salam..
mood berblogging tetiba datang balik! yeah. nak berblogging lagi dan berblogwalking banyak2. hehe eh teruk betol BM aku ni.. haha..
tetiba aku nak sentuh sikit la pasal kisah maharaja lawak ni. peh musim maharaja lawak ke sekarang? kalau aku bukak twitter, penuh timeline orang komen pasal maharaja lawak. aku tak tau nak mencelah macam mana. kesian. status kat facebook pun banyakk. dah banyak page2 yang aku like, banyak yang update pasal maharaja lawak. hoho.
aku tak penah tengok maharaja lawak. tak penah. maklumlah astro tak de. tak penah ada. nak tengok kat youtube, internet gila punya slow. kalau kat kulim ni, aku nak boleh tengok ulang2 dah, line internet laju. tapi sekarang kat kemaman. hoho.. kesian lagi..waa..
yang aku tau, maharaja lawak tu hasil kumpul finalis2 raja lawak musim2 yang lalu. ye kan? rasanya betol la. sebab ada nabil, ada johan, ada zizan. hoho. aku penah tengok raja lawak time nabil dulu. aku tengok kat youtube dulu masa aku kat kulim. setiap persembahan nabil aku tengok, dari mula2 sampai la ke final. minat jugak la. pecah perut aku setiap kali tengok. kesian, tak de perut dah lepas tu. ngeh3
yang paling hangat diperkatakan mesti la amir. haha aku penah tengok lakonan amir kat dalam filem ke drama ke, yang sepah punya tu. aku tak tau pun dia dari raja lawak. kawan aku yang bagitau. ntah apa ntah nama filem/drama tu. hehe dari tu la aku kenal dia..
tapi tu la, kesian kat dia. ramai gila kot yang tak suka dia. haha aku ada la usha beberapa page yang sedang rancak diperkatakan, pasal amir maharaja lawak. diorang kata, lawak amir tak lawak. amir memperbodohkan diri dia di depan khalayak ramai, pengundi amir semuanya buta, ada yang suruh amir balik rumah ja. tak perlu masuk maharaja lawak. keh3..
ni la amir.. orang kelantan kan? *malasnya aku nak google*
page yang paling hot kat facebook mestilah page TOLONG SINGKIRKAN AMIR DARI MAHARAJA LAWAK. sangat hot la kan sampai orang yang like setakat ni adalah 6214 orang. pehh. gila hot page ni. keh3. sebenarnya banyak lagi page page yang tak suka amir, tapi like tak sampai seribu pun. beratus2 je. hanya page tu saja yang paling tinggi like nya.
aku tak like satu pun page2 pasal amir. tak tau kenapa. samada page suka atau tak. mood neutral kot. kalau suka, apa sebabnya? aku tak penah tengok pun. kalau tak suka, apa sebabnya? dia tak ganggu hidup aku pun. hehe..
kadang2 bila aku tengok page ni, aku fikir, apa la agaknya aku rasa kalau ada orang buat page 'KAMI BENCI FATIN VAVAVOOM'. penah jugak aku fikir. haha kena kutuk sikit pun, aku tersentap, rasa nak pengsan, rasa tak mau dah ada dalam alam maya ni. sampai macam tu sekalii.. cuba kalau berlambak2 page macam tu orang kutuk aku, peh pengsan..
cuba orang yang buat page tu, letak tempat sendiri kat tempat amir? apa agaknya kalau orang buat page pasal korang? bukan satu, tapi berlambak2. apa korang rasa? hehe. aku cuba letakkan tempat aku pada page2 yang membenci ni, tak kira la page membenci apa saja pun, cuba kalau benda ni terjadi kat aku?
contoh la, aku tak suka seseorang ni. aku tak suka sangat2. benci nak mampus. lepas tu aku buat page pasal beliau. ramai gila like. setiap status nak update betapa kebenciannya aku kat orang tu. orang lain pun support la. suka la apa la. dan satu hari ada orang buat page macam tu kat aku, lagi ramai like, lagi ramai kutuk2 aku, siap fitnah lagi. berlambak2. apa aku rasa? haaa. sekali kita menuding jari kat orang lain, 4 jari menuding kat kita tau..
kawan aku kata ni semua dunia. dunia ni la orang obses sangat2. benda kecik macam tu pun, orang punya la tak suka sampai sanggup buat page. kalau ada duit masuk dalam bank, aku pun nak jugak. sekurang2nya tak payah keja. tunggu duit hasil page kita masuk je dalam bank. hahaha.. aku bukan tak penah tak suka kat artis, ada je. paling2 tidak pun aku cakap kat mama aku, aku tak suka beliau. tak penah la sampai nak tubuhkan satu page, atau komuniti. silap2 buat gathering, hik hik
tak da sebab pun aku nak benci kat amir atau nabil atau zizan atau johan atau apa2 la. kalau seseorang artis tu buat maksiat, mengandung anak hasil luar nikah, berzina, ya, patut kita membenci sebab diorang buat dosa besar. kalau amir tak pandai melawak pun, bukannya dosa besar pun. dosa besar la kalau memfitnah dia. dosa tu dapat kat kita. amir dapat pahala tau..
cuba fikir, kalau dia tak pandai lawak, dia buat lawak bodoh, agak2 dia ada tak dalam maharaja lawak musim ni?agak2 kalau korang pandai melawak sangat, agak2 musim depan korang akan tercalon jugak tak? cuba fikir. cuba fikir. aku pun nak fikir jap ah. aku tak pandai melawak. haha. belum sempat aku nak melawak, juri dah suruh balik. sebab tu aku tak penah pegi audition nyanyi ke, lakon ke, sebab aku tau aku tak de bakat dalam seni. HAHAHA.
kalau ditakdirkan amir jadi juara dalam maharaja lawak, mungkin akan ada page, 'AMIR TAK LAYAK JADI JUARA MAHARAJA LAWAK'. haha. apa2 pun aku harap amir bertahan dalam maharaja lawak dan jadi juara maharaja lawak supaya dengan kemenangan itu, tutuplah mulut mereka2 yang sememangnya tak pandai langsung nak buat lawak! apatah lagi nak masuk dalam rancangan raja lawak! mimpi!
11 comments:
tolong singkirkan noor fatin dari....hahaha....joke je...
betul gak..ramai yg tak suka dy...tapi nape erk??
kesian amir jd mangsa keadaan
Strategi pemasaran Astro je tu. Mereka nak dapat duit. Maybe ada semangat kenegerian yang menebal sehingga menutup kelemahan yang nyata. Nanti bila dah top 4 antara Jambu, Jozan, Nabil dan Sepah baru dorang buang Amir. Taktik semua tu.
Amir .ramai tak suka dia ..
org zmn skarang ni memg prangai pelik2.ada yg tak puas ati trus bt group dkt fb.dah apebendeeeeee.
support amir!!!
adeh..cian pon ada kt amir ni..tp macam ada kelebihan jee dia ni tau
tak tau dan tak amik tau pun tentang ML ni, tapi memang betul apa yang dikatakan tu..1 jari tunjuk dekat orang lain, 4 lagi yang tunjukkan dekat arah kita..
aku pun tak suka..hahaha
tapi maharaja lwk yg baru ni..
bilehh lahh tahan..
mcm2..kalau kita pulak kat tempat amir kan tu paraaah..
*bukan snng nak buat orang suka kita..heheee
tu la pasal,kesian kat amir tu..watpe sampai nak wat page kan,x patut sungguh...saya bukan tgk pun maharaja lawak tu,huhu..so,xdek sbb nak benci+menyampah kat amir..
Post a Comment