salam..
Sejak akhir2 ni, terlalu banyak kes yang melibatkan manusia. membunuh, merogol dan pembuangan bayi. terlalu banyak. kenapa manusia semakin kejam? aku pun tak paham.
Manusia semakin kejam disebabkan oleh semakin menghilangnya agama dalam kehidupan. Walaupun diakui beragama Islam, namun kebanyakan manusia sekarang hanya menganggap Islam sebagai agama teokratik dan bukan sebagai cara hidup. Buktinya jelas. Agama hanya diukur menerusi ibadatnya sahaja. Jika cukup solat lima waktu, berpuasa, dan seumpamanya, sudah dikira beragama dan dianggap sudah memadai. Campur aduk atara agama dan budaya memburukkan lagi keadaan.
Cuba kita lihat diri sendiri. Sejauhmanakah kita menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai cara hidup kita. Bagi diri ini, masih terlalu jauh untuk mencapai darjat muslim sejati. Walaupun begitu perkara ini tidak bermakna kita harus tewas dengan pujukan hawa nafsu dan Syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk ke Neraka. Ingatlah Neraka itu ialah seburuk-buruk tempat kembali. Sudah muak kita mendengar ungkapan tersebut, namun sejauhmakah kita takut akan N.E.R.A.K.A. Kita, termasuklah diri sentiasa leka, lalai, alpa, jahil dan kurang bersyukur akan segala nikmat yang telah dicurahkan kepada kita. Mengapa kita sentiasa Jahil tentang Islam sedangkan kita telah mengakui Syahadah sejak kita lahir lagi.
Akhlak para penganut Islam dewasa kini semakin meruncing. Lihat sahaja setiap hari pelbagai dosa yang dilakukan seperti membunuh, rogol, merompak, berjudi, rasuah dan terlalu banyak lagi dosa-dosa yang dilakukan. Hakikat manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa memanglah benar. Sungguhpun begitu, hal ini tidak bermakna setiap hari semakin rakus manusia khususnya masyarakat Islam di negara kita terjebak dalam kancah jenayah yang rata-ratanya melibatkan dosa atau jenayah yang besar dan yang terbaru pembunuhan yang tidak terlintas pun gamak dilakukan oleh ahli keluarga sendiri. Perkara ini jelas membuktikan bahawa umat Islam kini terlalu dahaga akhlak dan kedamaian.
Dalam beberapa minggu saja, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pembuangan bayi setiap hari. Makin banyak berita yang ada, kes semakin berleluasa. Masya Allah, kenapa jadi macam tu? Kalau tak nak kan bayi tu, serahkan saja pada keluarga yang memerlukan. ramai lagi yang memerlukan cahaya mata. mengapa mesti dibuang? kasihan pada bayi. dia tak bersalah. dia tak tahu apa2, .kalau dia tau nasib dia macam tu, dia pun tak nak lahir kat dunia ni.
Dan yang terbaru, kes pembunuhan datuk Sosilawati,.datuk sosilawati dibunuh dan dibakar,. dan abunya dihanyutkan ke sungai. astaghfirullahalzim.. satu malaysia terkejut. apa salah dia sampai diperlakukan sebegitu? kerana harta? dendam? kalau ya pun, jangan sampai membunuh. cuba bayangkan kita menjadi anak2nya, apa perasaan kita? bayangkan anak2 dia raya tanpanya di pagi raya. dan mengetahui keadaan sebenar dia. sedihnya.
Kesimpulannya, penghayatan dan mengamalan Islam dalam kehidupan hanyalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan umat ini. Bagi ibu atau bapa yang terbaca komen yang tidak seberapa ini, didiklah anakmu dengan Islam. Kekejaman Umat pada masa kini tidak akan selesai jika kita terus hanyut dengan dunia yang secara jelasnya menipu daya manusia.
Sama-samalah kita fikirkan....
2 comments:
jadikan alquran dan suunah nabi sebagai pedonam hidup
tau xpe :)
Post a Comment