salam.
7/12 yang lalu, cukuplah 3 bulan aku bekerja sebagai promoter di kedai kasut tersebut. nama kedai? sapa yang tau tau la. aku tak ingat la samada aku pernah bagitau kedai kasut sebenar kat blog cuma gambar kedai aku pernah letak sebelum ni. hihi..
30/11 hari tu sebenarnya aku dah hantar surat notis berhenti kerja. yeah. aku mohon untuk berhenti kerja. awat la teruk sangat sampai aku nak berhenti kerja pun susah? aku ni kerja part time je pun. gaji RM2.50 je sejam. tapi diorang tak bagi aku berhenti macam aku ni kerja manager. kalau aku tak de, bisnes bankrap.
hasrat memang nak blah macam tu je tapi sebabkan ada sedikit perasaan bertanggungjawab., aku hantar surat berhenti kerja.
sebenarnya banyak sangat sebab aku nak berhenti kerja. banyak gila. tapi bila aku google je pasal cara-cara nak tulis surat berhenti kerja, ada penulis yang menasihatkan agar jangan menulis dengan ayat yang kasar, menghantar sebab yang tak masuk akal. dan sebagainya. ok la. aku tulis baik-baik saja la, yang selebihnya aku simpan dalam hati,
aku tulis sebab berhenti kerja, nak cari kerja tetap. oh bukan maksud aku nak cari kerja tetap tu, setaraf dengan aku., sekurang2nya aku nak cari kerja yang berkaitan dengan kos yang aku belajar dulu. perkara ni lebih sebulan aku fikir. sampai bila aku nak kerja sebagai promoter je. langsung tak de kena mengena dengan kos aku. budak sekolah pun boleh buat kerja yang aku buat. belajar 3 tahun setengah untuk jadi promoter buat selamanya adalah tidak bagus ye. hehe. kilang banyak je kat kulim ni, penang pun banyak, yang tak de cuma transport.
kedua, aku nak belajar dan amik lesen moto. mesti kena amik. duit simpanan ada la sikit, cukup la kot untuk belajar dan amik lesen moto. beratus jugak kan nak buat semua tu. nak amik lesen kereta memang tak mampu lagi. tapi tak apa la. aku nak jugak la. lagipun nanti cuti semester,dia boleh bawak aku. amik lesen moto, nak beli moto. moto biasa2 pun cukupla asalkan aku boleh naik bawak pergi tempat kerja. macam mana nak beli? nanti aku contact ah long. ah chai pun bolehhhhhhh :))
ketiga, aku perlu settlekan pinjaman MARA sebanyak RM37000. tengok. umur 22 tahun dah menanggung hutang sebanyak tu. serius. duit gaji aku memang tak cukup nak bayar. RM50 pun tak mampu. aih. dan aku tulis jugak, kerana gaji yang tak mencukupi apatah lagi dengan kos sara hidup yang tinggi. sekarang ni duit RM50 dah macam RM5. nak beli keperluan pun tak cukup apatah lagi kehendak, ye dak?
dulu aku memang tak pentingkan gaji. bulan pertama dapat rm300++ lebih aje. guna untuk konvo. bulan kedua, alhamdulillah gaji aku lebih RM400++ , punyalah seronok sebab aku memang pulun gila kerja sampaikan demam, tapi yang tak bestnya diorang cepat2 potong EPF dan socso. agak banyak ye sampaikan yang dapat genap RM400. setahu aku kerja 3 bulan baru EPF kena potong *sigh*
orang kata memang bagus la potong EPF tapi akaun EPF pun aku tak de. aku dah banyak berhubung dengan orang yang tau pasal EPF, diorang kata aku mesti kena daftar sendiri, tanya ofis, diorang kata diorang yang daftarkan. mana diorang ada num ic aku, tak de semua tu.. sampai saaat post ni ditulis, aku tak tau num EPF aku, yang aku tau diorang kata diorang dah potong EPF. aku paling takot kena tipu, duit weh. guna tenaga sendiri kot semua tu.
pasal EPF, aku stop fikir sekarang. nanti aku kena pergi check sendiri kat pejabat KWSP, kalau memang tak daftar, tau la apa aku nak buat :)
itu belum masuk dengan stressnya aku ni orang buat tak ubah macam lembu. ye, aku memang pekerja tapi diorang juga pekerja. gaji sama tapi aku ni diorang buat tak ubah macam lembu. ye, aku ikut je semua dan kekadang aku rasa aku sedang kena buli sekarang, tapi bila aku fikir aku kerja makan gaji, aku ikutkan jugak la. kekadang aku protes jugak la dengan sesetengah staff yang malas nak buat kerja dan mengharapkan aku. sampaikan ibarat kalau aku tak de, diorang mati.
dan yang paling buat aku tawar hati sangat2 tu, bila tauke sendiri kol. ni bini tauke yang kol. marahkan ketua sebab gaji aku masih RM400++ . aku kira-kira ikut jam, bulan 11 aku kerja aku dapat RM446 rasanya. wah banyak jugak tu. lega la kan. bini tauke bukan main marah sebab dia kata pekerja parttime tak patut dapat gaji RM400++!! seharusnya hanya RM300++ lebih.
WTF??
dia cakap lagi ' yang bagi dia kerja selalu apsal? tak payah sampai malam., pukul 6 dah boleh suruh dia balik, sakit kepala tengok punch card, nak kena bayar banyak pulak tu'
dan dia marah lagi bila aku nak berhenti kerja. dia baru dapat surat tu dan dia tak bagi sepatutnya la kan. dia nak aku kerja sampai bila-bila dengan dia. dalam mimpi pun aku tak mau weh. dia kata dia boleh bagi aku cuti untuk amik lesen, tak payah la weh. janji palsu je semua tu, macam la aku tak tau..
aritu aku demam. demam panas. 3 hari aku tak pergi kerja. ketua aku bukan main bising dia tak dapat nak cuti sebabkan aku demam. masalahnya aku mintak ke kat tuhan suruh bagi aku demam? agak-agak la kan. aih. memang banyak sangat sebab buat aku tawar hati. dan sampai sekarang ketua aku masih pujuk aku suruh sambung kerja,nak tau sebab apa? sebab dia nak lari dari kerja tu. nak aku jaga, ganti dia. banyak cantik muka dia.
gaji sikit aku boleh terima tapi kalau dikerahnya tenaga aku tak ubah macam lembu lepas tu komplen pulak gaji aku dapat lebih padahal RM400 aje, bukan RM40000000000 pun. nak suruh aku tunggu lagi kerja tu?
bulan 11 punya gaji potong habis sampai tinggal RM300++.
jangan risau la, kalau aku berhenti pun, bukan kedai tu bankrap, muflis, ada jugak kan. ye, cuma tak de la lembu lain akan sudi bekerja macam aku. kalau ada, aku ucapkan tahniah ^__^
*luahan perasaan, terkilan, kecewa, 1/1/2012 aku kembali menjadi penganggur, bukan aku tak bersyukur, tapi aku tak nak jadi lembu lagi. *
satu je aku rasa bangga sikit bila ada gaji, aku dah boleh bagi mama merasa duit gaji aku. walaupun tak banyak tapi alhamdulillah, mampu bagi :)
8 comments:
Eeee..kejam lah diorang fatin..dah macam babu dah! Fatin ambil keputusan yg tepat!good job dear!
kesian Fatin.. Boleh tau Fatin ni seorang pekerja yang berdedikasi.. Kalau tak, takkan mereka nak pujuk2 Fatin jgn berhenti kan..
kalau saya dulu pun, tunggu dapat tawaran kerja lain baru saya akn berhenti kerja. sebab tang sanggup nak jadi penganggur terhormat.. ehehehe
Tapi bila baca luahan fatin ni, memang ada baiknya Fatin blah dari kedai tu.. Kesian nampak sangat kebajikan pekerja macam tak d jaga... memang mostly majikan suka janji2 kan yg manis2.. tapi bila dah bertugas, itu tak bole, gaji tak up dan macam2 lagi
sabar ye fatin..baik cri kerja ttp dr fatin kne menanggung brmcm rse kalah ikan siakap 3 rasa..hehe..nad pnah jgk jd g2..sdih mmg sdih ble d prlakukn mcm 2..nekad dgn ati cri kerja ttp ok..insyaallah fatin akn dpt ap yg fatin inginkn..yg penting usaha k..lg 1 anggap je krja lme sbagai xprience..sbb ble org tgok kte bnyk xprience..org lain akn lbih respect kte..hehe..pnjg plak komen ni dh mcm entry..hehe..
Siannyer..
Awak buat apa yang terbaik ye
Saya doakan kejayaan awak
Hidup kena cekal
Baca entri sya yang ini ye
http://thrulinzlens.blogspot.com/2011/10/gaji-6-angka.html
kedekut gila! tak payah la kerja kat situ. kerja teruk2 dapat banyak tu je. selamat mencari kerja tetap! saya pun tengah mencari lagi. haha.
cari la kerja tetap yang stabil ye...
cari je lah kerja baru fatin. kalau dah rupa itu. sabar ye. :)
atin, kakalu dah macam tue rupanya..xpayah tunggu lagi! ngaji 3tahun dapat diploma..last2 kena jadik keldai cina!!! omaigod!!! xpayah atin.. banyak lagi peluang yang atin ada kat luaq sana.. insyallah kena berusaha lebey sikit...farah pernah qeja dgn cina dak la. depa wat kita cm b*** ja... suma nak tekan kita... sabaqq tau....!
Post a Comment