Wednesday, October 26, 2011

RM 4, RM10 DAN RM50

salam..

dugaan bekerja datang lagi.

mula-mula hilang RM4, duit kaunter. heran kan. duit dalam kaunter boleh hilang RM4. salah aku jugak sebab aku cuai, kunci tinggal kat kaunter masa aku pergi toilet. selalu Lee pesan, bawak kunci, bawak kunci. tapi aku fikir, takkan la pekerja kat sini nak amik betol tak? lagipun diorang pun bekerja, ada gaji.

dah hilang, tak apa la dah ganti.

satu hari Lee cuti, aku ingat lagi aku bawak duit RM17. tengahari, mama hantar makanan. aku siap tunjuk kat mama dalam wallet aku ada RM17. sekeping duit RM10, 7 keping lagi RM1. lepas tu petang tu aku pergi toilet secara tergesa-gesa sebab sakit perut. tapi sempat capai kunci. balik dari toilet, salah seorang staff minta kebenaran nak ke kedai. aku kata okay. sambil2 sms dengan mama, mama mengusik suruh aku belanja dia makan nasi kandar. aku pun tergerak hati nak check wallet, bila aku buka, nahhh, RM10 tak de!! aku cari2 dalam beg, dalam kotak tempat aku simpan beg, merata-rata tapi tak de. memang panik. RM10 pun berharga okay. aku risau takot tercicir atau mungkin aku dah terbagi kat mama tadi. cari punya cari, aku terus call mama. mama pun heran sebab aku tak bagi dia duit pun.. ermm. aku diamkan aje. aku tak nak bising2~

esoknya aku ada bagitau Lee. bagitau supervisor dia kata mungkin ada pelanggan masuk tempat cashier dan amik awak punya duit. persoalannya, macam mana la pelanggan boleh tau aku letak beg dalam kotak? dalam timbunan plastik. buku-buku, kertas-kertas. pelik kan.. lagipun staff lagi sorang tu kan ada, takkan dia tak marah kalau pelanggan masuk ke tempat cashier. fikir logik la.

aku diam lagi walaupun sampai sekarang aku rasa sakit hati.

dua tiga hari lepas tu, time aku cuti, Lee call dan bagitau duit RM50 pula hilang. arghh. aku terkejut, terjerit sebab terkejut. RM50 beb. dan tu duit dari kaunter. duit modal. berlaku apabila dia pergi ke kedai depan nak beli makanan, tak sampai 10 minit. dan staff tersebut tolong pulangkan duit pelanggan masa pelanggan bayar. heran. RM50 yang sepatutnya ada dua keping, tinggal sekeping. lepas tu terus keluar, pergi kedai. bila Lee balik, kira duit, short RM50. arghh. bila tanya dia, dia selamba cakap, mak u yang curi. memang mak Lee ada dalam kedai, sebab Lee bawak mak dia, Lee tak percaya staff tu. tapi dia kata mak Lee pulak yang curi. duit RM50 tu pun tak de kat mak Lee bila dicheck.



heran. sapa toyol dalam kedai tu. pekerja cuma 3 orang. yang lagi sorang kan dah berhenti. time hilang RM4, aku dan staff jaga kedai. Lee cuti. kedua pun sama. Lee cuti. ketiga, hilang RM50 bila aku cuti, Lee dan staff tu jaga kedai. aku dan Lee tak de di setiap kejadian, dia je ada.dia boleh tuduh mak Lee, sedangkan mak Lee tak de di setiap kejadian. hurm..


nak tuduh, tak de bukti. tapi tak apa la, sepandai-pandai tupai melompat, kalau dah jatuh ke tanah, balai polis kulim kami akan tuju dulu. kebenaran harus ditegakkan. Insyallah. mudah-mudahan.

happy deepavali!




9 comments:

Woofer Storm said...

mcmm mana blh makan benda yang sememangnya haram untuk dimakan..

mencuri tak baik tuk kshatan..heehe

berhati2 lain kali ye^^

Gen2Merah said...

wahh, memang betul2 misteri la.. sapa la agaknya si pencuri tu ya? kalau org pempuan suspek tu memang sedih laa..

SkEMmAtiXx said...

kt situ xde CCTV ke??

Tukang Karut said...

hoho... jaga2, ada toyol besar kat kedai tu...

Mizz Atie Zieya Shukri said...

mcmm magic lak duit tuh ilang

Chaza said...

geram nye dengan orang yang macam tu.tade cctv ke?kan senag boleh je tangkap si pencuri tuu..hmmm.

NOOR FATIN said...

xde cctv la :( kedai xla besar mana pun.. T_T

fiQ'Ra said...

nak t shirt angry bird tak? Hehe

http://fiqracake.blogspot.com/2011/10/t-shirt-keychain-angry-bird-untuk.html

oya said...

kepelikan sungguh..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER