Friday, March 30, 2012

CONTEST : CERITA SERAM

assalamualaikum..

aku telah ditag oleh yadz untuk join contest ni. contest : cerita seram. aku nak taip pun dah rasa seram.. aku baca kisah yang yadz tulis pun dah rasa seram. macam mana nak mulakan cerita ni kalau rasa seram? ngeh3

tarikh tutup contest ni : 7/4/2012.

penganjur : SYAF


BANNER CONTEST : CERITA SERAM

masa aku form2, family aku kena pindah kat Kuala Lumpur. aku pun agak excited la kan, yela, orang kedah nak pergi KL ni. hakhak. kitorang duduk kat kawasan perumahan kuarters yang agak terkenal di area KL ni. biarlah aku rahsiakan nama tempat tersebut. sapa yang tau, tau la ye. hik hik

dengar kata kawasan perumahan aku tu pada zaman dahulunya merupakan tapak tinggalan askar jepun dan selalu la berlaku kejadian pancung kepala. sahih atau tidak, aku pun tak tau.  





tapi tu la, orang memang selalu cerita, kawasan ni banyak hantu la, ada yang pernah nampak itu ini la. dan macam-macam la. dah tu, bebudak sebaya aku pun kemain bercerita pasal hantu asrama la, sampai aku memang takot gila nak ke asrama. kahkah time dan port yang selalu kitorang akan berkumpul untuk bercerita pasal hantu adalah ketika blok yang kitorang duduk adakan mesyuarat dan pada waktu malam. ngeee



 

aku pun pernah jugak alami gangguan yang lebih kurang sama la dengan orang lain. tapi masa tu aku tak tau kenapa aku tak menjerit, tak meronta-ronta padahal aku ni punyalah penakut gila, kalau memalam tengok cerita hantu macam dark water ke, ju-on ke, pontianak harum sundal malam ke, malam tu aku suruh mama aku teman aku tido, sampai menangis la kalau mama tak mau teman. punya penakut. serius. maklumlah aku kan anak tunggal. kikikiki

pada satu malam tu, aku terjaga tengah malam. aku tidur atas katil double decker, yang khususnya untuk aku sorang, aku tidor kat tingkat bawah la. mengiring ke sebelah dinding iaitu sebelah kanan. entah macam mana aku terpusing ke sebelah kiri. aku nampak ada budak.



ya, budak tu dalam lingkungan 6, 7 tahun. dalam gelap-gelap, aku nampak dia berdiri. pandang je aku. aku angkat kepala, tengok je, aku betol2 ingatkan abah ke mama ke tapi kalau diorang berdiri mesti tinggi tapi budak ni kecik je, aku tengok kejap lepas tu pusing balik ke arah kanan, lepas tu tetiba aku rasa kat tangan aku ni benda berat sangat-sangat. aku cuba bergerak tak boleh.nak baca surah apa pun tak boleh dah. apatah lagi nak menjerit, nak buka mulut pun tak boleh langsung, aku macam usaha menolak tapi tetap tak boleh. 
entah macam mana aku tertido.


hari berikutnya pulak, aku nampak ada hantu berdiri lagi kat hujung katil. yang ni tinggi, besar sikit badan. aku ni entah macam mana punya berani, terus bangun berdiri, jegil mata ni nak tengok apa benda depan mata aku, siap belek belek lagi, tetiba dalam kilauan cahaya, aku nampak hantu tu pakai pakaian macam sami, terus aku pejam mata rapat2 lepas tu tido.




seminggu lepas tu baru la aku bercerita kat mama. lepas tu tiap2 hari kitorang akan solat dan mengaji dalam bilik aku tu, selalunya kitorang akan mengaji dan solat kat bilik yang ketiga dalam rumah. lama-lama benda tu tak mengacau sangat dah. setakat bunyi lesung batu, pinggan cawan kat dapur malam2, bunyi tapak kaki berjalan dalam bilik memang biasa sangat2 dah, abah selalu pesan jangan tegur. buat tak tau je, benda tu takkan kacau kita kalau kita tak kacau depa.

aku jugak pernah nampak kaki berjuntaian dari tingkat atas katil aku. padahal aku ni tido sorang, mama dan abah tak pernah pun naik tingkat atas katil aku tu. apatah lagi aku. memang aku nampak kaki tu tengah berjuntaian. memang seram gila ar! agak2 kalau aku tarik kaki tu apa akan jadi ek? T__T


pernah jugak aku tido dalam bilik mama, abah pergi sabah, 
aku terjaga lepas tu nampak depan mata, abah tengah amik kain pelekat, siap pandang aku lagi, aku pun cakap dalam hati ' ohh abah dah balik..' lepas tu tertido. esok pagi2 aku tanya mama ' abah dah balik ke? semalam nampak dia amik kain pelekat.'. mama cakap ' mana ada, abah kat sabah lagi' habis yang semalam tu sapa????!!



dan lagi satu yang memang aku jadi takot gila, yang ni memang aku jadi takot sangat2, masa tu kitorang balik ke kampung, lama jugak rasanya. tak ingat la balik raya ke apa, lepas tu balik la ke rumah kat KL. kereta abah betol2 parking kat depan blok dan kalau kita dongak ke atas je, terus nampak tingkap bilik aku. rumah aku tingkat dua. 

aku turun je dari kereta, aku dongak, pandang ke tingkap bilik aku. lama. tetiba la kan, ada nampak orang selak langsir tingkap bilik aku lepas tu pandang bawah. masa tu tersirap darah gila. sebab aku yakin sangat bukan aku pandang tingkap bilik jiran tapi memang tingkap bilik aku. sapa yang ada dalam rumah aku tu?????!

aku terus kata kat mama, 'cheq tak mau naik, tak mau naik, ada orang jenguk kat dalam bilik cheq.'



abah kata mana la nak ada sapa, tapi aku nampak. muka memang nak nangis sangat2 la, aku    ikut je belakang mama naik ke rumah lepas tu terus ke bilik aku, memang mama la yang buka pintu bilik.buka je tak de sapa, langsir tetap kekal elok je. pehhhh.

tapi aku tau mata aku memang tak menipu. memang aku nampak. aku ingat lagi sampai sekarang. sampai sekarang aku tak tau apa benda tu..

bukan aku je, jiran2 pun ada bercerita, nampak malam2 dalam pukul 2,3 pagi, nampak perkampungan bunian kat bawah, nampak hantu bertenggek atas pokok, nampak lembaga melompat dari beranda ke beranda, nampak perempuan kat bus stop lepas tu bila toleh lagi sekali hilang, ada yang test2 amik gambar, tetiba tertangkap gambar hantu. memang boleh kata setiap penghuni rumah tu pernah ternampak la..

lepas tu masa tahun 2009, kitorang berpindah ke terengganu..

selepas beberapa tahun, kitorang pergi ke KL balik, pergi ke perumahan tu, nak jumpa jiran. jiran tu bercerita la kan, keluarga yang tinggal kat rumah tu selepas kitorang berpindah seringkali diganggu dengan 'benda' yang ada dalam rumah tu. teruk sangat diganggu, sampaikan dia mengandung pun, anak dia hilang dalam kandungan.

errrrr.. aku tak tau la ada kaitan ke tak dengan apa yang aku nampak sebelum ni.. tapi memang si isteri tu jadi takot gila la. huhu...

dan sampai sekarang, semua yang berlaku masih dalam ingatan.. masih segar dalam otak aku.. dan sampai sekarang aku tak tau la kenapa ada semua tu dalam rumah aku.. yang aku perasan, bila kita stop baca al-quran dalam bilik, benda tu akan datang balik, kalau kita hari2 baca, benda tu memang tak de..

misteri kelumpuk dot dot dot dot masih tak dapat dirungkai...............

dan aku tak pasti jugak penghuni rumah aku tu diganggu lagi tak sampai la ke saat ini..


tapi tu la, senang je, kalau tak nak kena ganggu, amalkan baca ayat2 suci al-quran, jangan tinggal solat, selalu la adakan bacaan yasin dalam rumah, insyallah. ingatlah, Allah Maha Berkuasa. hantu pun ciptaan Allah jugak. kalau kita dok fikir sangat pun, lagi bertambah takot. buat cool sudah. hehehe dan ia jugak sebagai satu peringatan bila kita dah start malas baca al-quran, dan solat, benda2 macam tu senang la nak mengganggu kan :)





dan dan dan..


(aku taip entry ni waktu petang dan aku rasa seram gila, dan aku publish entry ni waktu malam, sapa yang penakut dilarang baca, tunggu la esok pagi ye.)..

ekekeke

sapa yang tengah baca entry ni pada waktu malam... 



-----------------------------------------------------------------------------------------------------


nak tag sapa ye? errr




mari mari bersaing denganku. hakhak

Thursday, March 29, 2012

SERI BAKAL PENGANTIN - IRMA HASMIE

assalamualaikum..

dah lama aku tak buat entry pasal artis. hakhak tapi kali ni nak buat jugak XD sebab irma hasmie sangat cantik di majlis pertunangannya. seriuss. i likee. hehehe baju cantik + tudung cantik + muka memang cantik dan semuanya cantik la. yang paling penting, menutup aurat. indahnya wanita bertudung ni ye ;D

irma hasmie telah bertunang dengan seorang jejaka bernama Reza Syah Ameer Dato' Radzuan pada 24 mac 2012 yang lalu.insyallah mereka akan bernikah pada 1 julai tahun ini. insyallah. moga dipermudahkan segala urusan. :)

sebabkan sejuk hati memandang gambar2 ni, aku nak tempek gambar2 tersebut di sini. hanya yang terpilih saja. bukan semua ye. hik hik

INILAH TUNANG IRMA HASMIE. HENSEM KAN? ;D

kredit ; HATTA DOLMAT






WARDINA SAFIYYAH PUN ADA! ;D







cantikkan warna tema majlis pertunangan ni. cantik gila. lembut je warna. sejuk je mata memandang. hehehhe. aku memang suka warna ni dari dulu lagi. hik hik

info : semua gambar adalah milik Hatta Dolmat Couture, diambil oleh The Kliker | Wedding & Portraiture Photography. Official Photo & Video untuk majlis ini ialah Hazlenart Work Photographic Studio and Sweet Motion Production.

kredit : The Kliker | Wedding & Portraiture Photography :) selebihnya gambar boleh tengok kat page ni ye ^__^

Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : 12 YEARS AGO

assalamualaikum..


..apa yang anda boleh simpulkan mengenai gambar di atas.. kemukakan sekarang!!...

:P

Tuesday, March 27, 2012

OBLONG AYAM SPECIAL SATU!

assalamualaikum..

hari tu aku ada buat post pasal burger kan? hahaha punya la kempunan weh. sangat2 kempunan. akhirnya berjaya jugak pujuk abah. msj tanya khair, kat sini kat mana tempat jual burger yang sedap2, so dia bagitau, lepas tu abah aku pun bawak la pergiii situu..

aku pegi sana, nampak je ada oblong, terus tak ambil burger. ambil oblong teruss. haha kempunan punya pasal..

oblong ayam special + burger ayam = RM7.00

burger ayam macam biasa, mama punya. lepas tu abah kata jom kita pergi makan kerang bakar! pehh. hahah

kitorang pergi makan kerang bakar. kat situ jugak aku makan oblong! hee

mama makan burger ayam. dia macam tak nak makan burger sebab dok tengok oblong aku je. haha dia kata oblong lagi sedap dari burger dia.. kekekekeke

aku pulak makan oblong! abah amik gambar ni. dia suka betol amik gambar macam ni. hahahha.

aku makan oblong ke burger ke hotdog ke, aku akan makan roti dulu. sampai habis. lepas tu sayuran, sampai habiss. last sekali baru akan makan dagingg. seriuss, nikmat! :P

mama cakap ni bukan kerang bakar. tapi kerang rebus. ok. sedap. makan aje la kan.. hihihi..

aku pun nak try jugak. wakakaka. itu abah! ;D


malam tu memang kenyang gila. serius kenyang. hahah.. ishh. nasib baikkk berat tak naik. still maintain. nasibb baikk..

esok lusa dan tulat boleh la makan oblong lagi ye dak bila berat tak naik?? agaggaggaa ;D

tak boleh lawan dengan oblong kat gerai bersebelahan bsn kulimmmm. rindunya!! :(

Monday, March 26, 2012

SEPULUH RIBU TWEET

assalamualaikum..

harini genap 2 bulan twitter aku. ngeh3. baru 2 bulannnnnnnn. tapi tweet aku dah 10 816 dahh! cayalah. laju tak aku tweet? ekekkeek


twitter yang kedua. twitter pertama dah delete dah. ada la dalam 12k kot. tu pun twitter tu dah 2 tahun lebih. aku jarang sangat bertweet dulu, maklumlah busy. sekarang tak busy kan, so apa lagi, tak sampai 2 bulan, dah 10k tweet. haha!

aku sempat print screen bila dah cukup 10,000. akhirnya!! ;D 10 000 pada 19/3/2012 :)



aku dah follow 131 twitter. follower twitter aku cuma 60.

60 orang yang follow aku tu yang benar-benar aku kenal dan diorang pun kenal aku. kenal lama. bukan baru nak berkenalan. tak. semuanya memang kenal lama. pernah berinteraksi. pernah bergurau senda.

ada jugak yang aku kenal dari twitter lama dulu. yang rajin bertweet dengan aku dulu.. :)

dah banyak request aku decline. banyakkk. dan yang paling2 aku heran, ada sorang ni sampai 4x request. gigih betol. aku dah decline, dia request lagi. lagi dan lagi. tengok profile tak kenal langsung. serius memang tak kenal. kekekek seram pulakk

kat twitter, kita boleh spam timeline sebanyak mana yang kita mahu. tapi diingatkan, kalau kena limit, jangan meroyan kat facebook, macam aku. kahkah. sakit hati woo kalau kena limit. dalam masa 2 bulan ni, dah 3x aku kena limit. ishhh. geram gila!

kalau kena limit, kita tak boleh nak tweet langsung. kena la tunggu esok paginya. baru boleh. tension aih. haha lepas tu kawan-kawan dok mention2 pulak kan XD

sesiapa yang tak de twitter tu, nanti kalau ada, korang akan rasa twitter lagi best dari facebook. seriusss!! ;D

bio dah tukar, avatar pun sama.follower pun bertambah satu. ngeh3~

Saturday, March 24, 2012

LIKE FANPAGE PUN ADA LIMIT TAU

assalamualaikum.

aku kan aktif join contest/giveaway kat blog. kat facebook kekadang ja aktif. lepas tu yang aku perasan budak-budak yang buat giveaway mahupun contest sekarang mesti ada sekurang-kurangnya 10 sponsor, ada yang sampai 30 sponsor pun ada, tu diaaaaaaaaaa!! dan syaratnya mesti la like fanpage sponsor2 tersebut.

kadang-kadang bukan 1 fanpage je untuk sorang blogger, mana yang fanpage untuk blog, untuk bisnes. lenguh jugak la tangan nak like sana sini, follow blog, add as friend, follow twitter dan macam2 la~ kekeke

yang paling best aku suka like fanpage pasal bisnes, shawl ke apa2 ke, memang banyak sangat la. penuh home aku dengan orang promote barang, beg la, contact lens la, shawl la. peh peh. macam2. pinau mata XD selalu cuci-cuci mata kat situ ;D

baru-baru ni aku ada baca kat mana entah, yang ada limit untuk kita like like ni. sampai 5000 je. kalau lebih 5000, terus dah tak boleh like.. kalau kita usaha unlike fanpage yang lain pun, tetap tak boleh like, nak like, buat la facebook baru.. kui3~

aku ni dah la suka like like. mak oii. punya la risau. aku pun usaha la unlike fanpage yang tak aktif langsung. berlambak rupanya =,= dulu kan banyak fanpage pasal dialog hantu kak limah lepas tu maharaja lawak, tapi banyak dah menyepi dah. yang aktif sikit aje. so aku unlike unlike la semua tu..

akhirnya tinggal la 1000 lebih.. aku check.


legaaaaaa.. hahaha aku betol betol ingat dah 4000++ dah aku like. sebab rasanya aku like banyak gila kot. tapi ok la kan 1000++ je. maknanya banyak lagi la fanpage aku boleh like. HAHAA!

fanpage sendiri je belum ada. tak pernah pulak terfikir nak buat fanpage untuk diri sendiri. hihihihi

Friday, March 23, 2012

RASA NAK BUAT TEMPLATE SENDIRI TAPI...

assalamualaikum..

perasan tak header dan background dah tukar? kehkeh untuk pengetahuan anda, aku telah pun membuat 4x header tapi semuanya tak memuaskan hati... huuu..

yang kelip-kelip pun ada. guna photoscape yang gif tu kan. tapi tu la, serius aku berserabut, dok kelip-kelip. dah la tak boleh nak pause. arghhh!

nasib baik aku ada satu blog private yang memang khas untuk aku kerjakan time nak buat apa-apa perubahan kat blog ni. aku akan test dulu kat sana. tapi kesiann. blog tu dah tak serupa blog dah. sebabkan aku asyik tukar template.

teringin nak guna template macam blog yadz. nampak cool gila. lagi tersusun. masalahnya buat tak jadi-jadi. dah berpuluh tutorial aku buka. dan segala macam template aku cuba, tapi tak boleh. hahahah bukan tak nak tempah, aku ni agak cerewet kalau bab template, header tak apa, tak kisah sangat, nanti tak ikut citarasa macam mana. >,<

buat punya buat, sampai termimpi-mimpi, last-last tak jadi jugak. aiyarkkkk!!

dah 3 tahun berblogging pun aku masih tak pandai design template sendiri, sob3 :P

bagi mengubati hati ini yang lara, aku buat header baru. lepas tu tukar background. keh3.yang ni paling latest, simple dan tak serabut. mama pengkritik tetap. ini warna tak ok la, tak ceria la.. ekekekke. last-last jadi la macam ni..


sehabis simple dah tu kan. aku nak elakkan letak gambar sendiri. kekeke. tak perlu la untuk aku.

tak tau kenapa sejak dua bulan lepas aku rasa suka gila dengan warna hijau. ishh. twitter pun background hijau. blog pun warna hijau. aishh. kenapa ntah. kekeke. kekadang blog ni ada tema, lavender la, pastel la, pink la, sekarang hijau pulak. ikut musim kot XD

minta pendapat, ok tak background blog sekarang ni? sakit mata korang tak kalau tengok??

Thursday, March 22, 2012

CHEESE BURGER DAN KAW KAW BURGER

assalamualaikum..

lama aku tak buat entry pasal makanan. kan kan. eh yang last pasal blog kak ida tu la kan. haa ni kali ni entry pasal burger. burger. anda suka makan burger? kehkeh.

aku memang suka makan burger. suka gila. tak tau la kenapa. aku lagi suka makan burger kat mc donald dari makan kat kfc. ada bezanya. mama aku pulak suka makan ayam kat kfc dari makan burger kat mc donald. =,= dari sekolah lagi mama selalu menang. yela, selalu kfc la yang menang, mc donald jarang menang. =,=

burger yang aku paling paling suka makan adalah cheese burger. dulu aku ada sorang kawan ni. lelaki. sebaya. satu kelas. kawan rapat aku. :) kitorang selalu pergi mcd sesama lepas balik sekolah. kekeke. kadang-kadang aku belanja dia, kadang-kadang dia belanja aku. selalu guna duit masing-masing la. banyak kali jugak la kitorang pergi makan. berdua aje.

dia la yang ajar aku order, cakap aje cheese burger dan air milo. haha tu la, aku kenal cheese burger dengan air milo je masa kat mcd setiawangsa dulu. kah3

aku tak pernah kot order burger lain selain dari cheese burger kalau makan kat mcd. rasanyalah...

burger yang paling banyak cheesee adalah sangat awesome. hahaha *telan air liur*

amacam? ni kalau aku sorang pun, aku terima ni.. kah3~

dari memula makan burger kat mcd, mesti ada asam. asam ke apa tu. aishh. selalu termakan. dulu dulu kan masa makan dengan kawan, kalau tergigit je asam tu, haa malu. nak cover lagi kan. selalu sebelum makan aku akan check dulu. hahhah.. budak-budak sekolah dulu malu-malu walau kawan rapat :)

sampai sekarang aku takkan makan asam tu. kekekek


dan sekarang yang paling femes pada masa kini adalah kaw kaw burger bakar di seksyen 2 wangsa maju!

1st time aku tau pasal burger ni bila muz upload gambar burger yang dia makan kat facebook. peh. tu la 1st time aku tengok. lepas tu dah pakat-pakat tersebar pulak kat facebook. dan dan memang best la tengok. terus buat perut aku lapar!! =,=

aku kat kemaman, kalau aku masih dok kat KL ni, aku pegi makan tauuuuuuuuu T__T

gambar2 di bawah aku dapat dari facebook burger bakar.

amacam? tinggi tak?? kekekek. ni kalau makan sorang, setahun tak payah makan burger okay.. hihihi..

CHEESY BURGER.. ngaaaaaaaaaaaa~ sedapnyaa..

ngaaaaa.. daging burger besar2 pulak tu.. haiyaa!

yang ni lagi la... T___________T banyaknya cheese.. banyaknyaa.. T___T

lagi cheese burger.. pehh!!
dan akhir sekali.. kempunan sudahh..


nak tau lebih lanjut pasal kaw kaw burger ni, boleh la search kat google. dah berlambak dah cerita pasal ni. harian metro ada, jalan-jalan cari makan pun ada. hik3!!

kalau la boleh buat delivery.. aku nak jugak.....jauhnya kemaman dengan wangsa maju... XD

Wednesday, March 21, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : GULA-GULA

assalamualaikum :)


'together forever, never apart. maybe in distance, but never in heart'

bukan tangan aku tapi tangan kawan-kawan aku ;')

Sunday, March 18, 2012

SEGMEN SENTAP BERSAMA YADZ

assalamualaikum..

dah lama sangat aku tinggalkan segmen. kenapa ek? haha. entah la. tapi segmen ni aku rasa nak sangat join. selain dapat berkongsi rasa, ada rezeki boleh menang hadiah tau. :) mana tau ada rezeki, kalau ada, alhamdulillah. kalau tak da tak apa, sekurang-kurangnya aku sudah berkongsi apa yang aku rasa bersama orang lain :)

segmen yang dianjurkan oleh yadz :) aku pernah menang contest dia jugak, dapat hadiah jam tangan. hehehe jam tangan tu masih elok cuma talinya sudah putus. wuwuwuw nanti nak kena cari tali baru la, ganti balik :P

hadiah yang ditawarkan oleh yadz adalah :

1) RM100 atau topup RM100, boleh pilih. ini untuk pemenang entry terbaik.
2) 2 utas jam tangan lelaki/wanita, hadiah sebagai random gift.
3) topup rm20/hadiah rm20, boleh pilih sebagai top referral.

Photobucket

jangan lupa letak banner ni.. domo domo..


mari kita mulakan dari sekarang ;

PENGALAMAN / BENDA YANG PALING SENTAP KORANG PERNAH ALAMI DALAM HIDUP.

putus cinta. masa tu baru la sedar langit ni tinggi atau rendah. baru la sedar kita berpijak di bumi yang nyata. dah masuk 2 bulan. alhamdulillah. kehidupan beransur pulih. tiada apa yang harus dikenang dan didendam dan tiada apa harus disalahkan. takdir Allah.

aku pernah beberapa kali putus cinta. tapi yang terakhir ni, punyalah banyak dugaan. tak sangka pun sebenarnya. dan yang ni paling pahit aku rasa, terlalu pahit.

salah diri sendiri kerana terlalu mencintai.
salah diri sendiri kerana terlalu mempercayai.
salah diri sendiri kerana lupa diri.
salah diri sendiri kerana buta hati.

masa bercinta tak ingat Allah.
masa bercinta tak ingat mama dan abah.
masa bercinta tak ingat kawan-kawan.
masa bercinta tak pandang kiri kanan.

yang ingat hanya cinta cinta cinta, boifren boifren boifren. sanggup hilang kengkawan dari hilang boifren. sanggup tak dengar cakap mama abah bila mana dinasihati agar tidak lupa diri.

salah siapa?

salah diri sendiri. titik. salah diri sendiri. aku tak salahkan orang lain, sebab memang salah diri sendiri.

sebolehnya bila aku ingat segala apa yang dah terjadi selama 2 tahun lebih kami bersama, aku rasa menyesal gila. bukan menyesal putus cinta, menyesal kerana jatuh cinta. kalau lah aku ambil pengajaran dari kisah cinta sebelum dia, mungkin takkan jadi macam ni. tapi tak apa, Allah beri rasa cinta ini senikmat-nikmatnya, di mana aku rasa terlalu mencintai, terlalu manis perhubungan ini lebih dari perhubungan yang lalu. tapi bila mana aku tak pernah rasa bersyukur, tak pernah menadah tangan pada Allah, meminta doa moga dia la jodohku, dia la yang bakal membawa aku ke syurga, makanya nikmat cinta yang Allah berikan hilang sekelip mata.

masa tu.. apa nak buat?

nak menyesal? kalau menyesal, boleh dapat balik ke? tak.

masa tu baru nak ingat Allah.
masa tu baru la fikir betapa banyaknya pengorbanan mama abah.
masa tu baru la ingat kawan-kawan yang ditinggalkan.
masa tu baru la menyesal. tak sudah. nasi dah jadi bubur.

selama 23 tahun hidup, inilah kali pertama aku rasa down sampai macam ni. ni kali pertama ye kawan-kawan. aku tak pernah rasa murung sebegini walau keputusan peperiksaan teruk, kena marah dengan mama abah dan putus cinta masa dulu. tak pernah.

dan masa ni jugak la, aku nampak mama menangis. nampak abah murung. tengok keadaan anak dia. masa ni la.

*kesat air mata*

nasi dah jadi bubur. apa kita boleh buat? bangkit. bangkit balik!! jangan biarkan diri terus lemah, terus meratapi perpisahan yang tiada bermakna. berbaloi ke?


CARA KORANG ATASI BENDA TU, KALAU BOLEH IN ISLAMIK WAY.

1) BERTAUBAT DAN KEMBALI PADA ALLAH

itu yang paling utama. malu tak payah nak cakap tapi bersyukur lah kerana Allah dah detikkan hati kita untuk bertaubat. selama mana aku masih bernafas, selama mana aku masih merasai nikmat pancaindera yang Allah berikan. peluang ini takkan aku lepaskan. bersyukur sangat-sangat. Allah masih beri kita peluang.

SAAT ALLAH SWT MENCINTAI SESEORANG, TEMPAT PERTAMA SENTUHAN CINTA ITU ADALAH HATI MEREKA. DISITULAH ALLAH MELENYAPKAN SEGALA RASA PUTUS ASA DAN KESEDIHAN AKIBAT DOSA MEREKA, KEMUDIAN DIGANTIKAN DENGAN HARAPAN DAN KEINGINAN UNTUK BERUBAH MENJADI INSAN YANG BERSIH. HATI KITA SEOLAH BERBISIK ' AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU.'

nak rasa bahagia? mintalah pada Allah, nescaya Allah akan bagi kebahagiaan itu. :)

2) MOHON MAAF PADA KAWAN-KAWAN DAN ORANG YANG KITA PERNAH SAKITI HATI MEREKA.

benda ni memang susah nak buat. sebab apa, malu. tapi alhamdulillah, aku diberi kekuatan. aku contact balik kawan-kawan yang pernah aku tinggalkan, yang pernah aku putuskan kawan sepanjang aku sedang bercinta, aku mohon ampun dan maaf. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. :) terima kasih kepada mereka.

3) BANYAKKAN BACA KISAH-KISAH AGAMA BERKAITAN CINTA DAN SEBAGAINYA

aku paling tertarik dengan blog akuislam. com. ada beberapa artikel dalam tu yang betol-betol boleh bagi kesan pada aku. yang boleh buat aku rasa kuat sangat. yang boleh buat aku rasa kesakitan putus cinta yang aku alami hanyalah sebesar zarah jika dibandingkan dengan kesakitan yang orang lain pernah alami.

antaranya.


'buat apa kita menghabiskan air mata, dan membiarkan hati gelisah dan bersedih? serahkan sahaja semua itu sepenuhnya kepada tuhan yang maha mulia, kerana jika hati sudah menjadi tenang, maka jalan keluar pasti akan terbuka'


'jangan menangis kerana seorang lelaki, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan'


'ketabahan memerlukan temannya rapat iaitu 'semangat'


'terima kasih Allah kerana selalu mendengar rintihanku.'


'itu bukan untuk menghukumi kita, tetapi untuk memberi pengajaran,bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,Allah akan mengambil mereka untuk disayangi..lebih dari yang kita mahu lakukan..'


manusia

BODOH : tak belajar dari pengalaman sendiri dan tidak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI : belajar dari pengalaman sendiri tetapi tak belajar dari pengalaman orang lain.
BIJAK : belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain.


' kepada si perobek hati,ingin sekali ku katakan,bahawa aku sangat-sangat bersyukur di atas perpisahan kita. tidak mungkin cinta itu bersatu kembali. aku tidak mahu taksub kerana cinta sampai aku tak mahu kehilanganmu.semoga kau berbahagia.'


'sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. alangkah indahnya jika perasaan itu digantikan dengan tawakal dan redha. berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.'



dan banyak-banyak lagi. sebenarnya kan banyak sumber dan kata semangat yang kita boleh perolehi. ramai yang menggunakan medium facebook dan twitter untuk mencari semua itu. banyak. cari la. :)

4) BERMUHASABAH DIRI.

masa ni la ambil peluang untuk bermuhasabah diri sendiri, macam kawan aku kata ' kita dah besar, tak semua benda kita kena salahkan orang lain, adakalanya kita kena tengok diri kita dulu.' ya. aku gunakan sebaiknya. mana salah aku, mana perangai buruk aku, insyallah, aku dalam proses buang sedikit demi sedikit. nak buang senang tapi nak kekalkan tu agak payah, tapi insyallah, usaha tangga kejayaan!! dan jangan sesekali berputus asa! :)

5) ELAKKAN DENGAR LAGU SEDIH, LAYAN FILEM SEDIH, BACA KISAH SEDIH PASAL CINTA.

itu memang aku elakkan. dengar lagu sedih macam lagu niat di hati tak nak berpisah ke, hahaha atau lagu yang boleh membuatkan kita akan gila sebab putus. percayalah. elakkan.. aku ambil masa jugak la nak layan filem sedih-sedih terutama ombak rindu! hahaha.. elakkan. :) itu lebih baik. lepas tu elakkan tulis status sedih contohnya ' aku xnak pun berpisah dengan dia :(, atau tak apa la, mungkin tak de jodoh, :( atau aku sayang dan rindu dia lagi la. :( atau atau sebagainya. lebih baik tulis ' subhanallah cantiknya permandangan di luar' << tips kawan aku :) atau 'alhamdulillah, semoga dipermudahkan rezeki pada hari ini' dan sebagainya
dan elakkan tulis benda buruk contohnya ' kau ni memang tak guna la jantannnnnnnn!! ' atau ' baru la aku tau rupanya ko la dalang semua ini!!' atau ' ko memang tak kenang budi, selama ni aku banyak tolong ko, **** la!!' dan sebagainya. untuk apa tu? tak perlu. lagi orang nampak kita buruk. :) kalau rasa marah sangat, sakit hati sangat, berwudhuk dan solat la. insyallah. Allah akan membantu kita.. luahkan kat facebook atau twitter tak da jalan penyelesaian pun. peringatan untuk diri sendiri.


6) BERPRASANGKA BAIK.

tipulah kalau tak de sedetik pun perkara buruk yang aku fikir. terutama masa aku kena serang hari tu. tapi tak apa la. berprasangka baik aje la. iman tak berapa nak kuat lagi, Allah sedang uji aku :) Dia bagi lagi dugaan, nak tengok macam mana kita laluinya. jangan sesekali menuding jari pada orang lain. semuanya telah ditulis oleh Allah.. :)

7) MEMAAFKAN MEREKA.

setiap kali berdoa, setiap kali sebelum tidor, aku selalu pesan pada diri sendiri, agar memaafkan mereka yang pernah menyakiti. walaupun teruk macam ni aku kena tapi aku maafkan jugak. siapalah aku untuk menghukum mereka. Allah sahaja yang layak memberi hukuman kerana Dia lebih mengetahui :)

8) BUANG SEGALA KENANGAN, BENDA YANG BOLEH INGATKAN KITA PADA KENANGAN.

barang-barang yang dia bagi. semuanya buang.. eh bukan. aku tak buang pun. sebab semuanya masih elok lagi, dijaga dengan elok tapi aku rasa bukan hak aku lagi, nak bagi balik macam buruk siku pulak kan, eloklah diberikan pada yang memerlukan. atau dijual sahaja.. nak buang, bukan sampah pun, hehehe. ;D jual la. buat lelong. lelong lelong. kalau tak laku, bagi pada sesiapa yang memerlukan! :) nak buang kenangan memang susah tapi usaha tangga kejayaan, ye dak? bergantung pada hati kita. :)

gambar/laman sosial semua aku dah buang, block, unfollow dan sebagainya. no.hp jugak ^_^ dia, sedara, adik beradik, sepupu sepapat dan yang berkaitan dengannya. tak ada sebab untuk simpan :)

9) SIBUKKAN DIRI DENGAN FAMILY/KENGKAWAN

penuhkan masa yang ada dengan family dan kawan-kawan. aku bukan tak pernah single so tak da la rasa sunyi mana pun. sunyi ke? mama abah kan ada. kawan-kawan kan ada. laman sosial pun ada. yang paling utama Allah ada. :) sibukkan diri denganNya. insyallah. aku takkan benarkan perkara lalu berulang lagi. insyallah. semoga ditetapkan pada hati. semoga tidak tersasar lagi. kita mesti kuat! kita mesti bersemangat!

10) BERSERAH SEGALANYA PADA ALLAH.

serahkan segalanya pada Allah. takdir telah tertulis dan masih belum terlambat untuk kita kembali pada Allah. segala cacian dan makian orang aku terima seadanya dan aku redha. alhamdulillah, siapalah aku untuk menilai amal ibadat mereka, dan siapalah mereka untuk menilai amal ibadat aku. kan? biarlah kita buruk di mata mereka, biarlah mereka nampak kita saja buruk, tak apa, asalkan kita nampak indah di mata Maha Pencipta. tak perlu terburu-buru mengejar simpati orang kerana Allah Maha Mengetahui.

alhamdulillah aku tenang sangat. ketenangan yang aku tak pernah rasa sebelum ni. ini benar-benar tenang. tak rasa gelisah, tak rasa resah. kalau ada perkara yang mengganggu fikiran, sujudlah pada Allah, luahkan segala apa yang kita rasa pada Allah.. insyallah, kita akan rasa tenang ja..

bila ada masalah, atau rasa macam marah dengan seseorang, aku takkan luahkan di facebook atau twitter, berbanding dulu, selalu update status atau tweet benda yang aku rasa nak luahkan. insyallah, semoga dikekalkan begini, luahkan kemarahan di facebook atau twitter takkan menyelesaikan masalah, sebenarnya. Allah kan ada :)

orang yang paling kuat adalah orang yang paling sabar manakala orang yang paling lemah adalah orang yang paling cepat marah. aku mahu jadi orang yang paling kuat itu :')

percaya pada Allah, percaya pada hukum Allah. insyallah, Allah tahu yang terbaik :)

kisah ini benar-benar terjadi dan 10 cara di atas memang benar-benar aku amalkan. bukan sekali ja, lepas tu tak buat dah, bukan, kena istiqamah, tetapkan dalam hati, insyallah. semoga dikekalkan sebegitu :)

dan akhir sekali, aku mesti mencari cinta Allah, sebelum aku mencari cintamu, wahai bakal jodohku. insyallah..

----------------------------------------------------------------------------------------------


amboi panjang nya. semoga cik yadz senang hati membaca coretanku ini. kehkeh. ini sahaja yang dapat ku kongsikan bersama pembaca. salah dan silap mohon dimaafkan, aku masih lagi dalam proses pembelajaran.

aku nak ajak sapa join segmen ni????


tarikh tutup: 25/3/2012. dah tak lama ye. mari mari bersaing denganku. hakhak

nak join KLIK SINI YE

kalau anda tau segmen ni dari aku, letak la nama aku sebagai top referral ya :)

ok terima kasih dan selamat membaca ^__^

ARTIKEL RAKAN BLOGGER