Saturday, December 17, 2011

REVIEW FILEM SONGLAP

salam..

semalam (16/12/2011) aku cuti. off day. ye, setiap hari jumaat aku akan cuti. dulu2 khamis. haha dan hari ni (17/12/2011) aku kena kerja sepanjang hari sebab ketua aku cuti. cuti je la dia tau~ zzzzzzzzzzzz.

aku amik kesempatan bercuti ni nak pergi tengok wayang. dengan mama. lagi 2 hari birthday mama. mula2 ingat nak belikan kek untuk mama tapi mama kata tak payah, belanja makan ke tengok wayang pun dah cukup. aku belanja mama tengok wayang filem songlap. lakonan shaheizy sam. kehkeh..

sejujurnya bagi aku, kekuatan songlap terletak pada shaheizy sam. aku sedang membayangkan kalau pelakon lain yang suam-suam kuku berlakon dalam filem ni, nak ke aku tengok? kui3.. point utama aku tengok sebab ada shaheizy sam. kalau dia berlakon, mesti nak tengok!

jom layan review yang aku buat sendiri, berdasarkan pemerhatian aku sendiri ye. hik hik pendapat aku mengenai filem ini.

poster songlap. menampilkan shaheizy sam, shafie naswip dan sara ali sebagai pelakon utama..

'KERJA KOTOR, SAPU BERSIH'

ad ( shafie) dan am ( shaheizy sam), diorang ni adik beradik. hidup mereka cuma berdua je. mereka terbabit dalam penjualan bayi. mahal gila kot bayi diorang jual. dah la comel2. haha. pelanggan yang pertama dalam filem ni, masa awal2 babak, adalah lisdawati dan eizlan yusof..

yang am pulak suka berjudi. duit yang diorang dapat hasil menjual bayi, dia gunakan untuk berjudi. memanjang kalah. kahkah. dan dia juga bekerja dengan seseorang wanita cina bernama Mama.

lakonan normah damanhuri memang buatkan semua mata terpaku. yela, seksi gila! aiyoookk. nama apa eh dia dalam ni? aku dah lupa. tapi sebenarnya dia ni la mak kepada ad dan am dan bekerja sebagai pelacur., yang si fauzi nawawi tu pulak dia yang uruskan keluar masuk pelanggan ke bilik. ayat dia banyak siot gila dalam filem ni. loqlaq.


hasnul rahmat kot dia ni, dia ni jugaklah antara ketua la kot yang berhubung dengan sam. tapi nanti dia mati sebab kena sembelih dengan mamat mana ntah. masa tu diorang tengah berjudi untuk perlawanan bola sepak. masa babak ni, ada wanita bernama Mak Jah bawak dua orang wanita yang sedang mengandung.sebab apa? untuk menjual bayi diorang bila dilahirkan nanti.

yang si ad ni pulak, dia minat gila nak masuk menari-nari ni. apa ke bboyz kot orang panggil. kahkah lupa. dia baca iklan yang sapa menang bboyz ni akan dapat RM50,000. bukan main dia prektis la untuk masuk pertandingan ni. tapi ada satu scene tu, juri kata gagal dan dia perlu banyakkan latihan. tu saja.


sara ali pula memegang watak sebagai hawa. gadis yang hamil semestinya anak luar nikah. dia ada abang, nama razak. razak tu hensem. tapi sayangnya dia mati sebab dadah. memang hensem., sapa entah pelakon dia. huahua. hawa ni lari dari rumah lepas dapat surat dari kakak dia intan yang menetap di kuantan. tapi dia gagal ke kuantan kerana dompetnya hilang masa nak pergi stesen bas. jadinya dia bertemu mak jah dan mak jah tu la bawak dia bertemu mama ( yang ketua menjual bayi tu) dan dia ditempatkan di sana.


mama tu orang cina. keluarga dia cina. dia ada anak lelaki bernama keong. keong tu ada parut kat muka. hari2 suka tangkap ikan keli depan rumah, kahkah kat rumah diorang memang ramai la gadis2 mengandung, diorang akan jaga dengan elok sampai mereka beranak dan anak tu akan mereka jual kepada orang lain. hawa pun dok kat situ la.

dan dalam scene ni, lepas je hawa beranak, si ad kesian kat dia, si ad ajak dia lari dari hospital. mulanya dia tak nak tapi bila ad cakap dia kawan baik razak, abang kepada hawa, hawa pun ikutlah..

masa scene ni aku rasa macam suspen jugak la, tertanya-tanya diorang dapat lepas tak dari hospital tu. kehkeh. tapi terlepas jugak la. dan diorang menyewa kat hotel murah. hotel tu macam seram je. kahkah..


mula2 si hawa ni tak nak kat baby dia. baby boy lagi tuu. yang si ad la asyik dok jaga, bagi minum susu, sampaikan satu babak tu, masa si ad menjerit suruh si hawa ni menyusu, tetiba si hawa ni bangun dengan rakuss, masa tu aku bisik kat mama aku ' boleh mati keras baby tu sebab terkejut'. hahah jangankan dia, aku pun terkejutt. lepas tu meraungg, pukul2 bantal. kahkah,, serius lawak ;p

yang si ad pulak tak habis2 prgi jumpa si normah damanhuri ni. mak dia rupanya. aiyook. pertama kali ke dik? nak tengok pun boleh.. geli gila!! kahkah. patutlah filem ni untuk 18 tahun ke atas je. haha. budak2 tak boleh tengok. dia jumpa perempuan ni pun sebab nak berborak je. rindu kot. dah la kena bayar, setengah jam RM30. memang gila. ada satu scene tu dia tak de duit nak bayar, diorang halau dia keluar dari rumah tu dan dia tak sempat bagitau yang dia anak kepada beliau. yang si fauzi nawawi tu pulak, kata ' aik, cepatnya dik' 'ketagih lagi la tu'. haiyaaaaaaaaaa

bila hawa dan baby tu hilang, keong apa lagi mengamuk2 la kan. sebab diorang rugi RM32k. yela, diorang nak jual baby tu dengan harga RM32k. ad bawak balik kat rumah diorang. dia pujuk2 am suruh bawak diorang ke kuantan. dan am pun bersetuju, lepas tu masa ad keluar rumah pergi cari tiket, am bawak hawa ni keluar nak pergi kat si keong tu la.. grr


tapi patah balik sebab ad kol balik, rasanya sebab dia dah amik semuaaaa duit simpanan am yang am simpan dalam tin rotiii. terus patah balik tanpa sempat jumpa keong..!


dan mereka pun berjumpa di satu tempat. ad bawak duit, am bawak hawa dan baby.



boleh kata babak ni paling menyayat hati sampai bergenang jugak la air mata, masa si ad pujuk am pergi kuantan sama dengan diorang. am tak nak. memang sedih masa si ad tu pujuk sambil peluk.

tapi akhirnya si am ni tolak ad sampai rebah. lepas tu ad blah macam tu je dengan hawa.

lepas tu keong tu jumpa ad, dia bawak parang punya la panjang. am cilok sana sini dalam bandar, memang aksi agak mencemaskan sampai aku tutup muka dengan beg. aku terbayangkan si keong tu keluar dari skrin lepas tu sembelih aku dengan parang panjangnya. hahahahha.. mama aku pun macam tu. terkejut. kahkah. tapi lari punya lari, akhirnya keong mati di tangan am.


yang ni pulak bapak hawa. dulu masa hawa kat rumah, bukan main marah, tunjuk tanda tak suka sangat2. tapi sejak hawa pergi, bukan main dia mencari sana sini, pergi stesen bas la apa la. lepas tu dia jumpa si ad ni dengan hawa, ikut punya ikut akhirnya dia pergi tarik si ad tu.

dia pegang botol ni sebab nak bunuh ad sebab ad tak nak bagitau mana hawa. last2 hawa muncul. si bapak ni pulak macam rakus je nak pergi tengok anak hawa tu. hawa mengamuk2. tak silap aku, si bapak dia ni la yang rogol dia sehingga melahirkan anak tu. haaa.. sebab tu dia tak nak kat bapak dia tu dah.

yang paling lawak, dan failed aku rasa, masa si bapak bergelut dengan hawa, hawa tertikam bapak dia dengan botol tu, tunjuk perut bapak dia berdarah tapi lepas tu tunjuk botol tu tak de kesan darah langsung. aihh, mana pegi kesan darah tu.. hahaha :P

dan akhirnya bapak tu mati dalam teksi., oh ye bapak dia pemandu teksi.


last2 tunjuk scene ad dan hawa dalam bas untuk pergi ke kuantan..~~


gabungan diorang ni memang menghidupkan cerita la :)


mama kata bosan, mungkin sebab jiwa dia bukan remaja, kehkeh., bagi aku, boleh la tahan cerita ni. sukanya tengok shaheizy sam, serius betol muka dia. dan sampai sekarang aku tak tau sapa pelakon yang memegang watak sebagai razak tu.. kui3.

filem ni tak sesuai kot untuk tontonan kanak2 sebab banyak unsur ganas, lucah sikit2, sosial yang teruk, tak sesuai, tapi kan.,,

masa tengok wayang, aku dengar bunyi suara budak kecik (umur dalam 5,6 tahun) dok menjerit2 dalam pawagam, bercakap2 la, merengek2 la. anak sapa la yang terlepas masuk dalam pawagam tu? hanya mama dia je yang tau...


7 comments:

Nur Farah said...

waa honest bile tengok anme movie ni fara langsung tak teruja nak tengok tapi bile bace cerita y fatin tulis ni macam menarik gile pulak citer ni.. tapi sayang kelantan tader wayang.. uhuuuu.. :(

Bozu said...

razak : izzue islam

Ce'gu JAERA said...

wahh, hujung minggu yang ceria bersama mama menonton wayang.. mesti seronok kan

NasQ said...

wuaaa... detailnya...

roziahojijie said...

wahh . best lah citer ni .. kolo mcmni , ta jd la nk g tgk wayang . akak fatin dah citer da sumenye :)

KakiWayang.com said...

Terbaik review fatin. Tapi kenapa ada baby pulak, bukannya filem ni 18tahun ke atas ke?

Jom baca review dari KakiWayang.com : Review filem songlap

*Erk, komen ni ada link biru dianggap spam gak ke? Hehe. =)

-Salam HantuWayang

mummyrinazone beauty said...

jalan cerita yang bagus..fatin dah bleh jadi pencerita yang baik nih!huh..hehe

ARTIKEL RAKAN BLOGGER