Monday, October 3, 2011

TESTIMONIAL YANG DIBERIKAN MENIPU KE?

salam..

satu hari di pagi yang dingin, aku didatangi seorang lelaki yang datang menghulurkan pamplet kepada aku. err satu kertas yang isi kandungannya berupa produk kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma. dia cakap kalau nak pegi check kesihatan, pergi kat kedai tuuuu. blablabla tak la jauh dari tempat aku bekerja.

yang menariknya belakang kertas tu ada ditawarkan jawatan kosong. RM500-RM1500 sebulan. hanya 10 jam -15 jam seminggu. dan tanpa menjejaskan pekerjaan tetap anda. mula2 memang la aku tertarik, aku memang tengah cari kerja part time ni, semata2 nak cari duit lebih *tapi mama dan tak bagi :( *

rambang mata la kan bila dia tulis gaji RM500-RM1500 sebulan, dan tugasnya cumalah edarkan pamplet tu kepada orang ramai! wow!! ternganga kawan2 aku yang lain dan mula merancang nak mintak pekerjaan tu.

sebelum tu, kitorang teliti la betol2 apa yang tertulis di kertas tu.. yang bestnya tengok gambar perbandingan sebelum dan selepas.

okay, produk ni produk kesihatan yang agak terkenal la. kalau aku sebut, mesti semua orang tau. produk ni boleh buat kita yang gemuk jadi kurus, yang tua nampak muda, yang muka berjerawat teruk boleh licin. cuma minum je produk tu.. err..err~

tapi kan, apsal gambar orang sebelum dan selepas tu muka2nya lain2 ek? tak de yang sama pun. dari hujung rambut kitorang belek, habis telinga, mulut, hidung, mata, kitorang usha habis2an tapi serius, perbandingan tu bukanlah orang yang sama! tapi, orang yang berbeza. aku tak la rabun sangat sampai tak dapat beza semua tu. bukan setakat mata aku je, mata kawan2 aku pun perasan yang gambar orang sebelum dan selepas tu orangnya lain2~






sebelum : 210 KG
selepas : 35 KG

nampak sangat menipu :))

ok tu contoh la k. selalu macam tu kan diorang tulis. hahaha. tapi apsal muka lain2 ek? boleh tak aku tanya apsal? kehkeh..

aku pernah tengok dengan mata aku sendiri, kawan aku punya kawan, dia tu punyalah ensem gila woi kalau sapa tengok konfirm berkenan. diorang pun agak lama kenal dan satu hari tu family si lelaki tu buat bisnes produk kecantikan. tak terkenal pun. aku tak pernah tengok pun ada orang pakai kat facebook ke apa ke, biarlah rahsia apa nama produknya, padahal aku pun lupa sebab cerita ni lama sangat. dan pamplet yang diberikan tu kan memang buat aku terkejut.

mana tak nya, diorang letak gambar sapa entah gemuk2 jadikan sebelum, dan muka dia jadikan selepas. aku pasti dan yakin sangat gambar sebelum tu memang bukan dia. entah budak mana ntah dia letak. dan lagi satu gambar kawan dia berjerawat teruk. sebelum tu gambar orang lain, selepas tu gambar kawan dia~ haaa..

oo sejak tu la aku berkata dalam hati, tipu rupanya diorang ni~ apa motif ek??

last2 sekali, kitorang amik keputusan tak payah pergi interview tu. tu pun selepas promoter diorang datang terangkan macam2~. dia kata minum air tu je boleh hilang semua jerawat dan muka jadi licin berseri. yang gemuk boleh jadi kurus. heh? aku malas la nak kerja tu. takkan nak menipu orang ramai sedangkan kita sendiri tak pakai produk tu?

boleh pulak kita nak pergi terangkan 1000 kebaikan produk tu kepada orang ramai semata2 untuk tarik perhatian pelanggan dan seterusnya mencuba produk tu.. kalau sakit ke apa ke, tak ke berdosa namanya menipu? =,= tak sanggup aku. tak de duit lebih pun tak apa la~ huhu..

oh ya, dari kecik2 aku belum pernah mencuba makan apa2 pil kurus, air untuk kurus ke apa2 la produk kesihatan untuk kurus. tak pernah lagi~ sebab mama dan abah tak bagi. diorang kata sekarang ni memang la tak da apa2 kesan, kesan akan datang bila dah tua nanti. boleh rosak buah pinggang la, apa la~ kalau setakat krim untuk buang selulit tu aku pernah la pakai~ apa pati mustajab ke apa ke, memang berkesan la, membuang je ari2~ lancar. gahaha~.. pakai luaran okay lagi dari makan benda yang masuk dalam badan..

pendapat korang macam mana? :)


10 comments:

NasQ said...

ntah... aku tak percaya sangat benda2 ni...

zulkoa said...

brand apekah?..woo~t jadi pape kat customer ke..die sue ko camne?

merahitujambu said...

ritu sepupu sy ckp pon tpu ..ni pasal produk jerawat..sebenarnya muka dia selepas..yang sebelum jerawat byk tu diorg buat jadi jerawat nampak byk..walhal org tu mana jerawat cmtu...

sahromnasrudin said...

pada saya tiada cara lain selain senaman dan kawalan makanan...

yg lain semua mengarut huhuhhh

emarieys said...

nak menipu pun berpada-padalah...

haish..

budakijaupendek said...

kadang-kadang ada yang letak bantal kt badan nk bg gemok,
snpa pic. cabut bantal snap pic kurus pulak.
nampak sangat la.
badan gemok tapi muka kering je.
tak ke tipu namanya ?
market je tu. hehe

Woofer Storm said...

tak rasa nak beli produk nak kuruskan badan,kalau nak produk gemukkan badan ada tak??eheheee


*menipu demi kepentingan diri sndri tu kan berdosa..tak yah join ye fren^^

asfira aminuddin said...

tak payah lah nak guna pil or benda benda yg boleh kurus ni. sbb for me, ia menipu and bole mengundang bahaya kat kesihatan. if u nak diot, try diet yg sihat macam amalkan breakfast, kurangkan kabohidrat and exercise :)

rozeeta rashid said...

a'ah betul tu. pernah jugak tengok gambar sebelum selepas tapi muka tak sama pun.

Kak Imun said...

Salam, fatin. Tak usah la makan pelangsing segala, klu tak sesuai dgn kita, lagi susah. Jalan kaki sj pun dah kira senaman.....:)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER