elephant. dan petang (21/12) tu dia panggil aku kerbau pulak. sebabkan dia panggil aku kerbau, aku cakap..

'oh panggil saya kerbau ye? okkk. fine.. saya takkan jadi cashier, takkan ganti u kalau u nak cuti, saya hanya akan bekerja sebagai promoter, ikut jadual yang diberikan. mulut jangan celaka sangat. belajar tak tinggi jangan cakap banyak. boleh pulak panggil orang bodoh, kerbau. nanti mak i datang, i bagitau mak i. dengan mak u sekali saya bagitau!'

lepas tu dia kata dia main2 je dan tuduh pulak staff india. dia kata india tu yang bagi cadangan. india tu punyalah terkejut dan berkeras menafikan semua tu sebab dia kata ketua aku yang cakap kat dia.

aku cakap ' tak apa, tunggu je la mak i datang japgi'..

aku terus amik kertas, catit jadual. selama aku kerja ni langsung tak ikut jadual. semua ikut kepala dia je. fineeee!

lepas tu aku tutup kedai, aku tunggu kat luar, bila mak aku datang, aku cerita kat mak aku. sebelum aku keluar tutup kedai, mak dia dok panggil gemukk gemukk. aku buat tak tau je. dia tanya dah makan ke? aku cakap dah. lepas tu terus keluar.

aku tunggu dia kat luar kedai, dia dan mak dia langsung tak keluar. mak aku suruh sabar banyak2 dan aku punyalah rasa mendidih yang amat sangat masa tu. dia tu sapa nak panggil aku bodoh? kerbau? dia dok cerita dia makan babi selama ni aku tak pernah pun panggil dia babi!

on the way balik, aku cakap kat mama, aku sms kat
, aku dah tak nak kerja dah. tak mau! biar berhenti kerja. meluat gila.

balik tu, jumpa staff india tu. dia kata ketua aku pecat aku.. dia tak mau aku masuk kerja aku. aku lagi la suka! seronokk gila!

alhamdulillah. balik tu dia sms cakap tokey tak bagi aku datang kerja lagi. aku balas ok lagi la saya suka. mulut jangan celaka. belajar hormatkan orang. lama lepas tu dia balas., panjang berjela, dia kata aku yang dok buli dia selama ni sebab dia tu budak, ada satu ayat tu berbaur ugutan ' perlahan-lahan u tunggu ah, berhati-hati sikit'..

dengan nasihat abah dan  aku amik tindakan. korang tau kan, kalau kena ugut, kita kena buat apa? yeah, 1st time. aku buat demi keselamatan kami sekeluarga :)

sebab sebelum ni dia jenis serang rumah orang. dia penah serang dan maki2 staff india tu dulu sebab kakak dia amik charger dia. dan tak mustahil dia boleh buat benda yang sama kat aku. dia penah cakap, dia langsung tak takut pada sesiapa. langsung tak gentar dengan sesiapa.

sungguh aku menyesal kerana terlalu baik dengan dia sebelum ni. terlalu ikut cakap dia. mama pun cakap, mereka kalau kita ikut cakap diorang, ikut perintah diorang, SEKALI KITA TAK NAK IKUT, 'RACUN' DIA BAGI'. terus buang aku kerja! haa. tengok? sebab aku amik keputusan tak nak ikut cakap dia lagi. aku kerja sebagai promoter, gaji aku dibayar hanya utk promoter, aku jadi cashier sebab dia suruh, aku jaga kedai bila dia cuti pun sebab dia suruh.

mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. aku tak rasa rugi apa2 bila berhenti kerja. hak aku hilang langsung, hak sebagai seorang gadis beragama Islam memang tak da, hak sebagai pekerja untuk bersuara memang tak da. gaji pulak paling banyak aku pernah dapat RM400.50. tu pun bini boss berleter sebab banyak~ tengok..

dan sekarang aku masih di kulim. tak lama lagi aku akan balik ke terengganu. nak tenangkan hati di sana.

ingatlah kawan2 semua, memang tak semua mereka jahat, tapi berbuat baik berpada-padalah. jangan jadi macam aku. terlalu baik, terlalu mengikut cakap orang, bila sekali tak nak ikut, aku dibuang kerja. bukan dibuang oleh bos yang bayar gaji aku, tapi dibuang oleh pekerja full time!

hati aku rasa lebih tenang sekarang.....



yeayyy!! :))

5 comments:

Mak Lin said...

good for you fatin :] kalau kerja nak sembahyang 5 minit pun xbg, mmg payahlah. alhamdullillah. u deserve more than that. <3

xDer said...

x rugi ah tinggalkan tmpt keje cenggini. hidup.. hati & perasaan mesti mau tenangggg :)

senyorita_usha said...

eh..tak suka la kalau tauke tak bagi orang sembahyang..die ingat die tu bagus sangat nak halang orang sembahyang?? bagus sangatla fatin berhenti..eeee!!! geram!!

atiqa aris said...

ish terok gile u kene.sabar eh u.keje ngn majikan bkn islam mmg susa siket.kdg2 dorang xpaham kewajipan kite.dulu i kje kedai kasot pon cmni gak.

budakijaupendek said...

kentalkan diri yep!
setiap perbuatan pasti ada balasan.
salute kak fatin :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER