Monday, September 27, 2010

HATI INI MASIH MENGINGINKANMU...

salam.

sedihnya hari ini., sangat2 sedih. Ya Allah, aku rasa tak kuat dah semangat, hilang sudah semangat yang berkobar2. semuanya hilang. hancur gara2 sepatah dua kata. apa harus aku buat? Ya Allah, aku memohon petunjukMu....

bukan aku yang cipta puisi ini. ini sumbangan dari iceq. kawan ku yang suka berpuisi. aku suka. puisi2 itu banyak menyentuh perasaan ku. dan dia tujukan dua puisi ini utk aku....


'chopstick' itu ditakdirkan berdua

begitu juga kita,dan aku mahukan kita begitu
walaupun berdua itu pedih,sakit
sejujurnya aku tidak mampu melihat kau sendiri
tanpa bahu untuk menangis
dan tanpa penenang di kala gundah
mendengar setiap butir yang kau ucap
dan memeluk kau bila butir menjadi esakan
agar kau sedar,dunia ini tidak kejam
kau masih ada aku,berdua mengharung airmata
seperti chopstick yang sama2 mengharung kuah mee..




akan sampai satu ketika
kau akan tersedar
tersedar bahawa dunia ini
tak selamanya memalingkan keindahannya dari kau
tersedar bahawa dunia ini
masih mahukan kau memijak ia dengan hati yang lena
dengan jiwa yang gembira
agar kau kuat melawan rasa hati yang kejam
akan sampai juga satu ketika
kau akan tersedar
tersedar masih ada yang mahukan kau di sisi
yang menganggap kau orang yang dia sayang
yang ingin kau ada di bingkai gambar pada masa depan
sampai satu ketika
kau akan penat
penat berfikir kenapa dunia ini begini
kenapa dia enggan melepaskan
kenapa dia masih sayang
dan kenapa kau masih mampu bertahan
selepas kau rasa dunia ini membenci kau..
=)
dan aku pula tersedar sudah berzaman aku tak berkata2..


dan aku rasa aku masih sedar..
aku masih punya dia..
biarlah masa yang menentukan..
Ya Allah, jangan pisahkan kami.
aku sgt2 perlukan dia...



p/s: berbanyak terima kasih kpd anis nabila. dia teman aku masa aku sedih. aku sgt2 hargai. dia xpenah tggalkan aku bila aku ada masalah. aku selalu share masalah dgn dia. thanx abil. i really2 love you~

-to iceq: thanx bagi puisi dan doa kamu buat aku tabah.



p/s: mama. sori tak cerita kat mama. xnak mama sedih. cukuplah cheq sorg ja nangis dan tanggung semua ni.. :((


No comments:

ARTIKEL RAKAN BLOGGER