Friday, April 8, 2011

MEMANG RAMBUT SAMA HITAM TAPI..

salam

hari ni bangun awal2 pagi pergi makan lempeng nyiur kat dusun nyiur, kemaman. boleh tahan sedapnya. nak mintak tambah, malu. hik hik. sempat terbaca kat pasar tadi, ada kertas lekat, ada tertulis heliza helmi akan datang ke casa limbong kemaman esok. esok! tak tau la boleh pergi ke tak..wuu tak la jauh sangat. ekeke. bestnya kalau dapat pergi.

semalam, lama jugak akaun facebook aku tak boleh bukak. nak log in tak boleh. aik? padahal password sama. aku mintak log in kan. pun tak boleh. facebook aku seolah2 hilang. lepas tu kejap ada balik, aku mintak kawan aku lagi sorang log in kan. pun tak boleh. berkali-kali. ouch. sakit hati aku rasa. serius sakit hati. lama jugak la baru boleh bukak balik. lepas tu tukar password.

yeah. aku rasa itu cubaan untuk menghack account facebook aku. tak de benda lain nak buat kah sampai rasa nak buat perkara terkeji macam tu? huh? kenapa perlu ganggu hidup aku? kenapa? aku tak ganggu hidup orang. orang tak habis2 ganggu hidup aku.

dan pagi ini jugak aku jalankan operasi remove kawan2 yang tak dikenali, yang tak mesra langsung. maksud tak mesra? langsung tak de komunikasi antara kami. dan beberapa orang kawan yang aku rasa bukan kawan. thanks! aku remove 68 orang. ramai kan yang aku tak kenal? peh. baru sedar. dulu tak sedar lagi.

ada beberapa jenis orang dalam facebook yang aku kurang gemar:

1) jenis add aku, tak de mutual friend. memang aku susah sangat2 nak approve. dulu ye. sampaikan satu hari tu aku tau dia stalker terhebat. pewitt. setelah sekian lama ada dalam facebook aku, caiss. dulu ye, aku tak tapis langsung kawan2 kat facebook. main approve je. konon-konon nak naikkan kawan dalam facebook. sedikit bangga kalau kawan facebook ramai.

2) jenis add, ada mutual friend sikit2, tapi aku tak kenal. dan mutual friend dengan artis. erk. contoh aku ada add anggota kumpulan new boyz. so yang add aku tu peminat2 diorang jugak. erk. aku tak kenal. huuu. kadang2 tertanya2 aku, sapa diorang. sampai satu tahap, berderet2 friend request dari negara seberang. apakah?

3) jenis add, ada mutual friend ramai, terutama dari tempat belajar aku, dari sekolah tapi tiada komunikasi pun time sekolah dulu. dulu masa sekolah, masa belajar, langsung tak tegur aku, pandang pun tak. tetiba add aku. erk. terkejut. ekeke. ada jugak aku remove tadi. tapi tak la ramai.

4) kisah2 silam add aku. dulu masa sekolah, kaki gangster, jenis pukul aku dengan lidah beliau sampai hampir mati. tapi bila ada facebook, add pulak. bila aku approve, dah lama gila-gila, tak de pon like status aku ke, komen ke, main poke-poke ke, mesej kat inbox ke, komen gambar ke, tak de langsung. apakah?

5) jenis add sekadar nak stalker. ekeke. ramai. ramai aku remove tadi. kui kui kui

6) jenis add lepas tu senyap sepi haruih.. aku ni dengan baik hati la, komen la, 'thanx 4 da add ;D' kadang2 tambah sikit, 'keep in touch'. paham2 la no. tapi dia buat aku macam kad 'touch and go' dia pulak. ekeke. bukan2. kot nak like wall post aku tu pun tak, nak balas komen pun tak. segalanya2 tak la. dengan orang lain kemain komen bagai nak rak. muka tak malu sangat ke aku ni sampai tak nak balas komen aku walau dia yang add aku?!

7) jenis status nak maki orang memanjang. jenis status yang suka nak mengamuk 25 jam. jenis status jiwa kacau memanjang. jenis aku tak kenal siapa dia pun. memang aku remove. hik hik

8) jenis buat jahat dengan aku kat belakang, lepas tu buat manis depan muka aku. lepas tu kat belakang, jelir lidah kat aku. memang aku remove. bukan setakat remove, block user terus. sekarang ada 6, 7 orang la dalam list block user aku. haa. aku block user sebab aku tak nak tengok apa2 pasal dia lagi. paham??!

9) jenis komen status aku main nak sembur tak tentu pasal. kadang2 aku bergurau la jugak, tapi peh, tuduh aku macam aku ni baru lepas bunuh orang. adoi.. remove. remove.

10) jenis jenis jenis, apa lagi ek? itu je kot. jenis yang tak boleh pakai. boleh dak? no ex boyfriends dalam facebook aku. eh ada sorang. kat siblings. jadi brother. kahkah tapi, dia ok kot. insyallah. ekeke. yang lain, no way. skandal-skandal lama apatah lagi


antara kategori kawan aku dalam facebook aku adalah :

1) kawan tadika. ada. ada. percayalah.
2) kawan sekolah. SK KULIM, SMK ST PATRICK, SMK TAMAN SETIAWANGSA.
3) kawan diploma. UNIKL MSI. satu batch dan ada la beberapa batch punya junior yang aku kenal masa belajar dulu.
4) saudara mara, sepupu sepapat. sebelah mama dan abah.
5) kawan grup 1989. ramai. dari friendster ke facebook. kawan suka duka. susah aku nak remove. mungkin.
6) kawan salah satu page yang aku aktif.
7) saudara mara, sepupu sepapat 
8) kawan sekolah, kawan diploma dan kawan degree . haa. boleh kata ramai la yang ada sejak2 aku declare dengan dia, kui kui. takpa2, semua sporting2, aku ok je. keh3.
9) bf/gf kawan baik. ada2. kawan aku punya pasangan ada jugak add aku. ok, aku terima. ekeke.
10) ada antara blogger2 yang rapat dengan aku. ada la sikit2.


ok? semuanya ada 618 orang. ramai kan? haa.

sebenarnya aku seorang yang mudah mesra, walaupun aku tak kenal rapat dengan orang tu, lelaki atau perempuan, aku jenis mudah mesra, dalam alam maya je. realiti aku seorang yang pemalu dan pendiam. berat mulut sikit nak cakap kalau baru pertama kali jumpa. ekeke. jenis aku, kalau aku dah start komen2 dengan seseorang tu, insyallah, kalau respon yang dia kasi okay, mesra jugak. sampai bila-bila la boleh kawan dengan aku.

kalau aku komen panjang2, mesra2, ramah2, tapi dia cuma balas 'erm.. ok'. peh.. tak nak kawan cakap tak nak kawan..

ok, senang aku cakap, aku remove sebab aku tak suka. okay? kalau tak suka, remove, tak dak masa kalau tak suka, lagi dok hurung. paham?

memang rambut sama hitam, ada jugak kaler blonde, hijau, purple, brown, keh3, tapi hati2 lain. hati orang ni kita susah nak jangka. tapi kalau dah terkena, susah nak pandang belakang lagi ^__^V

panjangnya entry aku ni. aku dok sangkakan sikit je. hahaha banyaknya ulasan. ekeke.

daa..


pakaian yang kotor boleh dicuci. hati yang suci sukar dicari.

14 comments:

lavender harum wangi said...

kawan aku 449 je. yang selalu aku tgk dok on9, member2 blogger~ haha :D

kindergartenlibrary said...

ni lah ragam manusia ~

sahromnasrudin said...

huhuhuh..dh lame sy tak bukak FB..kne blocked huhuhhh

anggur said...

betul2x..kdg2 saya pun x approve org yg saya x knal..huhu

Faiq Roslan said...

gud job!

Anonymous said...

Alamak..sy add org pastu x tegur..hak2.Pasni kene tgur r nmpk gayanya nnti kene remove ngee~

^^

Anonymous said...

Suka post ni. Kajian tersendiri. Hehehe. :)

Kak Amy said...

Amy pun x akan approve org yang amy x kenal.. tapi yang pelik kita x ignore tapi org tu mereka still add juga last blok je senang..

►içéq◄ said...

6) jenis add lepas tu senyap sepi haruih

selalu juga kena nih.. tggu masa je nk diremove. ha ha ha ha.. lagi sakit hati, bila kita tego kt status ke apa, xbalas lgsg komen, tp komen org lain kemain. pffttt!

HaDi said...

Kalo x approve nnt dorg ckp kita sombong...
tensyen2 jgk hidup ini...=D

Anonymous said...

rjinnyer fatin remove sowg sowg. sue nak wat jgk tp cm da terlmbt ah... rmai..penat...huhu

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom terjah entry terbaru
kereta gear auto dan gear manual

aku kurang percaya kalau orang tu aku tak kenal... mmg lerrr aku tak layan tau

nurul rasya said...

saya on9 tapi off9.
kekeke

Shazwan Azizan - wanblur said...

suka gambar dan quote last sekali

ARTIKEL RAKAN BLOGGER