assalamualaikum! ;)
maaf lambat update blog. maklumlah sekarang ni agak busy, dengan aktiviti hujung minggu ni yang sangat sangat awesome! haha sampai sekarang tersengih tak habis lagi okayyy! ekeke
terima kasih kepada semua yang wish kat aku. macam biasa, umur bertambah lagi. huhu semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. amin. terima kasih kepada family dan kengkawan yang sangat best!
rasa bahagia sangat birthday tahun ni. jika tahun sebelum2nya hanya sambut berdua, tahun ni ramai! Allah hilangkan seorang orang yang aku sayang, Allah gantikan kebahagiaan itu dengan lebih ramai. syukur alhamdulillah. ada hikmah di sebalik semua ini. percaya pada Allah. :)
rasanya entry ni konfirm panjang berjela kot, rasanya la kan kan. baca sampai habis okay!!
kisahnya begini.. *amboiii* :P
pagi 14 julai tu, dalam pukul 9 kot, kitorang bertolak dari kemaman ke balakong dengan menaiki kereta abahku. hehe sampai ke balakong rasanya dalam pukul 12 lebih. singgah makan nasi kandar dulu, lepas tu sewa hotel kat izumi hotel kat area taman impian ehsan balakong. ambil dua bilik. satu bilik untuk aku dan dayah, satu untuk mama dan abah. petang tu kitorang rehat2 dan pergi ke rumah pak lang.
malam tu, majlis start pukul 8 tapi kitorang pukul 8.30 baru nak siap! haha aku siap beli bajuu tau untuk nak pergi kenduri tu dan seterusnya berjumpa kawan2 aku! haha. lepas tu fadhilah call, cakap dia dah sampai depan izumi hotel, nak jumpa aku. dia tak dapat nak keluar dengan kitorang sekali sebenarnya sebab dia ada hal lain. sedih rasa, huhu dia datang jugak jumpa aku walau sekejap!
aku kenal fadh tu pun masa 1st gathering grup 1989 dulu. tu la pertama kali aku berjumpa dia dan baru nak berkenalan time tu jugak la. hehe. dan sekarang dia sangat cantik!! kagum tengok dia. heheh tak tau kenapa. rindu maybe? ekekeke
sebelum ni, syaira dan abil mesej aku cakap yang diorang tak dapat nak datang jumpa aku, masing2 ada hal. aku sedih sangat rasa, yela, aku dah lama tak jumpa abil, syaira aku langsung tak pernah jumpa, ni tetiba cancel pulak. rupanya diorang pun datang. aku menjerit je bila tengok sorang2 turun kereta. rasa nak nangis!!
seingat aku, iceq cakap nana je ada. bila turun kereta je, bukan setakat iceq, nana je, yulfaizah ada, abil ada, syaira ada, sasa ada! mau tak terkejut, ini betol2 surprise!! haha..
lepas tu aku bawak kawan-kawan aku tu ke rumah pak lang aku untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu aku. hehe. so makan kenyang-kenyang kat sana ;)
seterusnya kitorang asalnya plan nak pergi the mines je. naik je kereta, terus pergi putrajaya! lepak kat sana! kat dataran putrajaya! hehe kebetulan nazarul pun nak datang. 1st time jumpa dia ;)
gambar-gambar untuk tatapan kalian ^_^
i love mocha! mocha dan latte adalah kesayangan iceq. kebetulan iceq bawak kesayangan dia tu ke sini. yeay!! aku paling suka mocha sebab dia langsung tak nakal! diam je. tapi tu la, dalam tak nakal tu kan, dia kencing kat atas baju aku sekali time aku tengah riba dia. auwww! haha rasa nak bela je mocha ni. isk isk! ;D
yeah!
syaira, sasa, iceq, yul, nana, abil, nazarul. ;)
suka gambar ni! candid! masa ni penat sangat tunggu famy yang pegang kamera lama-lama. orang kata tak larat nak senyum dah. rupanya dia snap! haha...
baju putih tu famy!
gambar ni pun sweet kan ;)
selebihnya korang boleh tengok kat facebook aku okay!! ;)
time ni la permulaannya. hahaha aku kan dengar-dengar yang diorang nak prank aku. tapi segala bentuk prank tu aku memang tak tau. masa ni nazarul cakap la yang dia takot gila kat mocha pun. aku pun eh biar betol takot. aku bawak mocha dan letak atas bahu dia. tengah mocha panjat2 kat bahu dia, tetiba haaa, dia simbah aku dengan air mineral. cis! haha basah bajuu akuu. lepas tu famy pun join sekaki. hahaha siap nyanyi lagu happy birthday lagii. dayah dan iceq yang berada berdekatan aku hanya mampu memandang. yang lain-lain pun sama. hahaha :P
aku cakap kat mama mungkin aku balik dalam pukul 12 sebab zaffran nak datang dalam pukul 11, tapi rupanya tak. dia datang lewat sikit. aku nak sangat jumpa dia. rindu gila kat dia. last kitorang jumpa tahun 2008. haha dengan nekadnya aku kata aku akan balik lepas aku jumpa zaffran! yeahh!
dalam pukul 1 lebih kitorang gerak pergi mcd bangi pulak. lepak kat sana. dalam 1.30 zaffran pun sampai. wahh happy sangat dapat jumpa dia. dia antara kawan lelaki dalam grup yang paling rapat dengan aku. haruslahhh happyyy. hahah..
dia belanja aku dan dayah makan mcd! thanks zaffran!! ^___^
lepas tu dalam pukul 2 lebih kot, kertasgraf aka taufiq pulak datang. sapa entah cakap yang taufiq tak jadi nak datang dan bila aku tengok dia datang, wahh terkejut! 1st time jugak jumpa dia walau kitorang kenal dah lama. haha..
dia datang bawak kawan dua orang. ok penuh la kat luar mcd tu dengan kitorang je. riuh tak payah nak cakap la kan. aiyooo :P
semua dalam gambar ni lahir tahun 1989!! haha semuanya aku kenal dari grup 89 kecuali sasa yang aku kenal dari syaira dan dayah yang merupakan rumate aku sendiri. ekekkee
kitorang lepak kat mcd bangi sampai pukul 3 lebih kot. lupa dah aku. masa ni mula rasa tak larat dah. hahha tapi tak apa kuatkan semangat!! ekekek
oh ya, time ni nana dah balik. :( kejap je nana dengan kitorang. dia balik dalam pukul 12 macam tu.. huhu..
lepas tu kitorang lepak pulak kat kedai mamak kat bangi jugak la kot, aku pun tak ingat kat mana tempat tu. masa tu aku dengan dayah naik kereta dengan famy.wehuu jadi mem tu kat depan. kemainn!! :P
gambar kat kedai mamak tak de. tak ambil pun. hehe lepak kat kedai mamak sampai pukul 5 pagi! ;)
bahagia sangat rasa. depan mata aku, aku lihat kemesraan yang aku jarang lihat sebelum ni. bayangkan kitorang hanya kenal dari laman sosial. bermula dari friendster, seterusnya ke facebook, ke twitter. haha dari tahun 2008 lagi kami berkawan. walaupun hanya kenal dari laman sosial, tapi tu la, tak sangka sampai sekarang kitorang masih bersama. dalam grup ni ada suka duka yang tak dapat digambarkan lagi. terlalu banyak untuk dikenang, yang pahit, maniss. semuanya ada. hehe
bergurau senda, usik mengusik, membuli, muka masing2 tahan ngantuk, mata pakat bengkak habis dah. yang mamai pun ada, yang paling segar, taufiq la, hahahaha! tabik ar! lain semua dah tak segar sangat :P
lepas tu dah nak balik ni, zaffran dan nazarul punyalah mengusik aku, nak simbah air itu ini la. aku kata tak boleh tak boleh. hahaha berkali-kali aku berjaya melepaskan diri.hahah tapi rupanya tak. aku ingat lagi time tu aku ingatkan dah tak jadi dah, masa dah nak salam iceq tu, masa tengah peluk iceq, tetiba rasa basah je dari atas kepala sampai bawah. haha aku rasa nazarul kot yang curah air kat aku time tu, lepas tu mula la scene kejar mengejar. kakakaka dengan zaffran lagi, si famy terus ambil beg aku yang dah basah terkena air! lepas tu yang lain pun kena simbah jugakk. nakal bebudak ni. berterabur lari. hahaha yang paling basah kuyup aku la! hahaha..
aku sebenarnya tak marah pun. aku lagi suka! haha saja je ngada tak bagi. tapi kan, kalau tepung dan telur korang baling hari tu pun aku tak kisah sebenarnya. tau tau. kakaka tapi nasib baik la korang kesian lagi kat aku ;p dengar kata dah standby dan telur dan tepung dalam kereta, cis! haha..
dan last sekali, peluk cium kawan2 semua. hahaha ya allah, aku rasa sedih kot, terutama time peluk iceq dan abil. yang lain-lain pun sama. iceq dah nak balik sarawak, bila agaknya kitorang akan berjumpa lagi kan. peluk abil kuat2 sebab rasa sayang sangat, peluk yul, peluk syaira, peluk sasa. rasa rindu sangat!
yang lain-lain tu tak peluk la. hahah!
pukul 5 tu famy antar aku dan dayah balik ke hotel! terima kasih famy!! walaupun aku dah mamai2 dalam tu, haha terlanggar bonggol baru tersedar kakaka.. kesian famy ;p
pagi 15 julai tu kitorang pun balik ke kemaman. balik tu, mama belikan aku kek! aum~
pink gittewww. sweet 23 ye. muda lagi :P
lepas tu balik tati. malam tu jugak, kawan-kawan aku pulak yang nak celebrate dengan aku. diorang dah plan rupanya. hahah mana aku tau. beria-ia si dayah pujuk aku turun pergi kafe, aku pulak rasa tak larat sangat, dengan tak cukup tidonya. hahaa last-last sarah dan hana pun datang jugak, pujuk, akhirnya aku pergi! ekekek
kebetulan diorang nak celebrate besday kamala jugak. dan aku jugak. time ni ada dua birthday girl la kiranya. kah2!
gambar yang lain sila tengok di facebook ;p
kamala 20 tahun, aku 23 tahun, kot. :P
kawan-kawan baik aku kat sini!! heheh ada sorang lelaki masa ni dan dia yang ambil gambar ni ;)
habis kena mandi tepunggg. habissss!! hahahah..
best! happening! bahagia ;)
aku ada tulis satu karangan untuk kawan2 aku yang ada masa malam tu. sesiapa nak baca, boleh KLIK SINI. panjang sangat, tak larat aku nak kopipes kat sini :P
tiada perkataan yang dapat aku katakan ketika ini. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menghadiahkan aku sahabat-sahabat seperti ini. sungguh aku tak jangka, walau dah bermacam suka duka kita lalui bersama, kita masih bersama dan aku harap sampai bila-bila kita akan terus bersama. insyaAllah. sayang sangat kat korang.
terima kasih iceq.
terima kasih abil.
terima kasih syaira.
terima kasih fadhilah.
terima kasih nana.
terima kasih yulfaizah.
terima kasih sasa.
terima kasih nazarul.
terima kasih famy.
terima kasih zaffran.
terima kasih taufiq.
terima kasih dayah.
terima kasih sarah.
terima kasih hana.
terima kasih aisyah.
terima kasih umi.
terima kasih shikin.
terima kasih kamala.
terima kasih zati.
terima kasih rabiatul.
dan yang paling penting terima kasih kepada mama dan abah akuu. dah 23 tahun aku menjadi permata di hati mereka berdua.. hehe alhamdulillah, terima kasih ya Allah.. ;')
terima kasih kepada 'kesayangan', kepada crush yang tak lupa birthday aku :P
semoga segalanya diabadikan di hati masing-masing. betapa indahnya persahabatan ini. semoga Allah temukan kita lagi seperti ini, insyaAllah, aku takkan lupakan korang, aku akan selalu rindu kat korang dan terima kasih banyak-banyak sebab buat aku bahagia. aku rasa bahagia. mama dan abah pun happy tengok aku happy ^__^
alhamdulillah.
setakat ini saja coretan aku untuk birthday tahun ini. hehe rasanya tak update blog kot dalam masa terdekat ini. mungkin la. sebab agak busy sekarang. hik hik ;p
jaga diri baik-baik korang!! ;D
15 comments:
As salam Fatin...
Hopefully, its not late to wish Happy Belated Birthday! Barakallahufik... semoga ceria2 selalu disamping rakan2 yg tersayang... Happy to see you happy...Take care :)
beshnya tgk..meriah aje..slemat hari lahir fatin..
wahh beznya fatin gathering ramai2..kalau ayu pun terharu kawan2 sambut bezday ;-)..Allah dah hadiahkan fatin pelangi,setelah hujan ..;-)
ak sendiri x sangka persahabatan yg cuma bermula dr grup 89 skrg dh sampai ke tahap ni..semoga cemerlang dunia akhirat, semoga persahabatan kite kekal hingga ke syurga.. =)
p/s:klau compare ngn zaman ak jdik betty la fea dlu mmg la ko rse ak dh jauh berubah..haha
3x sambut besday? ngan orang2 lain lak tu.. memang meriah! ingat member sekolah rupenye member kenal kat laman sosial je? memang nampak close gile korang
meriahnya fatin.. haha.. happy birthday again.. kan best klu leh join mereka semua :D
seronok ya :)
Selamat Ulang Tahun Kelahiran! Semoga anda terus sukses :)
semoga berbahagia dan ceria selalu
Woah . Bestnyaa :D . Kena prank pun , tetap seronok . Untunglaa . Btw , Happy Belated Birthday . May god bless you 'Kak' Fatin .
- Auni si budak kecil .
bile nak jumpe aku pulak?
wah,nana igt member2 sekola atin td.....hee,lepak smpi 5pg tu..kalo nana mau tersengguk2 da:)
nana pun rasa epy ngk atin epy^-^ *tetiba*
selamat hari lahir....sure happy dapat jumpa kawan kawan....rindu kawan kawan....
peergh.. supa dupa panjang entri..hehehehe..
seronoknya dia dapat celebrate birthday... saya ni last celebrate birthday rasanya masa umur 9 tahun
wuuu ada kek!=) comelll
Post a Comment