Saturday, June 23, 2012

SERBA SEDIKIT CERITA KEHIDUPAN DI ASRAMA HOTEL ;)

assalamualaikum!!

amboi lamanya aku tak update blog ye. hahaha kenapa eh. malas semua ada. tambah2 vpn tak dapat berfungsi dengan baik dan broadband pun sebenarnya agak lambat, so semua itu telah membantutkan aku untuk mengupdate blog. kikiki.

ohh ada jugak yang rindu aku rupanya. AYU!! i miss you too ayu. hehe sorry lama sangat tak jenguk blog ayu dan kengkawan yang lain. insyaAllah aku akan cuba bahagikan masa jugak nanti ;)

aku dah beberapa hari di sini. ok begini kisahnya... baru nak bercerita ni :P

10 jun hari tu, aku daftar kat tati. kan aku nak tukar kos cad cam kan tapi akhirnya aku buat keputusan untuk teruskan saja kos yang aku ambil tu, industrial design. orang yang masuk sini pun tak ramai dan ramai je yang kena tukar kos amik kos lain sebab kos diorang tak de orang ramai. huuu ok jugak la industrial design ni.

yang tak berapa best bila asrama kat luar. agak jauh jugak la dari kampus tati. kena berjalan kaki la. haha berpeluh jugak la. asrama kitorang tu asrama hotel. hotel youu. not hostel okay. sebuah rumah yang ada 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi. satu bilik dua orang ;D

lepas tu pulak kelas sepatutnya start esoknya 11 jun tapi ditunda pulak dah. =___=  katanya selasa depan 19 jun baru start kelas. aku yang duduk rumah dekat ini balik la kan. haha tak nak la dok asrama :P housemate yang lain tak balik pun.

lepas tu 18 jun hari tu aku dah nak pergi tati balik, diorang bagitau lagi yang kelas ditunda lagi.  24jun pulak dah. *tepuk dahi* aku betol2 dah malas dah nak dok rumah, arhh terus je la dok asrama. seminggu awal. kakakak

lagipun kan aku tak sempat lagi sebenarnya nak berkenalan dengan housemate2 aku. kalau aku dok rumah, macam mana aku nak kenal diorang. add kat fb pun belum :P

so far, alhamdulilah. aku tenang kat sini. syukur dapat housemate yang besttt sangat dan sekepala. semuanya boleh masuk. yeah!! XD

dan kafe punyalah jauh, peh peh tapi sebabkan kitorang pergi berempat so tak la terasa sangat jalan kaki kan sebab sembang2. haha ;)

ok meh nak kenalkan housemate aku ;)


yang kiri sekali tu ana. umur 22, asal kuantan. hehe yang sebelah aku, dayah, rumate aku sendiri. sebaya aku, dan orang negeri sembilan dan yang hujung belah kanan tu sarah, umur 21, asal kuantan jugak ;)

ana dan sarah amik kos cisco, dan aku dan dayah satu kos ;) industrial design

oleh kerana mereka muda, aku tetap tak nak diorang panggil aku kakak!! kahkah :P

22 jun kitorang pergi mesra mall. ada lagi sorang kawan baru, nama dia aisyah., tapi dia dok bilik lain la. kikikiki

pergi nak prebet, pergi balik RM50. ho ho ho ;p

tengok wayang la. mael lambung!! haha serius sangat best dan tak membosankan langsung. sapa yang belum tengok sila tengok!!

lepas tu makan makan jalan jalan cuci mata lalala~


yang berbaju merah tu aisyah ;)
banyak gambar2 kat sana yang kitorang ambil. maklumlah semua suka bergambar. kikiki selebihnya sila tengok kat facebook :P

ok kelas start ahad ini. pukul 9. sini kelas pukul 9 sampai 5. masa agak terhad untuk aku berada di rumah dan untuk online. huwaa mesti letih kan nanti. haha tapi tak apa semangat gila ni! hoyehh XD



puas hati!!

aku tak tau la bila aku nak aktif balik blogwalking, update blog selalu macam dulu. sebab aku rasa kehidupan aku dah lain. dah busy dengan study, busy dengan kawan2, busy dengan seseorang. heh~

ok setakat ini saja cerita aku pada harini.  doakan aku ye kawan-kawan ;)

11 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

seseorg??eh~

ezy.fia said...

BEST X CITE MAEL LAMBONG?
huhu

HeNRieTTa JoSe said...

uiks...bestnye...hostel itu hotel....nak jugakkkk....

NasQ said...

awek awek cun!

Unknown said...

siapakah seseorang itu^-^

nuyui a.k.a miss YUI said...

beshnya.. good luck fatin utk segalanya..

kay_are said...

goodluck! takpe.. utamakan mane yang lebih pentign dulu ok? have fun there!

are_lin@yu said...

rindu kamu jugak fatin!!hehe..dah dapat kawan baru ya..best2..nanti updates lagi tau..hehe

Unknown said...

macam mana kehidupan asrama?? mesti best kan?? kalau dapat kawan2 yang sekepala, lagi sangat2 best.. tapi, jangan lupa study smart k..

Unknown said...

As salam Fatin,

Lawa2 kawan baru! Have fun! Selamat memulakan hidup baru bersm2 kuliah, rakan baru & jgk si dia ;))

Kak Imun said...

Salam, fatin. Selamat belajar kembali ya. Suka tengok fatin skrg, berseri2... kak tumpang senang hati....:)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER