Wednesday, September 8, 2010

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA :)

salam.

alhamdulillah. aku selamat sampai di kampung.  hantar semalam. kalau la korang tengok macam na keadaan moto nak balik kampung,haha nasib baik tak terbalik moto. barang aku jee~ keh2. ada 4beg. lenguh leher, pinggang dan tangan. alahai. nasib baik tak jadi apa2,.. thanx ~ tak sampai setengah jam dah sampai kampung.haha

keluarga pak lang pun dah ada. ramai jugak~ aku tido atas katil sorang2. siap ada kelambu warna pink! haha best2, yang tak best, nyamukkk..waaa..lama dah aku xkena gigit nyamuk. tapi malam ni, penuh tangan. haha aku heran sebab pakai kelambu pun nyamuk boleh masuk. tapi aku taum nyamuk rumah tok aku ni advance~ hahah xmacam nyamuk2 tempat lain. aisey! haha. aku gigit nyamuk tu balik kang.

mood masih sedih tapi sedikit terubat rindu bila tengok baju raya yang mama pos. ada 3pasang baju kurung, 3pasang blaus. mama pos lama dah kat umah tok. hee cantiikkkk.. suka2!rasa terubat sangat2 la rindu, hehe..

esok tok nak buat rendang, buat ketupat. sebab mama xde, aku la yang jadi pengganti dia kat sini..walau aku xreti masak, aku boleh la nak tolong2 tu haa. haha kenapalah aku xreti masak.lalalaal :P

ok la, aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua blogger, yang selalu jejakkan kaki ke blog ni, yang selalu komen2, tak kiralah sapa saja, yang tinggal di luar negara. selamat hari raya.. aku mintak maaf kalau ada terguris hati korang, ada isi blog ni yang meyinggung perasaan sesapa saja. aku mintak maaf yaa. buang yang keruh amik yang jernih. mohon maaf zahir dan batin.

hati2 pulang ke kampung. makan kuih raya ingat aku k! raya nanti datang la umah~ heee.. tapi aku tak balik terengganu pun..kui3. sapa2 buat open house, calling2 la k~ ahaks. semoga syawal memberi keberkatan kepada kita semua.. aminnn..

raya raya jugak, blogwalking jangan lupa :P

psstt,,umo 21 boleh dapat duit raya lagi ke? :))

2 comments:

I*K*T*I*R*A*F said...

fuyohhhh.4 beg?? bawak ape dalam tu??

SELAMAT HARI RAYAAA! :)

NOOR FATIN said...

beg laptop, beg baju, beg kuih raya. beg alat2 makeup dan mandian.hahahaha.berat kot..adeess

selamat hari rayaaa!!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER