Tuesday, December 20, 2011

REVIEW KITAB TERFAKTAB #1

salam.

dah lama gila tak beli buku, selalu novel je. ni bukan novel kan? err err. tergerak hati nak beli bila mama kata dia selalu sangat baca status kat facebook terfaktab. dia kan online guna facebook aku. lepas tu dia tanya, tak de ke yang lain selain dari facebook terfaktab?

aku cakap, ada!! buku! baru aku teringat, kitab terfaktab edisi 1. yeah. dulu tak beli pun sebab masa tu baru mula kerja kan. hehehe. lepas tu mama kata order la. sementara ada duit ni. memula tu kan, nafsu membuak-buak nak beli tiga buah buku terbitan lejen presss. arghh. tapi akhirnya buat keputusan untuk membeli satu dulu.

senang sebenarnya nak berurusan dengan lejen press ni. aku hantar order 12/12/2011, aku bayar 13/12/2011 dan buku sampai ke tangan 17/12/2011. alhamdulillah. :) dari situ aku puji dah, tak menyesal kalau nak berurusan dengan lejen press LAGI.

dan sebenarnya mama yang baca sampai habis dulu, baru aku baca. maklumlah, posmen hantar ke rumah, bukan kat tempat kerja aku. kekekeke. lepas tu siap hantar sms madah-madah kat aku. hehe.

dan pesan mama, baca, hayati dan fahamkan. sejak ada krisis yang agak teruk dulu dalam perhubungan aku, aku betul-betul perlukan buku sebegini untuk berikan aku semangat :)


inilah bukunya ;D

dalam banyak-banyak hasil tangan penulis dalam buku ni, aku paling suka nukilan aqram. bertajuk long distance relationship.



yeah, sedikit sebanyak membuka mata aku. betol kata aqram, ini bukan zaman dayang senandung, nak tunggu kekasih empat purnama. ni zaman lady gaga, facebook, twitter, BBM, video call. tu belum masuk sms dan call :)

sejauh mana pun pasangan tersebut, terlalu banyak kemudahan berteknologi yang kita boleh gunakan. lain la dulu-dulu. handphone pun tak dak. kalau nak contact pun, guna surat. sebulan sekali. sekarang ni, sms hari-hari. ada yang sms setiap 5 minit, yang bergayut tiap-tiap malam tak payah kira la kan, tu belum termasuk komen kat facebook, twitter, belum lagi berwebcam, hantar MMS. arghh terlalu banyak sebenarnya. ni baru sikit.

dan aku rasa zaman sekarang memang tak de lagi istilah perhubungan jarak jauh. kalau kekasih anda di luar negara pun, anda tetap boleh berhubung dengan dia, walaupun bukan dengan handphone, facebook kan ada. skype? ym? lagi?

lagi satu nukilan aqram pasal kita jangan jadi perasan bagus sangat la. maksud perasan bagus? tak sedar diri yang anda tu sudah berpunya, tapi masih nak menggatal dengan orang lain, flirt dengan orang lain. tamak sangattt..

aih. nukilan aqram betol-betol buka mata aku luas-luas. dulu aku selalu jugak kata, aku dengan  ni boleh dikatakan perhubungan jarak jauh. jauh mana? kulim - arau. *sekarang gelak guling2 dalam hati*. okayyyy. hari-hari sms, hari-hari call, berfacebook, bertwitter. macam orang kata, jauh di mata, dekat di hati. hehe..

selain dari aqram, nukilan dari penulis-penulis berikut jugak bagus :)

brader leplep : paling penting luahkan cinta kepada seseorang kalau dah memang jatuh cinta. reject ke apa ke, belakang kira. dan cinta itu memang buta. keburukan kita butakan. kebaikan kita hebahkan :)

amoi : luahkan perasaan walau anda yakin anda tak berjaya. aku pernah cuba dulu, masa sekolah, ditolak tapi aku rasa lega, sekurang-kurangnya dia tau, walaupun kitorang tak bertegur sapa hampir setahun jugak la. lepas tu okay balik, dan sekarang masih berkawan :)

bukan penggoda : pilihan sendiri mahupun pilihan keluarga terletak pada diri sendiri, akal, fikiran kita. bukan bermaksud pilihan sendiri kita akan bahagia selamanya, tidak bererti pilihan keluarga memang merana sampai bila-bila, ia bergantung pada diri sendiri sebenarnya. mama dan abah berkahwin pun atas pilihan keluarga, bahagia sampai ke hari ni :)

mr.k : dua patah perkataan, saling melengkapi. tiada manusia yang sempurna. lelaki ada kekurangan dan kelebihan begitu jugak perempuan. dengan sikap dan sifat berbeza menjadikan kita ditakdirkan bersama :)

dan dan dan penulis yang lain, hellioz,lord zara, penulis sahaja, the bent pencil, elena reeney, shahirah khairuddin, ulii azman, cob nobbler, karya anda memang sangat2 menarik, aku tak pernah lagi baca kat tempat lain. hehe ulii azman dan cob nobbler punya nukilan memang buat mata aku bergenang. kehkeh.

nak tau kisah lebih lanjut, sila dapatkan kitab terfaktab edisi ! sekarang.hubungi LEJEN PRESS untuk maklumat lanjut.



berbaloi beli dengan harga RM20. harap ada edisi kedua secepat mungkin. lebih penuh pengisian. lebih menarik. ;D

nak kenal terfaktab? KLIK SINI

7 comments:

Alexia Aqram said...

hai saudari fatin. terima kasih kerana membeli kitab terfaktab ya! :)

layari juga blog kami di www.terfaktab.com

all the best!

farahadilah said...

wahhh! macam best ja atin.... suka..suka..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih sebabbeli dan ya, buat review juga :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk besh ni..slmt membaca..

teyn teyn said...

mereka semua blogger kan ?

sahromnasrudin said...

nnti sy habaq mai kt mywife..msti dia suka

NasQ said...

pinjam sat...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER