Friday, April 29, 2011

'TOKKKKKKKK. JAMBAN TERBAKAQ!!!'

salam..

harini aku nak buat review pasal filem cun. dah lama filem tu berlalu. hehe tapi aku nak buat jugak la, sebab aku baru ja tengok. kahkah. boleh kan? boleh kan? hehehehe..

sebenarnya kalau kitorang (aku dan ) pergi tengok wayang, kitorang mesti nak tengok filem yang tak boring.. sebab kalau kitorang bosan, mata kitorang akan memerhati sekeliling, kiri kanan kami dan terjumpa macam2 gelagat. hahaha so baik kitorang cari filem yang tak bosan dan boleh gelak2. hahaha..

aku lebih suka tengok filem seram sebab tak bosan jugak. asyik terkejut dan menjerit ja. hahah. filem komedi pun best. macam filem estet. tak kering gusi bukan main gelak. sampai rasa nak pi kat depan lagi, sebab tak puas dok kat belakang. hahaha.. macam2 la.

masa filem cun ni ditayangkan, aku tak balik kulim pun. sampai la sekarang. bila download dan tengok, dia kata best sangat2 dan dia suruh aku tengok. mesti kena tengok sebab seronok sangat2. hhehe. so dengan pantas, aku pun cari la sumber2 yang boleh aku nak tengok filem cun ni.

bagi aku filem ni memang terbaik sangat la. apsal tak banyak sangat orang review pasal filem cun ni ek? ada dalam 2,3 ja. berbanding dengan filem yang lain, bila terlampau best, sampai kan setiap blog akan buat review pasal filem tu. kadang2 aku asyik baca yang sama ja. sampai la filem tu box office. masa filem cun ni keluar, aku tak perasan sangat pun.. tau la jugak,. dengar ada orang cerita tapi tak la sehangat filem lain yang diorang cakap2 kan tuu..

okay. kalau ada 10 bintang, aku nak bagi 9.5 bintang. kehkeh sebab best sangat. buat aku tergelak2 sampai sakit perut. dah la tengok sorang2. kalau tengok dalam pawagam, tak tau la macam mana. haha. lagi pun filem ni banyak guna loghat utara. aku kan anak jati kedah.. setiap butir yang depa kata aku paham. hehe aku tak penah tengok cerita budak kelantan sebab aku tak paham loghat diorang. mungkin macam tu gak sebaliknya. tak tau la kan..



poster filem cun.
bila hero kampung cuba try test awek glamer!!


ni bawah ni ada beberapa gambar dalam filem cun yang aku amik dari google. jom2 tengok!


masa ni si atan nak melamar si luna tu. heheheh romantik siottttttt. kat bendang lagi..



punya la kena makeup. tau la nak berlakon dalam filem cun. haha siap pakai blusher :P



watak bedah tonggek dan eton gebu ni memang busy body gila. aih. haha depa punyalah suka kat si atan tuuuuuuuu. sampai sanggup buat macam2 kat si luna. hahaha



antara krew program meletopss!


watak lakonan marsha memang best. gedik gila!! hahaha geram tengookk. haha. masa ni depa kena kantoi. si ryan tu (jehan miskin) adalah pakwe kepada si luna tadi tu (maya karin) . si marsha ni kira skandal dia la.. kantoi sebab jumpa marsha dalam bilik si ryan ni. hehe



yang paling menonjol sangat2 adalah faezah elai. tu diaaaaaa. serius aku dah jatuh cinta dengan lakonan dia. abaikan segala kontroversi yang melanda diri dia. watak yang dia bawa memang betol2 berkesan. dengan lakonan dalam asmara lagi. peh, ni la salah satu artis feveret aku!



romantik sungguh aih si remy ishak dengan maya karin. remy ishak tu bukan orang kedah kan? tapi loghat kedah dia pekat gila. haha.


si manis ni adalah kanak2 istimewa, masa ni dia merajuk dengan atan sebab atan kata dia senget. budak2 macam ni kan hati dia sensitif. si luna la yang pujukkk..


cantik!


ni masa kat kedai karaoke kat kampung..


peh siapa sangka maya karin berjaya lakonkan watak ni. hehe..


seronok sungguh. lama tak tengok bendang!


akhir sekali, si luna ni kahwin la dengan si atan, hahaha kesian si ryan, selalu nangis sambil letak eyemo kat mata untuk tarik perhatian lunaaa. hahaha seronok hidup kat kampung macam ni, jauh dari kota, tak dak bising2. sama2 sayang.. best.

yang paling best bila scene, si luna terjatuhkan lampu kat tandas. terbakar. tak semena2 adik si tom (faezah elai) menjerit.. 'tokkkkkkkkkkk. jamban terbakaq!!'. hahhha memang best la. geli hati aku dengar dialog tu. punya la kelam kabut diorang simbah api tuu. dengan si luna sekali basah kuyup. hehehe

apa2 pun bagi aku ni salah satu filem yang langsung tak boring walau tak tengok kat pawagam. rasa terhibur ja, lepas tu rasa sedihhhh. macam2 la. hehe tau nak gelak jaaaaaa. hahah macam ni la orang kata filem yang berjaya sebab berjaya buat orang terhibur!! hehe..

so sesiapa yang tak tengok lagi, terutama anak2 utara, tak kira la perlis, kedah atau penang, cepat2 la download cerita ni. kat pawagam rasanya tak ditayangkan dah. heeh cuba tengok.. memang best la. sumpah tak bosan. boleh release tension sementara nak tunggul final exam ni. kehkehkeh. ok. setakat tu saja aku nak cerita pasal filem cun ni. memang cun habis la.




8 comments:

cikgu fiQ said...

haha!nice bLOg..
juz bw here...
sudi2 la foLLow ye?
http://simpleasfiq.blogspot.com/

insta: lea_na_nur_ said...

siyes ke besh???nk tgk la..huhuhuhu~

Anonymous said...

Hahaha dah kenapa kerbau tu. Habis kena make up sampai macam tu sekali. Haha.

Anonymous said...

Bca je dh rasa konfirm ! best neh ! nak cariklah !

megat isa said...

aku pon suka citer tu. time budak pompuan merajuk tu. si luna pujuk aku sedey giler sebab dia cakap dia tunggu mak ayah dia ...

Unknown said...

Alahai, bila dah baca entry ni, mula lar rasa nak tengok~~ :p

kindergartenlibrary said...

eh ? nmpak best lah !!

Hanys Najib said...

tengah2 syok baca review sampai ujong entri, tetiba erk?! perenggan 2 las tu nape mcm marah semacam..heee... *wink2*

ARTIKEL RAKAN BLOGGER