Sunday, October 16, 2011

AKHIRNYA BERHENTI JUGA

salam..

ingat tak entry INI? klik untuk baca. ni entry bersambung dari entry sebelumnya :)

kan pasal cuti tu. aku dapat cuti 5 hari. kebetulan sebelum seminggu aku pergi konvo, dia tak boleh jugak pergi majlis pertunangan tu sebab hari khamis tu dia kena pergi test lesen ke apa ntah. lebih kurang macam tu la. akhirnya dia cuma dapat satu cuti sahaja. tapi sabtu dia amik cuti jugak last minute, katanya sakit mata.

hari terakhir aku bekerja sebelum dapat cuti 5 hari tu, gaji dah keluar. kerani akaun dah telefon bagitau jumlah gaji yang aku dapat. masa tu duit gaji di bank in kat akaun lee sebab aku belum buka akaun maybank, yang ada cuma cimb. lepas tu kakak tu pergi bank sebab nak check duit kot2 dia dah dapat.

dia pergi bank dengan lee dan patah balik cakap kad dia tak boleh guna, password salah. dia kata dia tekan num pin betol dah, yang salah mesin tu. *sigh*. last2 dia pergi lagi sekali maybank tu. lama jugak la. settle ke apa ntah. dan bila dia balik je, lee pulak pergi rehat. tinggal aku dengan meena je la. bila dia balik je, dia terus borak2 dengan meena tapi serius cara percakapan dia macam marah. tapi aku tak paham la sebab dia cakap tamil.. hahaha aku agak dia cerita pasal maybank tu la, pasal num pin tak boleh guna. aku ada tengok resit maybank kat tangan dia, aku baca la, duit gaji masuk dot dot dot. aku boleh pulak mencelah ' akak cakap la bahasa melayu, saya tak paham' dia senyum sinis lepas tu teruskan cakap tamil.

bila dia balik aje, barulah meena cerita, rupanya dia tengah marah kat aku. aiyarkkkkkkkk!! sumpah aku terkejut. apsal tak marah je depan2 aku tadi? padahal aku ada je kat sisi dia. dia tak puas hati sebab gaji aku lebih RM 5 dari dia. bayangkan, RM 5 SAHAJA. bukan rm50 ye. dia kata aku kerja hanya 3 minggu tapi kenapa gaji aku lebih dari dia? kenapa gaji aku boleh nak sama dengan dia malah lebih lagi? meena dah terangkan, aku kerja dari pagi sampai malam, ada beberapa hari aku buat full day. dia kata 'bila masa?? saya tak pernah tengok pun'.

dia cakap jugak, kerani akaun tu mesti salah kira gaji dia sebab tu dapat sikit. *sigh* bulan lepas pun sama, dia kata kerani akaun salah kira gaji dia sebab dapat sikit. dan sekali lagi kerani tu kira untuk dia saja, tetap sama jumlahnya, dan bulan ni dia buat perangai yang sama malah tambah masalah dan komplain bila gaji aku lebih sikit.

aku lega la sebab 5 hari aku cuti tanpa tengok muka dia lagi. lega!!

balik je cuti, dia memang la tak tegur aku. tegur kalau nak tanya pasal kasut aje la. tu je, kot2 nak sembang tak de pun. aku buat tak tau je la. tak payah cari masalah dengan aku la kan. aku tak ganggu sapa2.

tabiat dia yang dia selalu buat kat kedai, dia suka bergayut dalam kedai. earphone sentiasa di telinga dia dan mulut dia sentiasa pot pet pot pet. nasib baik cakap tamil aku tak paham. lepas tu sikit2 keluar pergi beli makanan, sikit2 keluar pergi public phone, sikit2 guna telefon kedai untuk kol suami dia.

aku syak suami dia langsung tak bekerja sebab asyikkkkkk dok bergayut je sama macam dia.

bila lee tanya, ada tak orang guna telefon kedai, aku cakap ye. dan setiap kali dia guna memang aku bagitau, aku cakap benda betol, aku tak suka menipu2 ni.

bila nak bayar bil telefon je, wow! berlambak2 num tak kenal ada dalam bil. lee tercengang2, aik? ni num sapa. meena ada jugak kol, dia bagitau dia ada kol. aku tak pernah guna telefon kedai kecuali telefon lee. lee pulak guna telefon kedai hanya untuk kol supervisor dan ofis. itu saja..

lepas tu esoknya lee tanya la dia, guna telefon tak bagitau, ni bil banyak sapa nak bayar, lee membebel kat dia dan diorang bergadoh pagi tu,lee hantar mesej kat aku, cerita semuanya, dia kata jugak kakak tu kata dia nak marah aku petang nanti sebab aku bagitau lee pasal dia guna telefon kedai.

bila aku sampai je, dia langsung tak datang kat aku. dia dok area belakang kedai. asyik dok mendecit-decit je lidah. aku borak2 dengan lee dekat setengah jam, dia tak datang pun. bila lee pergi rehat, aku buka ka radio, decit-decit dia makin kuat. aku buat derrkk aje, bila meena masuk je kerja, dia borak2 dengan meena dan lepas tu dia datang kat aku.

dia cakap dia tak mau gadoh tapi suara dia makin tinggi dan makin tinggi. dia tanya apsal setiap kali dia guna telefon, aku mesti bagitau lee. aku cakap la, dah lee tanya, aku bagitau la. takkan nak tipu pulak. dia kata dia guna 4,5x je pun. bukan banyak kali, tu pun kol suami saja. itu pun nak bagitau ke, dia kata mana bil, nak tengok bil, mana la aku tau lee simpan bil kat mana, dia kata bila dia kol, hari apa, jam berapa, berapa lama, num apa, dia ingat aku ni busy body sangat ke nak catat semua tu, sendiri guna sendiri mahu ingat la kan. lepas dia cakap2 macam tu terus dia blah!

bila lee balik, aku cerita kat lee, dia kata aik, apsal masa dia ada tadi, kakak tu tak berani tanya aku depan dia? haa kalau tak buat salah, tak perlu takot kot kan? hehe, adess. ah peduli apa aku. masa aku cuti, dia buat perangai jugak. sepatutnya balik pukul 3 petang tapi pukul 2 lebih dah blah. bijak pulak tu, tak mau punch card, suruh meena tolong punch kat dia pukul 3. nasib baik mak lee ada jaga kedai, dia yang nampak, bila tanya meena, dia mengaku kakak tu suruh dia punch untuk kakak tu. esoknya bila lee tanya kakak tu, dia kata eh mana adaaaaaaaaaaa, saya balik pukul 3 petang la! wth!! lee kata mak saya nampak u balik awal, suruh meena punch, dia kata tak apa, nanti saya tanya meena. hahahha.. buat salah tak mengaku yang aku sakit hati sangat tu weh!

dan semalam suami dia kol malathi. tanya pasal telefon tu la, nak back up bini. tolonglah, kalau bini tak bijak, janganla tunjuk suami pun tak bijak. lee cakap berhenti aje la senang. tetiba terputus. lepas tu dia kol balik, dia kata kakak tu jatuh bilik air tadi, dalam perut dia jatuh ke apa ntah. dia kan tengah mengandung 6 bulan. sekarang dah kena tahan kat hospital taiping.

nak tipu apa nya, kejap je kot tadi ok tetiba sampai taiping. kalau dah sakit sangat, kulim tak de hospital ke, ni terus sampai taiping. aku rasa boleh mati dalam perjalanan kot kalau nak sakit sangat sementara nak sampai ke taiping. aku dan lee yakin semua tu satu pembohongan. cukup2la segala pembohongan dia buat selama ni, selama sebulan aku kenal dia. bulan2 lain pun perangai macam tu..

lee cakap suruh dia berhenti, suami dia tanya gaji bila dapat? lee kata bulan depan baru dapat, sama macam kitorang. ok dia berhenti. eh sebelum tu suami dia kata kalau isteri dia dah kembali sihat, dia nak masuk kerja balik, sekarang ni macam tempoh bercuti dia la. lee kata no way. berhenti terus. gaji bulan depan baru dapat. ok tamat.

masa belum dapat gaji bulan lepas lagi, pekerja di ofis dah telefon tanya bila dia nak berhenti sebab dia mengandung dah 6 bulan. dah tak larat, apa kerja yang dia boleh buat. gaji tetap sama tapi kerja dia rehat aje. tapi lee kata kesiann, bagi la peluang, tapi akhirnya tengok la, kerja menipu je. sapa tak sakit hati.


dan misi mencari pekerja baru dah bermula. dapat sorang yang dapat interview tadi. dan harini dia akan masuk kerja. pagi nanti pukul 9.30, lee cuti 2 hari, maknanya aku kena jaga kedai dua hari dari pagi sampai malam. pekerja tu pun india jugak. tapi tak apa la, tak semua india jahat kan, tak semua melayu baik betol kan. masing2 perangai lain2, aku harap pekerja ni tak membawa masalah macam kakak tu. cukupla kami bertiga yang menanggung tension setiap hari.. haha :))

dia mengandung, kitorang kesian, tapi dia tak pernah nak kesian kat kitorang. tak banyak kitorang mintak, hormat la, tak payah la tinggi2 suara, tu je, tak mintak duit dia langsung.. tapi secebis hormat pun tak de, apa boleh buat.

mana2 tempat kerja pun mesti ada masalah tapi tolonglah jangan bawak perasaan dengki, busuk hati, perangai menipu ke tempat kerja. benci.

sori entry agak panjang., aku cuma meluahkan perasaan. nama lee, meena dan kak mala bukanlah nama sebenar ye, aku dah ubah :D

 suruh aku berhenti kerja ni dan try kerja lain. tapi hurm.. aku sayangkan kerja ni sebenarnya..

5 comments:

Mizz Atie Zieya Shukri said...

luahkn prasaan anda..makin dipendam..makin terbakaq.. so bgos untuk diluah

Mak Lin said...

mcm2 perangai orang sekarang kan? (+_____+)"

Saya Nina Syakira said...

akk keje kat mne

Azzah said...

kerja dah selesa tapi persekitaran pulak tak selesa..hermm.. sabar yek

saperakue said...

akak.. akak sangat tabah

ARTIKEL RAKAN BLOGGER