assalamualaikumm..
saya join salah satu contest anjuran nuffnang, nak tau lebih lanjut? KLIK SINI
dalam salah satu usaha KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK!
anda tahu apa itu rokok? tak tau? anda dari mana ni sampai tak kenal apa itu rokok?? ekekeke..zaman sekarang bilangan perokok semakin bertambah. rokok diibaratkan macam facebook, ada tahap ketagihnya yang boleh dikatakan melampau gila! yeahh! tapi rokok membahayakan kesihatan! facebook tak membahayakan kesihatan kecuali kita yang bahayakan diri sendiri gara-gara facebook.
kandungan dalam asap rokok??
#bahan radioaktif (polonium-201)
#bahan2 yang digunakan dalam cat (acetone)
#pencuci lantai (amonia)
#ubat gegat (naphthalene)
#racun serangga (DDT)
#racun anai-anai ( (arsenic)
#gas beracun ( hydrogen cyanide)
DAN BANYAK LAGI..
tapi racun yang paling penting adalah....
#Tar
#Nikotin
#Karbon Monoksida
fuyoo!!! try pergi minum pencuci lantai tengok, try pegi kunyah ubat gegat, tengok apa jadi? mati ye dak? susah kot kalau nak diselamatkan. tapi, dalam asap rokok, terkandung semua ni! sebab tu la orang kata rokok boleh membunuh kita secara perlahan-lahan!
kesan kepada perokok?
#pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah.
dan BANYAK LAGI!!
kalau hang rasa nak merokok, merokok saja la. bahayakan diri sendiri tapi tau tak, hang bukan saja bahayakan diri sendiri tapi orang sekeliling! aihhh!! adoyaii! lain kali kalau nak hisap rokok, bungkus mulut dengan plastik! biar asap masuk dalam hidung sendiri dan mulut sendiri, tak payah susahkan orang!
kesan asap rokok terhadap isteri perokok?
#melahirkan bayi kurang berat badan
#melahirkan bayi tak cukup bulan
#lebih terdedah kepada kanser
#mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
itu kalau si perokok adalah lelaki. tapi zaman sekarang, perempuan pun ramai yang merokok ye dak? apa yang sedap sangat aku pun tak tau. ada sedap macam teh o ais limau tak?
itu baru kesan pada isteri, belum lagi pada anak dan orang sekeliling. aih. memang anda bukan seorang yang bertanggungjawab. dalam diam mahu melihat kesengsaran orang yang anda sayang tu! SAYANG KE??
yeah. nak berhenti rokok bukan senang. tu la orang kata, rokok ni penyebab ketagihan yang melampau. sebab tu la ada kaedah-kaedah yangp perlu kita tau untuk berhenti rokok. pergi hospital, kementerian kesihatan, mintak nasihat pada pakar!
contoh kaedah yang anda boleh buat untuk berhenti merokok
#tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
#yakinkan diri
#buat nota peringatan
#sentiasa berfikiran positif
#katakan pada diri anda ' anda bukan perokok'
#dapatkan sokongan dari keluarga
#lawan keinginan untuk merokok
dan BANYAK LAGI!
tanamkan dalam diri anda, kalau anda merokok, anda telah membahayakan kesihatan isteri dan anak-anak anda. anda sayang pada mereka? tidakkah anda berkeinginan untuk melihat kehidupan mereka lebih cerah pada masa hadapan?
lepas ni ingat, kalau anda dalam proses berhenti merokok atau ingin mencuba rokok buat pertama kali, ingat ni, setiap sedutan membawa padah! padah beb. mati memang la boleh dimana-mana tapi nak ke mati akibat salah sendiri? tak de penyakit cari penyakit! mengada!
(gambar ni saya pertaruhkan untuk contest ni, sudah semestinya saya yang ambil gambar ni dan edit :)
abu : nah rokok dunhill sekotak. aku kasi freee.
ali : rokok???? TAK NAKKKKKKKKKKKKKK!!
*anggap rokok itu satu benda yang boleh membunuh kita*
jangan lupa tonton video ni
jika anda berhajat untuk memenangi duit free dari nuffnang, sila la join contest ni! kalau tak menang, tak de rezeki. sekurang-kurangnya kita dapat tolong orang sedikit sebanyak pasal rokok! KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK!
ROKOK BOLEH MEMBUNUH!!
dapatkan nasihat dari gayahidupsihat.my
To enter this contest, what you have to do is:
• Take a photo with the theme of the ‘Tak Nak’ campaign without using cigarettes or cigarette boxes as props
• Post it on your blog as an update
• Include key words such as #taknak, photo contest / duit free and smoking kills
• Link the gayahidupsihat.my
• Once you have published the post, submit your permalink in the form below
• Take a photo with the theme of the ‘Tak Nak’ campaign without using cigarettes or cigarette boxes as props
• Post it on your blog as an update
• Include key words such as #taknak, photo contest / duit free and smoking kills
• Link the gayahidupsihat.my
• Once you have published the post, submit your permalink in the form below
semoga berjaya!
3 comments:
terasa gk nk join tp xde gmbar yg cntik lagi..huhu
betol2 katakan xnk pd rokok,yg selalu bau tu katakan xnk pd asap rokok.hehe
waa.
best !
good luck ^^
Post a Comment