salam.
bila dah terlibat dalam perniagaan ni, seringkali aku jumpa pelanggan yang mintak diskaun atau pengurangan harga. nak mintak diskaun boleh, asalkan barang yang dibeli mestilah berharga RM15 ke atas. pengurangan minimum 40 sen dan kalau boleh jangan lebih dari RM2. kalau boleh la..
setakat ni ramai pelanggan aku dah bagi diskaun, walaupun bukan banyak. Lee dah pesan, jangan bagi banyak sangat diskaun, nanti gaji kita yang ditolak. lagi haru. agak berpatutan boleh la kurang. kalau kasut tu dah lama sangat stok, boleh la kurang. kalau stok baru dan jenama yang bagus, tak boleh la. macam tu.. aku pun ikut je la sebab aku ni pekerja je, bukan tokey punya kedai. tak boleh la buat sesuka hati.
serius sakit hati bila dapat pelanggan yang suka maki hamun dan kurang ajar kalau tak bagi diskaun. bangsa aku dan bangsa yang lain. kecuali bangsa cina. alhamdulillah, setakat ni bangsa cina tak pernah bagi masalah pada aku :)
kalau nak kurang tu, sampai sanggup maki hamun aku atau Lee. memang kurang ajar. boleh pulak cakap, ala kasut ni saya je nak beli, orang lain tak de pun luak nak beli, bagi la kurang!! dah kata tak boleh2, tak boleh la. kita ni pekerja je kan, kalau tokey lain la.
alasan lain, apsal tesco boleh kurang? lagi murah, lagi cantik. ni kalau kat market ni boleh kurang banyak ni. kenapa tak bawak diri anda terus ke pergi tempat yang dikata? kenapa perlu bandingkan harga di tempat kami?
aku nak je cakap, ' kalau market boleh kurang, pergi la beli kat market' tapi aku rasa ayat tu macam kurang ajar pulak. pendam je la. sebab yang selalu maki tu mesti dah tua, dah berumur. hahaha..
selama aku beli kasut sebelum ni kat mana2 pasaraya, susah nak mintak diskaun, semuanya harga tetap kecuali memang dah ada tanda less 70% ke 20% ke, baru dapat diskaun. kalau tak, memang tak de la. kat market lagi la susah nak dapat, tudung ke, kasut ke, susah kot..
aku pulak susah nak tawar menawar bila nak beli apa2 ni, susah, tak terfikir okay, kalau nakkan sesuatu barangan , pastikan ada duit secukupnya.
ni tak, ada pelanggan siap kata, kalau saya tak beli kasut ni, tak de orang lain mau beli la. mintak kurang sampai rm20 sapa nak bagi~
ada seorang makcik ni mintak diskaun sampai rm10. Lee tak bagi la. bagi kurang rm6 pun dia tak nak, tetap jugak nak rm10. yang anak pulak dok nangis2 nak kasut tu. dia tak mau beli selagi kami tak bagi kurang rm10. dia siap pujuk anak dia ' syg, nanti kita beli kasut kat tesco tau., lagi cantikkk. ni kasut buruk ja, xlawa pun'. mulut macam celaka. yang si anak tetap nangis2 nak jugak, dia amik jugak la walaupun muka masam.
kitorang senang, kalau tak nak amik, kami tak paksa suruh amik :)
terutamanya pelanggan melayu, dah la susah nak senyum satu hal, marah2 pulak kalau tak bagi diskaun, siap tak mau beli lagi. awat kalau tak mau beli, nak kami pujuk ka? ish. tua2 dah pulak tu. macam perangai budak2 tak dapat lolipop.
memalukan la.
aku nasihat kat hangpa semua, hormati la penjual. cuba fikir apa perasaan penjual. lagi bagus dalam penjual yang tak memaksa anda beli barang yang anda dah cuba berkali2. kat mana ntah, ada penjual yang paksa amik barang tu jugak sebab pelanggan dah try, pilih itu ini, tanya macam2 last2 tak nak amik, dia paksa tau. tak boleh nak lari la..
tak payah buka bisnes sendiri, pi keja dengan orang yang buat bisnes yang hari2 bertemu pelanggan, tau la hangpa rasa.
hormatilah orang kalau nak orang hormati anda balik. tak kira la tua dan muda. setakat ni aku tak penah lagi la berkasar dengan pelanggan walau rasa sakit hati sangat2. aku boleh kawal lagi semua tu..
kesabaran pun ada hadnya. tolong jangan memalukan kaum masing2 :)