Tuesday, July 3, 2012

SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA ;)

Assalamualaikum ;)

ohh blog aku ni asyik bersawang je. kahkah maaf2. insyaAllah start dari sekarang ni aku akan selalu update blog. sebab wifi kat sini laju. weeee. tak payah pakai broadband dah. kikikiki.

broadband aku tu asyik buat hal. vpn pun sama. surrender dah weh. lega sangat dapat wifi kat sini. laju pun laju. boleh layan youtube selalu.

oh ya, aku baru je berpindah ke asrama baru ni. sebelum ni kan aku dok kat asrama hotel. kat luar dari tati. sekarang kitorang semua dah berpindah ke asrama baru di dalam tati. sebuah rumah ada 10 orang, 5 buah bilik, 2 buah bilik air. ok la kan. ada ruang tamu. cuma tak de dapur. sigh. hahaha syukurlah kitorang housemate dulu tak terpisah rumah. tetap satu rumah cuma bilik je lain. mana boleh bilik muatkan 5 orang ye dak? kekeke

hurm. tak tau nak cerita apa lagi sebab terlalu banyak cerita yang aku rasa nak ceritakan. tapi tu la mau berjela-jela entry ni karang. haha kesian korang nak baca kan. tapi seringkas-ringkas entry ni pun aku rasa berjela jugak nanti. kah3!! 

meh layan gambar-gambar yang ingin aku kongsikan bersama pembaca! selebihnya lihat di facebook yeee. keh3~


kat sini boleh kata tiap2 hari kitorang jogging ;) kat tati ada taman rekreasi. best!! haha kalau tak nak jogging jugak tak tau la kan~ ngeee. gambar menunjukkan aku sudah berada di puncak. tinggi woo. hahaha!

time ni aku tak jogging pun. teman si dayah ni je. amek gambar je lebih. lalalala~


sarah, aisyah, aku dan dayah. petang2 kitorang selalu lepak sesama. pusing2 tati. pastu pergi makan. masa ni kitorang dok kat asrama hotel lagi. ;)



ada kolam kat taman rekreasi ni. boleh la lepak sini kalau nak tenangkan fikiran kan. best3~ kawasan pun besarrr. puas laaa. haha


welcome to tati university college!! ;)


thank youu! ;)


dayah juara. kekekke~

aku dah lama xjogging. ish aku xtau la berapa lama. serius kali pertama aku rasa nak pengsan. wakaka sekarang dah okay dah ;D



tak lupa amek gambar depan tati. hihihi



suka sangat gambar ni ;) with my lovely roomate, hidayahh! ;D

lepas tu tiap2 petang kitorang akan pergi makan malam sesama. tengahari susah sikit sebab kelas tak sama, kos tak sama kan. so malam je la yang ada masa untuk kumpul bersama. ;)

ni masa makan kat luar tati. agak jauh la, berjalan kaki. waktu petang la haha. nasi dia punyalahhh banyakkkk. hahaha


beberapa hari sebelum kitorang berpindah ke asrama aku balik ke rumah. nak dekat 2 minggu tak balik kan .balik kali ni aku bawak dayah ke rumah. tido rumah aku la. kikiki. so berikut adalah aktiviti yang sempat kami rakam. kekeke


yang best mesti la makang!! ikan siakap stim limau. hoyeh. sedap2~ selain tu ada tomyam, sayur kailan ikan masin, udang goreng dan macam2 la~ haha memang kekenyangan la..



keesokan harinya kitorang pergi ke kuala kemaman. lepak sini kejap~ kehkeh best. angin mendayu-dayu je..


balik tu kitorang pergi makan sata dan otak-otak!


dan jugak laksam!!! hahahah. memang piau la laksam ni. sedappp XD


esoknya sebelum balik kitorang buat cheesy wedges.. haha sedapp. dua pinggan kot. habis. licin. hahah



sebelum balik kitorang lepak kat pantai teluk kalong dulu sebelum balik ke asrama ;D


kamera kodak aku dah tak boleh guna.. haha sabar je la. nasib baik la handphone aku clear la jugak kan. lalalala~

pasal pembelajaran pulak, ada subjek autocad yang mana aku tak pernah belajar lagi sebelum ni. agak susah, lambat nak pickup. kahkah sampai termimpi2 kot lepas belajar autocad. mungkin sebab tak mahir lagi kot. rasanya nanti kalau dah mahir dah tak de masalah dah. lepas tu subjek pro-engineer yang mana aku pernah belajar masa kat msi dulu. tapi tu la dah lama sangat kan, lupa dah. haha tapi boleh la belajar balik. aku rasa autocad lagi susah la dari pro e padahal pro e lagi upgrade dari autocad. kahkah

selain tu subjek design and development dan communication skills. heheh ok la setakat ni. ;)

elaun pun dah dinaikkan. alhamdulillah. ^_^

lagi dan lagi. hurm..

berat aku turun lagi walaupun kat tati aku makan banyakkk. hahaha nasi tak pernah tinggal. gila ah. kalau tak jogging gemuk balik la akuuuu. tak nakkkk.. haaahahah

dan sekarang aku rasa kehidupan aku lebih baik dari yang sebelum ni. alhamdulillah. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. kalau dulu aku rasa down sangat2 dan lepas tu aku bangkit sedikit demi sedikit sampai la ke tahap ni. aku bangga dengan diri aku. aku bukan seorang yang patah semangat. ;)

yang selalu ada dengan aku, mama dan abah. sentiasa dengan aku dari dulu sampai sekarang. lepas tu kawan2 rapat aku, abil, lynna, iceq, aya dan ramai lagi. terima kasihh. selalu bersama dengan aku. sayang korang ;) dan kawan2 baru aku, dayah, sarah, hana, aisyah, najwa dan yang lain-lain, happy sangat dapat kawan dengan korang. sekepala dengan aku. harap sampai bila2 la k ;) 

dan berbanyak terima kasih la kepada 'beliau' kerana kalau perkara tu tak terjadi aku mungkin takkan sampai ke tahap ni. aku mungkin takkan terniat untuk berubah menjadi lebih baik. aku mungkin tidak akan belajar menangani masalah dengan cerdik, aku mungkin tidak akan belajar cara mengawal kesabaran dan yang paling penting, aku masih belum terlambat untuk kembali kepadaNya. berbanyak-banyak terima kasih ya. kalau aku tak merasa betapa sakitnya sebuah penderitaan satu ketika dulu, mungkin aku tidak dapat merasa betapa manisnya kehidupan sekarang ini. alhamdulillah. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah Maha Adil, Allah Maha Mengetahui. ;) jasamu di kenang sampai akhir hayat. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kamu. semoga Allah melimpahkan rezeki untuk kamu dan keluarga kamu. semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kamu hingga ke akhir hayat. ;) 

ok cukuplah setakat ni. hahaha panjang dak? panjang dak? ekekeke aku kalau tak menaip entry dengan panjang, bukan nama fatin la. kah3 jenis tak reti nak cerita sikit2 okay. ni pun dah habis ringkas dah ni! hahah. kegiatan sihat iaitu blogwalking akan dijalankan sedikit demi sedikit. malam je kot sebab pagi petang busy dengan class. kakakaka semangat nak belajar ni. nak jadi designer berjaya! hoyehh :P

WHEN YOU FORGIVE, YOU IN NO WAY TO CHANGE THE PAST, BUT YOU SURE DO CHANGE THE FUTURE.

sekian.





12 comments:

teyn teyn said...

betol kata awak, stiap apa yg blaku ada hikmahnya. kite sbg manusia cuma perlu melakukan kewajipan kite dan selebihnya urusan Allah..

have a good life :)

HeNRieTTa JoSe said...

rindu teganu.....dh lamer xtgk TATI....

are_lin@yu said...

nice fatin..suka kata2 fatin..yeayy akhirnya fatin kembali..hehe..be strong ok!..;-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

makin besh life skrgkan..yui lak rindu nak mcm2 ni dlu.

pet said...

ikan siakap stim limau tu mengancam la fatin :D err.. haha

Zehan Ilyana said...

:)

moga baik2 saja, ya? =)

ezy.fia said...

dh lame saye xg mamang..
mase blaja kat dungun dlu sllu je g mamang..
try lepak kat pntai kemasik plak..
syokkk..
haha

NasQ said...

memang dah makin kurus la...

kay_are said...

bagus r kalau sume nye berjalan lancar.. takyah down2 sangat ni.. tak dapat ape pun.. ape pun selamt berjaya!

Fatin Khadir said...

Byakkan brsbar yea.. Stiap kjadian psti ada hkmahnya....
Sdapnya tngok lksam gan wedges tu, trliuqq dah rsa...Huhu..
Hmmm... Autocadd ni kalau lama2 prktis sronok.. Lgpon xrugi bljaq, byk pluang pkrjaan gna autocadd wlupn softwre ni dh lama.... Sy pn bkerja gna autocdd spenuhnya, cba lah bljar yea.... =))

Unknown said...

yeay!! akhirnya fatin dah kembali..heheheheh..

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

semoga terus happy.. =)

p/s:nk laksam..huhu

ARTIKEL RAKAN BLOGGER