Sunday, April 10, 2011

GAMBAR : SEKITAR KARNIVAL PENGANTIN BERSAMA HELIZA HELMI

salam

entry semalam penuh dengan gambar. entry ini juga. maaf ye, mood nak letak gambar banyak2 kat entry makin menjadi-jadi. lepas ni punya entry pun ada gambar lagi. duh. *tepuk dahi masing2*. hik hik tapi nak buat macam mana. gambar tetap gambar. ekeke..

semalam, 9 april, aku pergi karnival pengantin kat kompleks casa limbong, kemaman, terengganu. dekat bandar chukai la. tak la jauh mana pun dengan rumah aku. dalam 2 km mungkin. kalau naik kereta memang la dekat, kalau jalan kaki, berpeluh jugak la. penat jugak. haha..

aku pergi pun bukan sebab nak buat survey pasal pakej-pakej perkahwinan ni. haha. tak de maknanya. duit pun tak de. faiq pun baru sem 1. :P sebab nya ada heliza helmi. selama ni tengok dalam tv, dalam paper, dalam hati terasa ingin tengok depan2 pulak. macam mana orangnya, tinggi ke rendah ke, comel ke dop, dan macam2 la. hehe...

so start pukul 2 petang, aku pergi sana dalam pukul 2.45 petang. lewat sikit. sampai je heliza dah turun dari pentas. lepas tu jalan kaki masuk butik. betol-betol lalu depan mata aku. keh3. comel. tinggi dari aku. kecik molek je orangnya. tengok puas2 la muka dia bila tengok depan2. comel..

hasrat nak bergambar dengan dia tidak kesampaian bila aku tau, yang kalau nak bergambar dengan dia, kena bayar RM15. pujuk mama aku langsung dia tak kasi. dia kata membazir. aduh. aku pun tak de duit. kesian. budak2 kalau dah tak de duit, diam je la. itu je yang mampu. sob sob. dan pengacara tu cakap, nanti dala pukul 5.30 petang, heliza akan datang sampaikan hadiah untuk pemenang. so mesti la aku nak tunggu sampai abis. ye dak?

pusing punya pusing, jalan setiap booth, boleh tahan jugak best je. tapi semuanya pasal kahwin la. ada booth yang menawarkan pakej fotografi, kek, make up, pakaian pengantin, kanopi dan macam2 la. semua ada kaitan dengan perkahwinan la. aku tengok pun dah jadi blur sebab tak de plan nak kahwin dalam masa terdekat ini. hehe.

jom tengok gambar2 nya :


ada abang ni pegang tupai. wah. best! aku tengok je terus tanya nak pegang boleh. hehe ada kakak sorang tu pun pegang. tupai tu terus naik atas kepala. sapa2 yang geli dengan binatang tersebut, semua dah buat muka, euww. ekekeke..

dan bestnya dalam pegang tupai. kecik punya tupai. jenis apa ntah. hee. tapi best. comel je. haha. nakal..




sementara tunggu pukul 5.30, kitorang pergi makan kat pizza hut kemaman. setelah 5 bulan tak makan pizza, akhirnya aku makan jugak pizza. mama belanja. dia kata, lebih baik makan pizza dari abiskan duit bergambar dengan artis..wuu. agak2 berapa panjang muncung aku kan. :P


spageti. apa ntah nama penuh dia. aku pun dah lupa..

macam biasa. ada roti. pizza lambat sampai. so aku tak amik gambar pizza. tu pun makan tak abis. hahahah sebab mama aku tak suka sangat makan pizza. so saingan hebat tak de sangat, lain la kalau aku dengan faiq, kui3..

ni la mama aku!

candid!


lepas makan, lepas jalan2 pusing kat area situ, kitorang masuk balik ke dalam casa limbong tadi..


di dalam butik inilah, heliza helmi berada. ramai yang jenguk dari luar je, bukan nak amik gambar pun,. semata2 nak tengok heliza je. ekekeke. kalau nak masuk kena bayar RM15 dan ada kupon. bukan gambar kita yang amik sendiri. adala photographer nya..



ok, sekarang acara penyampaian hadiah untuk pemenang2 yang terlibat dalam karnival pengantin. ramai wooo pakai baju pengantinnnn!cantik cantik. model kan. hehe..

agak jauh kedudukan aku dari heliza, sungguh aku tak pandai cari tempat. punyalah elok dah cari tempat, orang ramai pulak terlindung kat depan.. uwaa..

kiri kanan ada orang. oh heliza. hehe..

orang kemaman yang hadir. tak la ramai..
kakak ni banyak kali menang hadiah. ratu tepak sireh kot, macam2 la. aku pun dah lupa. cantik! baju dia cantik! hehe.

antara pengantin2 yang lain..

ramai sungguh jurugambar amik gambar, diorang pakai DSLR. aku pakai kamera digital je. wuu. terasa keciknya diri ini. hik hik..

pengantin berborak sesama sendiri..

kain rentang..

baby ni dok depan aku.comelnya. dia asyik tengok aku je. sempat la aku snap gambar dia. hehe..


antara gambar2 heliza yang sempat di ambil..







cantik kan dia? kecik sungguh orangnya. hehee..


booth yang menang booth tercantik..


sebenarnya ada lebih 100 gambar yang aku snap, terlampau banyak. so aku amik yang mana penting je la dan yang mana aku nak berkongsi dengan pembaca blog ni. kalau letak 100 kang, berpinar-pinar mata nak tengok kang. hehe..

ada jugak beberapa video yang aku amik bila heliza bagi ucapan. hik hik.

memang cantik la heliza ni. tapi biasalah, mulut sumbang2 kata kat kiri kanan aku ni, cakap, heliza cantik sebab make up tebal2 je. haha. adoi. mulut orang. yang cakap tu pun, heliza 1000x lebih jauh lebih lawa dari dia. huhu... tak la makeup tebal mana pun. pengantin2 kat sini lagi makeup tebal2 sampai jadi tak lawa dah. hehe..

itu je la yang aku dapat rumuskan sepanjang aku berada di karnival tu. rasanya dua tiga hari jugak karnival ni. aku pegi semalam je la. hehe. tu pun rasa penat sangat2 haaa. huhu..

tak dapat jugak bergambar berdua dengan dia :(

17 comments:

Mat Ganu said...

tupai ape tue??

lavender harum wangi said...

tinggi ke weh? pakai heels jadi la tinggi. kalau tak, tinggi2 ko jugak kot~ btw, heliza memang comel~ :">

velasrizal said...

comelnye heliza ni hmm

sizuka[Izzati] said...

whooooot ingt nak kawen dah.hihi.kekadang seronok jugak tgok karnival pengantin sana sini.haruslah dekat sini takde kan.HAHA.tapi yang sakit sikit tgok pengantin melayu zmn skarang, yg pkai tudung tu semua habis berbonggol-bonggol belaka T____T

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

ala nk jmpe heliza jgak!!huhu

eh apsal kepala pengantin sume cm kepala alien yg lonjong 2??haha

nelly said...

tetiba rasa nak kawen ..hahahaha
=D

Miss Tira said...

Nai ambil gambar kena bayar RM15. Pandai dorang ni buat bisnes ya. Bagus nasihat ibu Fatin tu. Membazir je. Mereka pun manusia sama macam kita juga tapi kalau sekadar nak tangkap gambar pun kena bayar RM15 tu dah melampau..

bunga said...

bunga suka heliza..manis n comel jer kan..jadi kesimpulan cini bunga jelessssssss..hahaha..

sahromnasrudin said...

satu perkataan je yg sy leh gambarkan mengenai si heliza nie..dia sgt "cute"

Amy Syaquena said...

spagetti baru semalam makan spagetti.. haliza nampak comel sangat...

MataHati @ MH said...

ohhh helizaku.. kalau ku tahu awal2, konpem pi join jugak karnival tuh.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
enjin wira enjin apa lepas jpj


uihhhh karnivel pengantin eeehhh datang sana nak cari idea nak buat kenduri kawin kerrrr..... eeemmmm mahligai impian .... tapi aku pelamin angan ku musnah

kay_are said...

nape heliza sangat femes dalam dunia blog? die pun ade blog gak ke? pelik jap..

l a l a , S h a h e i l a said...

best kalau dpt pergi tempat mcm tu..huhu

Nur Farah Hani said...

waaa da pergi pameran pengantin.. ader tander2 nih.. ehehehe..

mie said...

fuh!!
cantik la gambar pengantinn heliza..
ehehheee

Tauke Budu said...

mak aih nak ambik gmbar pun kena bayau??
ish3

ARTIKEL RAKAN BLOGGER