salam..
dah tiga hari aku tak update blog. peh aku rasa lama gila selama lama yang mungkin. padahal bukan tak pernah aku stop tulis blog. dulu masa raya, seminggu aku cuti update blog. huahua belum campur tahun2 lepas lagi, sebulan kekadang 2bulan aku tak jenguk bulan tapi dulu tak aktif mana pun kan..
sebenarnya 2 dis tu, entry terakhir yang aku tulis mama demam teruk dan aku selesema tu. malam tu aku demam pulak. langsung tak boleh nak bangun. makan panadol pun tak kebah langsung. badan punyalah panas, tapi rasa sejukkkk. brrr nasib baik jumaat tu aku memang cuti. aku sms Lee, Lee cakap kalau aku nak pergi hospital, call aje dia, dia boleh datang ambil aku..
petang jumaat tu bila aku sampai tak boleh nak bangun, mama call kawan dia, bawak aku pergi klinik. mama pun demam lagi, tak larat lagi, dan sekarang mama pulak nak kena jaga aku sebab aku langsung tak boleh nak bangun. pergi klinik kesihatan 1 malaysia kat taman kenari tu je, sebab aku biasa dengan klinik tu. sakit perut ke, sakit kena gigit charlie ke, demam ke, batuk ke, selesema ke, semuanya pergi ambil ubat kat situ.
yang tak best klinik tu tak bagi surat mc. arghh itu tak penting, yang penting aku nak cepat sembuh!
nak masuk klinik pun aku terhuyung hayang, sikit lagi nak rebah masa nak pergi daftar kat kaunter, nasib baik mama pegang. huu..bayar RM1 aje pun.. sabtu tu aku cuti, makan ubat, makan ubat dan nasi pun tak lalu nak makan. air masak langsung tak boleh nak minum sampailah sekarang sebab lidah rasa pahit gila. haha..
ahad pun aku cuti lagi sebab badan betol2 tak kuat lagi. online pun kekadang je. usha facebook 5 minit, lepas tu baring, aku tak boleh duduk atau berdiri lama-lama kalau tak memang rebah.. huu.. doktor kata kalau lagi 2,3 hari tak sihat jugak, sila pergi ke hospital untuk check darah. huhu..
isnin (5/12) aku masuk kerja balik. nasib baik petang, tapi serius tak stabil jugak la ditambah dengan banyaknya stok yang datang, beg sekolah yang bergantungan di merata-rata tempat buat aku pening. hehe. aku kena jugak kuatkan semangat pergi kerja sebab Lee pulak demam sekarang ni.. huu.
musim demam kot.
sehingga entry ini ditaip pun, aku masih belum pulih sepenuhnya. mama jugak. masih batuk, selesema dan kekadang pening kepala, tapi nak buat macam mana, ada tanggungjawab.. lagi sebulan ja lagi..
cepatlah sihat sepenuhnya :)
jujur, aku dah lama tak makan buah-buahan. nak makan sayur pun kena paksa. ngeh3. tapi hari tu mama beli banyak epal hijau. aku makan tanpa henti, pehh serius mujarab. haha. nak kena amalkan ni =p
terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan aku dan mama ;D
9 comments:
selamat kembali menulis yaa.. semoga kesihatan fatin dan mama akan bertambah sihat hendaknya.. amin
get well soon.
paksa diri makan lebih sikit, kalau tak makan macam mana nak cepat baik :]
jaga kesihatan tau..... jgn makan bukan2.. hehehe
jaga kesihatan tau..... jgn makan bukan2.. hehehe
jaga kesihatan tau..... jgn makan bukan2.. hehehe
jaga kesihatan tau..... jgn makan bukan2.. hehehe
semoga cepat sembuh ya, dik....
sama la... aku pun dah lama tak menaip...
teruskan menaip okeh.. sentiasa menanti..
Post a Comment