Thursday, September 30, 2010
DAYANA DAN AZZAM
Wednesday, September 29, 2010
300TH FOLLOWERS!
Tuesday, September 28, 2010
Sape nak hadiah free? :)
Monday, September 27, 2010
HATI INI MASIH MENGINGINKANMU...
KARAOKEHOLIC CONTEST
Tarikh tutup: 30 October 2010
Sunday, September 26, 2010
TAKDIR~
CONTEST SENYUMAN MANEH!
Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar
Mesti buat N3 pasal contest ni.
Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri.
Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.
Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.
Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.
Tag minimum 2 atau lebih rakan anda.
Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.
Hadiah adalah topup bernilai RM30.
Jika pemenang menggunakan line prabayar, nilai tersebut akan ditukarkan kepada wang tunai dan akan di bank-in kan ke dalam akaun anda.
ni pic yang aku pertaruhkan.
Saturday, September 25, 2010
RADJA-MAAF
Radja – Maaf
* aku ingin selalu bersamamu
reff:
bila aku salah di matamu
aku tahu kau marah
repeat *
lagu ni aku dah pasangkan elok2 kat blog aku.. best kan? aku tau lagu ni dari youtube la~ hehe lagi satu lagu terbaru radja ialah, terus terang. pun best jugak~! haha aku dari dulu memang suka lagu2 dari radja. yela, ntah kenapa suka. dari form4. ada kisah tersendiri :P
hehe ookk.. harap semua enjoy dgn blog aku dan lagu ni~ heee
Friday, September 24, 2010
NAK MINTAK TOLONG DAN GAMBAR RAYA!
fuh! lama gak xupdate blog rupanya. maklumlah, tenet kadang2 lembap! tak la kadang2, selalu jerrr.. haha minggu ni sangat2 busy. dah start minggu busy dah. lepas raya, assignment banyaakkk, test banyakkk.. tiap2 malam aku kena buat assgment, pastu study utk test esoknya. on9 pun macam tak senang hati je. haha! ni rasa tenang sikit. sebab dah antar dah 4 lab report PLC. tension giler buat benda tu~~ hahaa!
fyp dah start arini. baru potong2 besi. dua orang je grup aku, sedih kan? org lain semuanya 5! paling kurang 4! huwaaaa.. mudahan2 segalanya berjalan dengan lancar. dan aku harap ni last sem bagi aku!
err.. aku nak mintak tolong la pada blogger2 yang tahu,, pasal benda ni.
ada beberapa web aku bukak tak boleh. keluar benda ni, bila tekan dont send atau send error report, automatik window tu terpadam. quit. apsal ek? baby adopter aku pun tak boleh bukak. ntah apa cite lydia dalam tu~~ uwaaaa...
PLEASE HELP ME!! sapa2 yang tahuu,, tlg2 bagitau aku..apa aku patut buat.. utk xnak ada benda ni..
ok, pic raya tak banyak sangat! haha ada la beberapa keping aku upload kat facebook~ weee. tu pun cilok hp abah aku. hp aku xde kamera. okay tipu. ada tapi cuma 1.3megapixel. tension kan? adehhhh!! hahahah
ni kat kampung tok wan aku. arwah tok wan aku. walau beliau dah xde, aku tetap panggil kampung tokwan aku. walau pun aku ada tok :P umah tok utk sebelah mama. umah tokwan utk sebelah abah~ hehehehe.. itu jambu kat belakang umah. mama petik. haha. aku amik la pic. abah amikkan kot. dengan teriakan aku menjerit, *saya lah usahawan jambu yang berjaya!!* hahaha poyos~ keh2
gambar ni kat depan umah tok! hehe ok, ni baru tok. hehe dengan alisya. melaram tudung dari seseorang :P tembam kan aku pakai? haha gambar atas tu aku tarik kedepan dah. xnampak la dua kaler. haha alisya pun ada gak tudung tuuuu~ dia yang ajar aku pakai.wakakakak!!
ni la alisya., nurul alisya alia. dia ni sebenarnya anak jiran aku masa kitorang dok kat kulim. mama aku ngasuh dia dari umo dia 2bulan sampai la 3tahun. pastu kitorang pindah ke sg petani. dia memang rapat giler dgn family aku. dan sekarang dia umo 11 tahun! darjah 5 sudah~ tinggi kan. nak dekat sama tinggi dekat aku..ceh! beza umo 10 tahun. tapi kasut raya aku dia boleh pakai. hahaha tu haa, dia melaram kasut raya aku..kasut princess okay! :P thanx pada si diaa~ weee.. i likeee. suka sgt2! rasa bertambah ketinggian ketika memakai! hahaha!!
berbalik kisah di umah tokwan. belakang umah. selangkah je dah sawah padi. kalau sebelah tepi ni ada kandang itikk. pak lang aku banyak bela itik! aku xamik gambar2 kandang itik kat abah aku..wuu.. so xdapat la tunjuk! xpe2, lain kali aku letak kat sini. haha. best2, tgk itik jalan. aku selalu kejar itik2 tu. haha kejam! alisya yang amik pic ni~
aku dah tengok jadual final exam. start 8nov sampai 13 nov! pastu tamatlah sudahhh!! yahooooooooooooo!! heheh
ok laaa!! nak start blogwalking! dan yang perlu anda tahu, esok, bersamaan ari sabtu, aku ada kelas BAS!! kul 8 pagi sampai 11pagi...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~!
byebye
Friday, September 17, 2010
TERUS TERANG-RADJA
Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Karena tak ada yang tahu
Arti cinta sesungguhnya
Cinta datang dari Tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karena aku manusia
Yang pastinya butuh cinta
Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan
Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan
Perpisahan..
Cinta datang dari Tuhan
best lagu ni, serius best. aku suka. mendayu2 je. haha dari dulu lagi aku peminat radja. dari dulu la, dari form4, semua lagu2 radja aku hafal. haha XD
***masih kat kg, pekan darat :)
Tuesday, September 14, 2010
TEMAN TAPI MESRA
dia hanya teman
kami hanya kawan
bukan kata2 artis
bukan kata2 yang direka2
tapi ni sejujurnyaa
dia hanya teman
teman tapi mesra
adanya dia membahagiakan saya
adanya kekasih, sempurnalah hidup saya,
maaf,
aku tidak curang
apatah lagi menduakan cinta
hakikatnya,
kami hanya kawan
aku tidak pernah selingkuh
percayalah,
janji dan impian yang kita angankan
insyallah,
bakal menjadi kenyataan
cinta ini tetap utk kekasih.:)
>IF<
Sunday, September 12, 2010
MANUSIA SEMAKIN KEJAM..
Sejak akhir2 ni, terlalu banyak kes yang melibatkan manusia. membunuh, merogol dan pembuangan bayi. terlalu banyak. kenapa manusia semakin kejam? aku pun tak paham.
Manusia semakin kejam disebabkan oleh semakin menghilangnya agama dalam kehidupan. Walaupun diakui beragama Islam, namun kebanyakan manusia sekarang hanya menganggap Islam sebagai agama teokratik dan bukan sebagai cara hidup. Buktinya jelas. Agama hanya diukur menerusi ibadatnya sahaja. Jika cukup solat lima waktu, berpuasa, dan seumpamanya, sudah dikira beragama dan dianggap sudah memadai. Campur aduk atara agama dan budaya memburukkan lagi keadaan.
Cuba kita lihat diri sendiri. Sejauhmanakah kita menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai cara hidup kita. Bagi diri ini, masih terlalu jauh untuk mencapai darjat muslim sejati. Walaupun begitu perkara ini tidak bermakna kita harus tewas dengan pujukan hawa nafsu dan Syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk ke Neraka. Ingatlah Neraka itu ialah seburuk-buruk tempat kembali. Sudah muak kita mendengar ungkapan tersebut, namun sejauhmakah kita takut akan N.E.R.A.K.A. Kita, termasuklah diri sentiasa leka, lalai, alpa, jahil dan kurang bersyukur akan segala nikmat yang telah dicurahkan kepada kita. Mengapa kita sentiasa Jahil tentang Islam sedangkan kita telah mengakui Syahadah sejak kita lahir lagi.
Akhlak para penganut Islam dewasa kini semakin meruncing. Lihat sahaja setiap hari pelbagai dosa yang dilakukan seperti membunuh, rogol, merompak, berjudi, rasuah dan terlalu banyak lagi dosa-dosa yang dilakukan. Hakikat manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa memanglah benar. Sungguhpun begitu, hal ini tidak bermakna setiap hari semakin rakus manusia khususnya masyarakat Islam di negara kita terjebak dalam kancah jenayah yang rata-ratanya melibatkan dosa atau jenayah yang besar dan yang terbaru pembunuhan yang tidak terlintas pun gamak dilakukan oleh ahli keluarga sendiri. Perkara ini jelas membuktikan bahawa umat Islam kini terlalu dahaga akhlak dan kedamaian.
Dalam beberapa minggu saja, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pembuangan bayi setiap hari. Makin banyak berita yang ada, kes semakin berleluasa. Masya Allah, kenapa jadi macam tu? Kalau tak nak kan bayi tu, serahkan saja pada keluarga yang memerlukan. ramai lagi yang memerlukan cahaya mata. mengapa mesti dibuang? kasihan pada bayi. dia tak bersalah. dia tak tahu apa2, .kalau dia tau nasib dia macam tu, dia pun tak nak lahir kat dunia ni.
Dan yang terbaru, kes pembunuhan datuk Sosilawati,.datuk sosilawati dibunuh dan dibakar,. dan abunya dihanyutkan ke sungai. astaghfirullahalzim.. satu malaysia terkejut. apa salah dia sampai diperlakukan sebegitu? kerana harta? dendam? kalau ya pun, jangan sampai membunuh. cuba bayangkan kita menjadi anak2nya, apa perasaan kita? bayangkan anak2 dia raya tanpanya di pagi raya. dan mengetahui keadaan sebenar dia. sedihnya.
Kesimpulannya, penghayatan dan mengamalan Islam dalam kehidupan hanyalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan umat ini. Bagi ibu atau bapa yang terbaca komen yang tidak seberapa ini, didiklah anakmu dengan Islam. Kekejaman Umat pada masa kini tidak akan selesai jika kita terus hanyut dengan dunia yang secara jelasnya menipu daya manusia.
Sama-samalah kita fikirkan....
Saturday, September 11, 2010
RAYA PERTAMA~
harini dah raya kedua. semalam agak busy jugak la. tak sempat nak update blog. hik3~ btw, selamat hari raya kepada semuaa~
malam raya aku dah iron semua baju raya. baju raya ada 3pasang, kaler hijau, purple dan hitam. yeah~raya pertama aku pakai baju warna hijau. pagi2 buta aku on9. facebook lengang giler. ada la sorang dua yang on9. hahaha yang lain2 xdee..maklumlah raya kan? :P
pagi tadi dah hidangkan makanan, kemas2 umah tok sikit, japgi orang nak datang beraya.aku pun pakai baju kurung tu dan lepak atas umah sambil on9~ hehe
tengahari tu sepupu aku sebelah abah call, dia datang amik aku. bawak aku raya umah tokwan. sebelah abah aku~ huhu best la jugak. makan bihun sup, makan laksa. sumpah kenyang. pastu ikut mak sedara n sepupu2 pegi raya umah sedara diorg. best2~
duit raya? setakat arini aku dapat rm27, ok gak kan? dapat jugak. hahaha best2. tapi kalau pegi raya umah org, xdapat la kan. sedih je :P
arini, raya kedua,. aku xpegi mana2,. dok kat umah je. pakai t-shirt je~ tengok tv, on9 dan tido...zzzzz
raya ke 5 atau 6 mama balikkk! yeayy!! :))
:)
SI PEMBOHONG AKAN DITAMPAR~
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PANG!!* Robot tersebut menampar anaknya.
"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PANG!!*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".
Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PANG!!* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...
:))