Saturday, April 23, 2011

DUA PERWATAKAN YANG BERBEZA. APA PENDAPAT ANDA?

salam

aku kembali lagi. adess, 2 hari sekali aku update entry sekarang. apakah? hilang sudahkah mood untuk berblogging? keh3 padahal idea mencurah-curah tapi entah la, aku berat hati nak tulis entry sekarang. cuba jugak nak update selalu. macam dulu-dulu. tak apa2. hehe..

semalam aku kemukakan satu status, iaitu pandangan aku sendiri. aku selalu tengok timeline seseorang.. tetiba nak tulis kat status. meh kita tengok apa pendapat kawan2 akuuu.




status ini berbunyi : aku selalu jugak terbaca timeline seseorang. selalu tweet dia.. ' aku baru lepas baca al-quran', 'solat, berhenti tweet, nak solat dulu. ' 'lepas solat, mesti nak baca al-quran' 'aku sedang berzikir, 'aku ada al-quran je' TAPI.. bila dia marah2, keluar tweet dia ' ko ni babi la!!' ko ni mcm orang bodoh' 'sial la ko ni, anak haram!! ' 'berdosa aku maki ko tapi ko memang babi' 'perempuan jalang ko ni' dll. errr. aku konfius. sekadar luahan hati :)

sebenarnya, aku tulis status ni dalam 580 patah perkataan tapi status kat limit. so kena 420 patah perkataan je. so aku terpaksa edit2, dan buang banyak lagi perkataan yang aku tulis kat status. jadilah pendek macam tu. asal orang lain paham sudah. :) aku tulis macam tu untuk meluahkan hati apa aku nampak. ya. apa aku selalu nampak kat twitter seseorang..

meh lihat pandangan2 kawan2 aku.. aku crop sikit2 je. yang penting2 aje k? sapa nak tengok full punya, boleh tengok kat facebook aku sendiri. keh3




komen dari fadh.. serius fadh. aku baca apa dia tulis. memang aku copy sebijik2 dah tuu. hehe. berdosa aku maki ko tapi ko memang babi! terkejut aku..urm..

komen dari afix : betol jugak cakap afix.. matlamat tidak menghalalkan cara..

komen dari siti : haha macam cerita 2 alam pulak kan siti..



komen dari yani : aku pernah tanya mak aku. kalau orang selalu tulis tweet macam tu macam mana, asyik2 tulis nak sembahyang, nak baca al-quran, nak berzikir, boleh kata selalu sangat dah. boleh ke? mak aku pun cakap macam yani. dia tak ikhlas beribadat. nak menunjuk-nunjuk ja. kang tak pasal pahala yang kita dapat, dah hilang kan? macam tu jugak bersedekah, bila tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu. betapa ikhlasnya.. macam tu la :)

komen dari siti : ya. aku juga. hehe. betol tu..

komen dari syaira : err. aku tak paham apa yang dia cuba sampaikan. hik hik




komen dari zahari : itu la. kesian babi. selalu jadi mangsa. adess. hehe

komen dari ros hanisah : haha mungkin la. kejap baik kejap tak. mungkin.



komen dari fadh : memang betol cakap fadh. mungkin masa tu dia maki-maki, lepas tu beribadah. tapi aku tengok dah berselang seli sangat dah. harini maki, esok beribadah, lepas tu maki lagi, beribadah. dah jadi macam permainan dalam hidup dia. perlu ke maki teruk2 sampai macam tu lepas tulis 'baru lepas baca al-quran'? kan? fadh cakap jugak. kita perli2 la dia. tegur dengan cara indirect. haha tapi bagi aku, baik unfollow aje. sebab kalau aku perli, aku sama perangai macam dia je. dan aku harap sangat2 kawan2 baik dia boleh tegur2 dia. dia ramai kawan. serius. BFF berlambak. tegur la kawan mu itu. kesian dah aku tengok. hehe.




status dari zahari : orang yang bijak adalah orang yang mengawal kemareannya. jangan mare mare. nanti keluar sus scrofa. hahah. aku setuju sangat2. orang yang bijak adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya. setuju? aku sedang belajar. dalam proses belajar. walau tak sepenuhnya. aku akui kadang2 aku tak dapat kawal kemarahan. tapi aku dah banyak berubah dari dulu2. dulu2 kalau aku marah2, aku mesti maki2 kat status, kat blog. tulis punya la panjang. sejak2 aku adani, aku dah tak tulis macam tu. sebab aku rasa malu, dalam facebook aku, ada family aku, ada saudara mara aku, ada family dia, saudara mara dia, kawan2 dia. nanti apa diorang fikir tentang aku. sebab tu la aku dah tak marah2 kat status. kalau sedih2 selalu ye! haha. sedih2 je, nak marah2, tulis mencarut2 tak penah dahhh. lama sangat dah.. setahun lebih.

dan sekarang aku tengah belajar cara mengawal kecemburuan. ngeh3 :P



bila zahari kata suruh tukar kepada ayam, aku rasa bunyinya lagi sedap. sekurang2 nya tak la sakit mata memandang. haha. kesian babi. kita bukan penah bela dia pun. kan? aku tengok dekat2 pun tak penah rasanya. dalam gambar je. cuba tukar jadi ayam ke, lipas ke. tikus ke, kan sedap lagi bunyinya. hehe..


dan bila si lynna vavavoom masuk, dia rasa apa aku rasa. dia selalu tengok apa aku tengok. keh3. sebab tu dia dapat detect siapa orang tu. agaga. mungkin dia pun follow orang tu. hehe thanx sayang :)

selalu aku berfikir, kenapa boleh jadi macam ni? kenapa boleh ada dua watak yang berbeza? kenapa kejap mencarut, kejap tulis status berkaitan agama? jujur aku katakan, aku follow lebih 300 twitter orang. ramai yang berilmu agama yang lebih tinggi. tapi aku tak penah tengok langsung la diorang tulis status macam tu. kejap2 nak sembahyang, kejap2 nak baca al-quran.. susah sangat nak jumpa orang selalu tulis macam tu.. mungkin dia ada niat tersendiri. mungkin.

siapa aku nak tegur orang tu secara direct, kan? kang tak pasal2 aku yang dicop babi. haha. aku cuma luahkan di sini. kot2 kalau dia baca, dia boleh faham sendiri. kot2 ada kawan2 dia yang baik dengan dia, baca entry ni. boleh la tegur dia. aku cuma boleh doakan dia, supaya jangan la buat macam tu la. jangan sesuka hati mencarut macam tu dalam masa yang sama, tulis status baik-baik..



oh ya.. ni kawan aku zahari, buatkan. tulisan apa ek? aku lupa apa dia. kufi kot? err.. ni tulisan jawi, nama aku. noor fatin. thanx zahari :) dah jadi profil picture sekarang :)


apa pendapat anda tentang status facebook aku tu? boleh kongsikan? hehe :) thanx! :)

12 comments:

megat isa said...

Berkata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziiz رضي الله عنه, “Sungguh beruntung orang yang terjaga dari hawa nafsu, marah, rakus.”
(Dinukil dari Kitab “Hilyatul Auliyaa”)

as said...

cer bg link entri ni kat *org tu*.hahahhahhaa.

kindergartenlibrary said...

apa2 pun , bahasa kena jaga ~

mie said...

cantik khat ni..
hehehehe

.drakula. said...

jangan biarkan hati dkuasai dia,syaitan.

velasrizal said...

wah tak sangka sampai cmtu sekali

Anonymous said...

Kenapa perlu menunjukkan amal ibadah kita pada orang lain. Bukankah perkara itu menimbulka rasa riak, takbur, bangga diri dan sebagainya. Lepas tu dah tahu mencarut itu salah dia buat juga. Alahai manusia -.-

Arpiiz said...

ada juga member yang macam ni, last2 dia kena pulau..hahaha

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Yamaha 135lc dan penjagaan

Honda ex5 dan Honda wave

kadang tu sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa....

Banyak udang banyak garam Banyak orang banyak ragam ....

Woofer Storm said...

orang yang baik,takkan kata dia baik..ermmm jgn jadi nak tipu orang kalau susah diri sndri pun ssh nak tipu.ermmm follow sni ye sis^^

Imran nyambek said...

takyahlah tunjuk2.simpan2 sorang sudeyh.ehe

Anonymous said...

huu...status pnye hal pun jadi isu ker?ha ha ha...buat2 la and pikirkan benda lain yang berfaedah...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER