Tuesday, December 27, 2011

REVIEW SUATU MALAM KUBUR BERASAP

salam..

review lagi! kerap pulak aku tengok wayang sekarang.. muahaha..

oleh kerana filem songlap aku buat review sampai cerita habis endingnya, ada orang berasa tak selesa. baiklah, filem ini dan filem seterusnya aku takkan cerita endingnya okayy. nak tau ending pergi tengok sendiri ye.. kekekek.

25/12/2011 aku pergi tengok filem suatu malam kubur berasap di kulim landmark central, kulim :)

tentang filem suatu malam kubur berasap..


Pengarah :Ernie Chen
Syarikat Penerbit :Outloud Studios Sdn Bhd
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Komedi, Seram
Tarikh Tayangan :22 Disember 2011
Durasi :90 min
Audio :Dolby
Format :35mm

Pengarah
Lakonan:
:
Atan (Pelakon Utama)
:
Bun (Pelakon Utama)
:
Pet (Pelakon Pembantu)
:
Cempaka (Pelakon Pembantu)
:
Pak Akub (Pelakon Pembantu)
:
Muthu (Pelakon Pembantu)
:
Tok Yam (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengarah Seni)
:
(Penyunting)
:
(Audio Editor)
:
(Audio Editor)
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengurus Produksi)
:
(Pembantu Pengurus Produksi)
:
(Fokus Puller)
:
(Penjaga Sambungan)
:
(Pereka Kostum)
:
(Jurusolek Artis)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit)
:
(Pembantu Penerbit)
Sinopsis:

Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Filem ini akan ‘berasap’ di pawagam pada 22 Disember 2011.



kredit : KLIK SINI
poster suatu malam kubur berasap :)



pelakon angah raja lawak merupakan salah seorang pelakon utama. aku paling suka dengan watak beliau. paling menyerlah antara pelakon angah dan azrul zaidi. hehe kerja sebagai penggali kubur...

ni tok yam, nenek yang jaga atan (angah) dari kecik.


ain dan along. ain pegang watak sebagai siti dan juga hantu cempaka. time dia jadi orang, nama dia siti, time dia jadi hantu, nama dia cempaka. boleh ada dua nama. hahaha.. :P

along pegang watak bun. haha.. kelakar gila! :)

jerat cina..

hensem jugak zack diamond ni kan. dulu dia zack x-factor kot.. kan? err aku dah lupa. hehehe.. dia pegang watak sebagai mie :)

tok yam yang sangat sayangkan atan :)

bun ni tak percaya sangat pasal hantu. tapi bila dia sendiri tengok, sampai gerai pak akub ni roboh dia langgar. hahaha.. tau sebut perkataan aliff ba ta je bila nampak hantu..

ni la siti. pelakon ain..

ni la hantu-hantunya. hehe.. siapakah?

#adegan tak perlu tayang

harap tak da lagi adegan sebegini di suatu malam kubur berasap 2!. huh.

dan tak de lagi adegan angah makan cacing betol2. bluweeekk. aku pejam mata je. hahaaha.. aku dah tau yang dia makan cacing betol punya masa tengok the making dulu. time scene ni aku terus pejam mata.. hahaha..


nanti akan ada sambungan suatu malam kubur berasap. tapi kesian jerdil dan tocai tu akhirnya masuk penjara. sebab apa???? sila la tengokkkk :))))

filem ni tak la seram mana pun. bab gelak memang guling-guling la. gamat satu pawagam. maklumlah ramai yang tengokkk. kalau bab seram, ada la bunyi orang menjerit sikit-sikit. aku tak menjerit pun. cuma terkejut yang amat sangat je bila nampak hantu lalu..

ni 1st time aku tengok wayang filem hantu dengan mama. mama punyalah takot. dia tutup mulut sebab takot terlepas menjerit kuat2. haha aku pun tutup mata bila agak-agak hantu nak datang. tu la pasal aku tak menjeritt :)))

selamat menonton!

2 comments:

Tukang Karut said...

nak tengok adegan dalam air tu je!

Nur Farah Hani said...

errrrrrrrrr tengok gambar pun da takut.. memang tak tengok la.. uhuuuuuu.. tapi teringin nak tengok... sobsobsob..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER