Saturday, July 28, 2012

I LIKE YOU BECAUSE

assalamualaikum ;)

cerita dah lama, baru aku nak bercerita.. haha tapi boleh kan? kan? kekeke tak basi pun lagi.. lagipun tahun ni punya.. kui3~

sekarang dalam subjek communication skills, kitorang tengah belajar pasal interview. ni kisah yang aku nak ceritakan pasal part sebelum ni, masa belajar public speaking. sesi terakhir dalam kelas tu, miss ju bagi sehelai kertas dan kita kena tulis nama kita lepas tu pass2 kat member2 supaya member2 akan tulis pasal apa diorang suka kita. hehehe..

kelas aku ada 7 orang semuanya. jadinya aku dapat 6 respon berbeza dari 6 orang kawan aku. kehkeh


sehelai kertas membongkar segala pandangan. kekekekek..


sara 

i like you because

- you are cheerful, funny, easy to make friends with and caring.

hidayah

i like you because

- u r so 'manje', funny and so talkative.

- and 1 more thing because you scare with cockroach.

hafizi

i like you because

- you are funny person

- your laugh

-you like to eat (you eat everything)

najwa

i like you because

- you are funny, always smile and laugh.

- you are nice and caring when you always text me and ask about me, you the first person i know when im here.

- you always said najwa choki choki like my nickname in facebook and call me najwa latif. i like you. hehehe

yana

i like you because

- laugh same as me. hahahahah

- easy to communicate

- always make fun with me. hahahah

-nice person

-funny person


ni semua respon diorang kat aku. hahaha dan semuanya cakap aku funny person. hahaha 

apa-apa pun aku ok je dengan semua classmate aku. diorang sporting dan saling bantu membantu. alhamdulillah, bersyukur dapat classmate macam ni. heheh..

ok aktiviti hari ini, nak shopping raya bersama wawa, nak ikut??? jom! ;p

Friday, July 27, 2012

SUKA DUKA SEMINGGU RAMADHAN

assalamualaikum! ;)

harini dah 27 julai. last aku update entry 22 julai. hakhak maaf2, macam biasa, busy dengan kelas. kehkeh. malam-malam ada masa cuma tak terupdate rasanya blog ni. tapi aku tak nak tinggal bersawang kan. sayangg woo. heheh

harini sudah masuk hari ke 7 kita berpuasa. alhamdulillah. syukur kita masih diberi peluang untuk mengerjakan ibadah hingga ke hari ini..

puasa kali ni, banyak dugaan untuk aku. huhu aku kena gastrik. :( aku memang ada gastrik. start kena tahun 2009. tapi tahun-tahun sebelumnya tak pernah kena pun. tahun ni je. dugaan dugaan.

kena gastrik puasa ke 6..

puasa ke 3 aku kena diarrhea. berlarutan sepanjang minggu tu. hoho. mungkin sebab makan bubur lambuk kot, sebab kan berempah, banyak sangat rempah. perut aku ni ngada sikit, tak tahan ;p wawawawa terseksa woo. tak makan ubat pun. minum teh kelat je. farmasi, klinik, hospital jauh la. huu.

lepas tu homesick. waa aku rindu la nak makan masakan mama tambah2 time bulan puasa. kalau aku makan masakan mama, susah sangat nak sakit perut ni. tak pernah kot. huuu~

tahun ni aku dah start bangun sahur. seperti tahun-tahun sebelumnya aku susah sangat nak bangun sahur kalau tinggal kat hostel. tengok la keadaan, ada makan bahulu, ada makan nasi (time makan nasi ni bangun lewat pulakkk. kelam kabut makan. haha), ada sekali tu makan megi. lepas tu perut bertambah sakit T____T

dan macam-macam la yang berlaku sepanjang minggu pertama kita berpuasa ni. hehe berbuka denan housmate, samada masak, beli kat kedai atau makan kat kafe. mana-mana pun sama je. eh pernah sekali beli kat bazar. naik bas tati pergi ke bazar kijal. kehkeh.

dan saat ini aku berada di rumah. tiap-tiap minggu aku balik sekarang. khamis petang, habis je kelas, terus balik. hahaha ahad petang atau isnin pagi abah antar la. ahad kan tak de kelas. untunglah kan ;p

alhamdulillah, elaun untuk bulan pertama pun dah masuk. shopping2! ;p

semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya.. insyaAllah..


kawan2 rapat aku kat sini ^__^V


selamat berpuasa kawan-kawan ;)

Sunday, July 22, 2012

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari ....

assalamualaikum ;)

dah lama sangat aku meninggalkan aktiviti aku join giveaway contest segmen dan sebagainya. boleh kata semua itu terjadi apabila aku start belajar di tati. maklumlah busy sikit. hihihi. busy dengan kelas, dengan kengkawan sampai tak de masa. blog contest aku pun dah bersawang-sawang dah. aku rasa semuanya dah tutup kot penyertaan. aku beum check lagi. nanti kot. hik hik

ni segmen dari kawan aku, ayu, macam best, so aku nak join! lama dah tak join kan. hehehe





syarat-syarat penyertaan

1. Buat 1 entri dengan tajuk Segmen Ayu : Saya Blogger Dari ....
(sambung kan ayat itu contoh:saya blogger dari Selangor)
2.letak banner diatas dan link kan ke entry ini
3.Follow Blog Ayu dan Queensbox jika sudi ;-)
(jika follow bagitahu ya,Ayu akan follow balik)
4. Taq seorang kawan anda
5.Tinggalkan link entri di entri Ayu ini.
6.Siap!..mudah tak?hehe


saya blogger dari terengganu. daerah kemaman, area chukai. eh? 

sapa-sapa ada dekat2 dengan aku, roger2 la eh. mana tau boleh berbuka puasa sama-sama ke nanti kan kan. haha..

nak tag, ehem ehem sapa eh? OOPET ar. oopet, please join!! :P

mengambil kesempatan ini untuk menanyakan, korang blogger dari mana eh??? sekian.

Saturday, July 21, 2012

JADIKAN RAMADHAN YANG LEBIH BAIK ;)

assalamualaikum ;)

kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan ramadhan kepada keluarga tersayang, sahabat2 yang disayangi selalu ( grup 1989, sk kulim, smk taman setiawangsa, smk st patrick, unikl msi, tatiuc) dan housemate2 yang dikasihi selalu..

dan tak lupa jugak kepada semua follower blog ini, kepada pembaca tegar blog ini, terima kasih banyak-banyak kepada meluangkan masa untuk membaca entry, memberi komen dan pendapat, aku amat hargainya, ;)

mohon maaf seandainya sepanjang perkenalan kita, secara langsung atau tidak langsung, andai terguris kata, terkasar bahasa, mohon dimaafkan. alhamdulillah, setakat ini, aku xde berdendam dengan sapa-sapa, aku dah maafkan semua orang. dah lama sebenarnya aku dah start maafkan semua orang. sebab aku nak hati aku tenang. heheh alhamdulillah, aku dapat rasa ketenangan itu bila kita tidak berdendam dengan orang yang menyakitkan hati kita.

selamat berpuasa ye kawan-kawan!! ;)




;)

Friday, July 20, 2012

COMMUNICATION SKILLS - PUBLIC SPEAKING

assalamualaikum!!

alhamdulillah, esok kita semua umat islam akan berpuasa. bertemu lagi dengan bulan ramadhan. semoga ramadhan kali ni banyak memberi manfaat dan pahala berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. insyaAllah. semoga dipermudahkan segala urusan. amin! ;)

ingat x entry ni? pasal kelas communication skills part 1? belajar cara nak buat resume dengan lengkap. hehe lepas dah habis kelas tu, sambung pulak kelas public speaking yang dihandle oleh miss ju! ;)

seminggu je kelas dia sebab kitorang berjaya habiskan 10 jam masa bersama. ekekek sebabkan kelas puan zu tak de, so kitorang ambil masa tu, habiskan 10 jam. alhamdulillah, tamat jugak dengan hati yang girang :P

macam2 la yang dapat ku belajar. task pertama kena ceritakan pasal who am i? ambil satu benda atau haiwan lepas tu ceritakan persamaan diri dengan benda tu. haha aku ambil novel. sungguh tak de idea beb. hhahaha..

dan macam-macam lagi la. sesi perkenalan, kena kenalkan kawan kita sendiri. lepas tu kena jual produk la, jawab soalan itu ini dan macam- macam la. kelas yang tak pernah bosan langsung. ceria je memanjang. otak tak tension. miss ju yang sporting. kawan-kawan yang hebat! perfect!!

kelas terakhir kitorang pada khamis minggu lepas. start pukul 2.30 sampai 6.30. lama kan. tapi sebabkan tak bosan so rasa sekejap je. haha 

miss ju bawak kek!! yummy2!! sebab tu la kelas terakhir kitorang. huk huk sedih. lepas tu dia kata untuk birthday girl jugak. aku dan sara :P sara 16 julai. aku kan 14. kikikiki.

btw, dulu kan kelas aku cuma ada 5 orang je. aku, dayah, najwa, farhana dan hafizi. minggu lepas bertambah lagi dua orang, yana dan sara. dah tak sunyi dah kelas. dah makin meriah dah. hahah best2! diorang lepasan ijazah dari UMP. hehe

gambar yang sempat aku snap masa kelas terakhir tu!! hehe



kek yang miss bagi. terima kasih miss!! habis licin. sedappppppppp. yummy2!


candid. amboi tak menyempat2 nak makan. 

kakakak


sara, yana, dayah, aku dan farhana! 



hafizi, sara, yana, dayah, aku dan najwa!

macam biasa, hafizi seorang je lelaki dalam kelas ni.  hero, penyelamat, penyeri, kumbang. hahahaha dah2 tak boleh puji lebih2 ;p


ni la produk aku kenal jual. kena promote. mini puding. aishh. tak penuh plastik. hahah 


kesempatan ini, aku mengucapkan terima kasih banyak2 kepada miss ju sebab curahkan ilmu yang sangat berharga pada kami semua. kelas miss antara yang terbaik penah aku belajar! ekekek.

nasib boleh contact miss kat facebook lagi. boleh chatting2. yang pasal kena jaga seseorang tu kan, err errr. hahahah.. miss mengusik kemain! ;p

minggu depan kelas dengan miss liha pulak. semoga dipermudahkan pembelajaran kali ni. aku tak tau pulak apa miss liha akan ajar minggu depan. sebab minggu ni tak de kelas. ekekek..

oh ya, aku kat rumah ni. hari pertama puasa dapatlah bersahur dan berbuka bersama family tersayang! XD

Wednesday, July 18, 2012

CORETAN SEMPENA HARI LAHIR

assalamualaikum! ;)

maaf lambat update blog. maklumlah sekarang ni agak busy, dengan aktiviti hujung minggu ni yang sangat sangat awesome! haha sampai sekarang tersengih tak habis lagi okayyy! ekeke

terima kasih kepada semua yang wish kat aku. macam biasa, umur bertambah lagi. huhu semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. amin. terima kasih kepada family dan kengkawan yang sangat best! 

rasa bahagia sangat birthday tahun ni. jika tahun sebelum2nya hanya sambut berdua, tahun ni ramai! Allah hilangkan seorang orang yang aku sayang, Allah gantikan kebahagiaan itu dengan lebih ramai. syukur alhamdulillah. ada hikmah di sebalik semua ini. percaya pada Allah. :)

rasanya entry ni konfirm panjang berjela kot, rasanya la kan kan. baca sampai habis okay!!

kisahnya begini.. *amboiii* :P

pagi 14 julai tu, dalam pukul 9 kot, kitorang bertolak dari kemaman ke balakong dengan menaiki kereta abahku. hehe sampai ke balakong rasanya dalam pukul 12 lebih. singgah makan nasi kandar dulu, lepas tu sewa hotel kat izumi hotel kat area taman impian ehsan balakong. ambil dua bilik. satu bilik untuk aku dan dayah, satu untuk mama dan abah. petang tu kitorang rehat2 dan pergi ke rumah pak lang.

malam tu, majlis start pukul 8 tapi kitorang pukul 8.30 baru nak siap! haha aku siap beli bajuu tau untuk nak pergi kenduri tu dan seterusnya berjumpa kawan2 aku! haha. lepas tu fadhilah call, cakap dia dah sampai depan izumi hotel, nak jumpa aku. dia tak dapat nak keluar dengan kitorang sekali sebenarnya sebab dia ada hal lain. sedih rasa, huhu dia datang jugak jumpa aku walau sekejap!

aku kenal fadh tu pun masa 1st gathering grup 1989 dulu. tu la pertama kali aku berjumpa dia dan baru nak berkenalan time tu jugak la. hehe. dan sekarang dia sangat cantik!! kagum tengok dia. heheh tak tau kenapa. rindu maybe? ekekeke 

sebelum ni, syaira dan abil mesej aku cakap yang diorang tak dapat nak datang jumpa aku, masing2 ada hal. aku sedih sangat rasa, yela, aku dah lama tak jumpa abil, syaira aku langsung tak pernah jumpa, ni tetiba cancel pulak. rupanya diorang pun datang. aku menjerit je bila tengok sorang2 turun kereta. rasa nak nangis!!

seingat aku, iceq cakap nana je ada. bila turun kereta je, bukan setakat iceq, nana je, yulfaizah ada, abil ada, syaira ada, sasa ada! mau tak terkejut, ini betol2 surprise!! haha..

lepas tu aku bawak kawan-kawan aku tu ke rumah pak lang aku untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu aku. hehe. so makan kenyang-kenyang kat sana ;)

seterusnya kitorang asalnya plan nak pergi the mines je. naik je kereta, terus pergi putrajaya! lepak kat sana! kat dataran putrajaya! hehe kebetulan nazarul pun nak datang. 1st time jumpa dia ;)

gambar-gambar untuk tatapan kalian ^_^



i love mocha! mocha dan latte adalah kesayangan iceq. kebetulan iceq bawak kesayangan dia tu ke sini. yeay!! aku paling suka mocha sebab dia langsung tak nakal! diam je. tapi tu la, dalam tak nakal tu kan, dia kencing kat atas baju aku sekali time aku tengah riba dia. auwww! haha rasa nak bela je mocha ni. isk isk! ;D



yeah!


syaira, sasa, iceq, yul, nana, abil, nazarul. ;)



suka gambar ni! candid! masa ni penat sangat tunggu famy yang pegang kamera lama-lama. orang kata tak larat nak senyum dah. rupanya dia snap! haha...


baju putih tu famy!


gambar ni pun sweet kan ;)

selebihnya korang boleh tengok kat facebook aku okay!! ;)


time ni la permulaannya. hahaha aku kan dengar-dengar yang diorang nak prank aku. tapi segala bentuk prank tu aku memang tak tau. masa ni nazarul cakap la yang dia takot gila kat mocha pun. aku pun eh biar betol takot. aku bawak mocha dan letak atas bahu dia. tengah mocha panjat2 kat bahu dia, tetiba haaa, dia simbah aku dengan air mineral. cis! haha basah bajuu akuu. lepas tu famy pun join sekaki. hahaha siap nyanyi lagu happy birthday lagii. dayah dan iceq yang berada berdekatan aku hanya mampu memandang. yang lain-lain pun sama. hahaha :P

aku cakap kat mama mungkin aku balik dalam pukul 12 sebab zaffran nak datang dalam pukul 11, tapi rupanya tak. dia datang lewat sikit. aku nak sangat jumpa dia. rindu gila kat dia. last kitorang jumpa tahun 2008. haha dengan nekadnya aku kata aku akan balik lepas aku jumpa zaffran! yeahh!

dalam pukul 1 lebih kitorang gerak pergi mcd bangi pulak. lepak kat sana. dalam 1.30 zaffran pun sampai. wahh happy sangat dapat jumpa dia. dia antara kawan lelaki dalam grup yang paling rapat dengan aku. haruslahhh happyyy. hahah.. 

dia belanja aku dan dayah makan mcd! thanks zaffran!! ^___^

lepas tu dalam pukul 2 lebih kot, kertasgraf aka taufiq pulak datang. sapa entah cakap yang taufiq tak jadi nak datang dan bila aku tengok dia datang, wahh terkejut! 1st time jugak jumpa dia walau kitorang kenal dah lama. haha..

dia datang bawak kawan dua orang. ok penuh la kat luar mcd tu dengan kitorang je. riuh tak payah nak cakap la kan. aiyooo :P


semua dalam gambar ni lahir tahun 1989!! haha semuanya aku kenal dari grup 89 kecuali sasa yang aku kenal dari syaira dan dayah yang merupakan rumate aku sendiri. ekekkee

kitorang lepak kat mcd bangi sampai pukul 3 lebih kot. lupa dah aku. masa ni mula rasa tak larat dah. hahha tapi tak apa kuatkan semangat!! ekekek

oh ya, time ni nana dah balik. :( kejap je nana dengan kitorang. dia balik dalam pukul 12 macam tu.. huhu..

lepas tu kitorang lepak pulak kat kedai mamak kat bangi jugak la kot, aku pun tak ingat kat mana tempat tu. masa tu aku dengan dayah naik kereta dengan famy.wehuu jadi mem tu kat depan. kemainn!! :P

gambar kat kedai mamak tak de. tak ambil pun. hehe lepak kat kedai mamak sampai pukul 5 pagi! ;)

bahagia sangat rasa. depan mata aku, aku lihat kemesraan yang aku jarang lihat sebelum ni. bayangkan kitorang hanya kenal dari laman sosial. bermula dari friendster, seterusnya ke facebook, ke twitter. haha dari tahun 2008 lagi kami berkawan. walaupun hanya kenal dari laman sosial, tapi tu la, tak sangka sampai sekarang kitorang masih bersama. dalam grup ni ada suka duka yang tak dapat digambarkan lagi. terlalu banyak untuk dikenang, yang pahit, maniss. semuanya ada. hehe

bergurau senda, usik mengusik, membuli, muka masing2 tahan ngantuk, mata pakat bengkak habis dah. yang mamai pun ada, yang paling segar, taufiq la, hahahaha! tabik ar! lain semua dah tak segar sangat :P

lepas tu dah nak balik ni, zaffran dan nazarul punyalah mengusik aku, nak simbah air itu ini la. aku kata tak boleh tak boleh. hahaha berkali-kali aku berjaya melepaskan diri.hahah tapi rupanya tak. aku ingat lagi time tu aku ingatkan dah tak jadi dah, masa dah nak salam iceq tu, masa tengah peluk iceq, tetiba rasa basah je dari atas kepala sampai bawah. haha aku rasa nazarul kot yang curah air kat aku time tu, lepas tu mula la scene kejar mengejar. kakakaka dengan zaffran lagi, si famy terus ambil beg aku yang dah basah terkena air! lepas tu yang lain pun kena simbah jugakk. nakal bebudak ni. berterabur lari. hahaha yang paling basah kuyup aku la! hahaha..

aku sebenarnya tak marah pun. aku lagi suka! haha saja je ngada tak bagi. tapi kan, kalau tepung dan telur korang baling hari tu pun aku tak kisah sebenarnya. tau tau. kakaka tapi nasib baik la korang kesian lagi kat aku ;p dengar kata dah standby dan telur dan tepung dalam kereta, cis! haha..

dan last sekali, peluk cium kawan2 semua. hahaha ya allah, aku rasa sedih kot, terutama time peluk iceq dan abil. yang lain-lain pun sama. iceq dah nak balik sarawak, bila agaknya kitorang akan berjumpa lagi kan. peluk abil kuat2 sebab rasa sayang sangat, peluk yul, peluk syaira, peluk sasa. rasa rindu sangat! 

yang lain-lain tu tak peluk la. hahah!

pukul 5 tu famy antar aku dan dayah balik ke hotel! terima kasih famy!! walaupun aku dah mamai2 dalam tu, haha terlanggar bonggol baru tersedar kakaka.. kesian famy ;p 

pagi 15 julai tu kitorang pun balik ke kemaman. balik tu, mama belikan aku kek! aum~


pink gittewww. sweet 23 ye. muda lagi :P


lepas tu balik tati. malam tu jugak, kawan-kawan aku pulak yang nak celebrate dengan aku. diorang dah plan rupanya. hahah mana aku tau. beria-ia si dayah pujuk aku turun pergi kafe,  aku pulak rasa tak larat sangat, dengan tak cukup tidonya. hahaa last-last sarah dan hana pun datang jugak, pujuk, akhirnya aku pergi! ekekek

kebetulan diorang nak celebrate besday kamala jugak. dan aku jugak. time ni ada dua birthday girl la kiranya. kah2!

gambar yang lain sila tengok di facebook ;p


kamala 20 tahun, aku 23 tahun, kot. :P


kawan-kawan baik aku kat sini!! heheh ada sorang lelaki masa ni dan dia yang ambil gambar ni ;)

habis kena mandi tepunggg. habissss!! hahahah..

best! happening! bahagia ;)


aku ada tulis satu karangan untuk kawan2 aku yang ada masa malam tu. sesiapa nak baca, boleh KLIK SINI.  panjang sangat, tak larat aku nak kopipes kat sini :P

tiada perkataan yang dapat aku katakan ketika ini. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menghadiahkan aku sahabat-sahabat seperti ini. sungguh aku tak jangka, walau dah bermacam suka duka kita lalui bersama, kita masih bersama dan aku harap sampai bila-bila kita akan terus bersama. insyaAllah. sayang sangat kat korang.

terima kasih iceq.
terima kasih abil.
terima kasih syaira.
terima kasih fadhilah.
terima kasih nana.
terima kasih yulfaizah. 
terima kasih sasa.
terima kasih nazarul.
terima kasih famy.
terima kasih zaffran.
terima kasih taufiq.
terima kasih dayah.
terima kasih sarah.
terima kasih hana.
terima kasih aisyah.
terima kasih umi.
terima kasih shikin.
terima kasih kamala.
terima kasih zati.
terima kasih rabiatul.

dan yang paling penting terima kasih kepada mama dan abah akuu. dah 23 tahun aku menjadi permata di hati mereka berdua.. hehe alhamdulillah, terima kasih ya Allah.. ;')

terima kasih kepada 'kesayangan', kepada crush yang tak lupa birthday aku :P

semoga segalanya diabadikan di hati masing-masing. betapa indahnya persahabatan ini. semoga Allah temukan kita lagi seperti ini, insyaAllah, aku takkan lupakan korang, aku akan selalu rindu kat korang dan terima kasih banyak-banyak sebab buat aku bahagia. aku rasa bahagia. mama dan abah pun happy tengok aku happy ^__^

alhamdulillah.

setakat ini saja coretan aku untuk birthday tahun ini. hehe rasanya tak update blog kot dalam masa terdekat ini. mungkin la. sebab agak busy sekarang. hik hik ;p

jaga diri baik-baik korang!! ;D

Saturday, July 14, 2012

SWEET TWENTY-THREE

assalamualaikum ;)

hai kawan-kawan! apa khabar? sihat? heehhe harini aku akan berada di balakong. sampai esoknya. pagi 15julai baru aku akan balik ke kemaman. sebab 16 julai aku dah ada kelas dah. so cuti tak panjang. huhuhu..

pergi balakong sebab hadiri kenduri kahwin sepupu. aku dah bagitau hari tu kan? :P

harini genaplah 23 tahun aku hidup di muka bumi ini. alhamdulillah. aku masih berada di sini. syukur kerana Allah masih panjangkan umur aku..

penghargaan yang utama haruslah diberikan kepada mama aku. tanpa beliau, siapalah aku di muka bumi ini. hik hik. keduanya, kepada abah aku. yang sentiasa ambil berat kat aku selama 23 tahun. terima kasih banyak-banyak.

sedikit info pasal aku ketika ini. berusia 23 tahun, dilahirkan pada 14 julai 1989 di hospital kulim, kedah. sedang mengikuti kursus peningkatan kemahiran siswazah dalam bidang industrial design di terengganu advanced technical institute ( TATIUC) di kemaman terengganu. 







apa-apa pun kehidupan aku sekarang ni lebih baik dari sebelumnya. pengalaman lalu banyak memberi pengajaran kepada aku. pengalaman sebagai cikgu, yang mengajar kita bagaimana menjadi lebih baik..

indah bukan?

dah 23 tahun. mama ketika usia aku dah kahwin. hik hik ok aku bila nak kahwin ni? muahaha. 

dan harini jugak nak jumpa kesayangan2 kat balakong nanti. sukanya sukanya! semoga segalanya berjalan dengan lancar. betapa rindunya aku pada mereka semua. rindu rindu sangat!!! :)

aktiviti pada 14 julai akan diupdate nanti. kikikiki kat sana nanti haruslah busy, ye dak? ;p



sepanjang masa minggu ni aku bersama dia. hehe rumate aku. aku bawak dia balik rumah lepas tu nanti dia akan ke balakong bersama family aku jugak! yeay!! happy2!


May Allah bless all of you and me! ;D

Friday, July 13, 2012

F.O.U.R

assalamualaikum ;)

ini pula kisah seminggu yang lepas. pada 6 julai. sekarang baru nak update. boleh kan? kan? hahaha. relax laaa. stok entry sebulan lebih pun boleh publish lagi, apatah lagi seminggu. kakakaka.

minggu lepas, aisyah balik kampung, dayah pergi camping, shikin pun balik. tinggal kami berempat. 

mestilah nak keluar kan. takkan nak lepak dalam bilik aje kan. so kitorang sewa kereta dan lepak kat bandar chukai. kawasan rumah aku je. haha cuma tak balik la rumahh kann. ekekeke

mula2 kitorang pergi centre point. jalan-jalan je dalam tu. tak tau nak beli apa. elaun pun tak dapat lagi kan. hanya mampu melihat saja la. hehe sabar je la.

lepas tu makan kfc. yummy2! tapi ayam perisa lain kan? kan? macam pelik je. haha. tapi boleh la, sedap la jugak. licin la jugak. kikikiki


aku, sarah, umi dan hana. masa ni nak pergi makan kfc!! ;)


lepas tu kitorang pergi borong kat kedai rm2! haha dah habis borong kitorang lepak kat pantai teluk kalong ;)




pergi berlima. cuma bergambar berempat. hehe yang sorang lagi tiada dalam gambar. lelaki dan dia la driver dan photographer kami.  ;p

harini jumaat, 13 julai, aku di rumah!! esoknya 14 julai aku akan ke balakong, kenduri kahwin sepupu dan seterusnya jumpa kesayangan2 di sana! yeahhh!! XD

sekian.

Thursday, July 12, 2012

MASAKAN PERTAMA ;)

assalamualaikum ;)

kisah ini berlaku pada 10 julai yang lalu tapi harini baru aku nak update. wehuuu. tak salahkan? kan? ekekeke

10 julai yang lalu, kami serumah telah bertungkus lumus menyediakan masakan untuk hidangan berbuka puasa. pilihan pada malam itu adalah tomyam!! bersama nasi putih. pertama kali memasak sesama dalam bilik. dapur semua dah ada. kikiki tenkiu hana!

hidangan disediakan untuk 6 orang ^__^


6 orang makan. licin!

hasilnya tomyam ini sangat sedap! di masak dengan penuh kasih sayang. auwww~

tukang masak aisyah dan hana, tukang sediakan bahan, umi, shikin dan sarah, tukang perabih, aku. lalala~

harini pulang ke rumah. sabtu ni nak pergi balakong, insyaAllah. cant wait!!! auww sekian

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

NAMA PUN PEREMPUAN

assalamualaikum ;)

kan minggu lepas kitorang berpindah asrama kan kan.. baru perasan sebenarnya barang yang kitorang bawak agak banyak. nasib baik la ada lori dan van yang disediakan pihak tati untuk bawak kitorang dan barang2 ke asrama baru.

nasib baik. bayangkan kalau kena angkut sendiri berjalan kaki ke asrama baru? peh.


ni je barang aku. muahaha. tak banyak kan? sikit je tuuuuuuuuuu.. lalalala


ni barang kitorang berempat.

satu hari tu aku rasa nak pengsan dah. bayangkan rumah baru kitorang tingkat 3, atas sekali. yang tak tahan beg besar tu la. dah la berat. entah ada batu ke apa dalam tu entah. punyalah semput nak bawak ke atas. bayangkanlah.

rasa sakit sangat bila bawak sendiri. sebelum2 ni abah yang bawakkan ;p

setengah lori je barang kitorang. kahkahkah.

tapi sikit je la kan? walau ada orang cakap barang kitorang punyala banyak, tapi bagi kitorang ni baru sikit. sikit. nanti akan datang, akan bertambah lagi.

nama pun perempuan. eh?

lelaki kalau pindah asrama, agaknya barang banyak macam ni tak? ekekeke

Monday, July 9, 2012

PERGI KENDURI KAHWIN KAT KUANTAN

assalamualaikum ;)

entry yang dah lama aku peram. nak publish jugak. sila baca. sekian :P

26 mei yang lalu, kitorang satu family pergi kuantan. sebab anak kepada sepupu abah kahwin. hehehe best-best. selalu jugak pergi rumah dia sebab family tu la sedara abah yang paling terdekat dengan kitorang yang duduk kat kemaman ni. ;D

teruja la kan nak pergi kenduri. kat tempat aku duduk sekarang ni satu kenduri pun tak de. haha tak de sapa kawin :P

jom layan gambar ;D


bertolak pukul 11.30 kot. nak ke kuantan dalam sejam je. heheh 


masa sampai pengantin dah makan. wawawawawa. so kitorang pun makan la. lauk pauknya punya sedappp. selera utara okayy. maklumlah sedara abah kan dari penang. kikikiki memang aku bantai habis la. no diet for that day. hahahaha

cantik kan warna kuning! ;)


kekenyangaann. heheheh mama ;)


pengantinnya! ni la anak kepada sepupu abah. semua adik beradik dia memang ramah-ramah, memang selesa dengan keluarga ni. dulu2 masa dok KL rasanya jarang sangat jumpa. huhu


aku nak jugak amik gambar. haha ;D


dengan abah pulak. auwww. ini la satu-satunya lelaki yang tak pernah berhenti menyayangi saya sehingga 23 tahun!!! heee


hantaran ;)


ok penuh kamera dengan posing kemain. ini je la yang dapat dikongsi untuk tatapan pembaca. pelamin pengantin. hehe masa ni kat rumah pengantin tak de orang sebab diorang semua kat dewan. dewan dengan rumah tak jauh, jalan kaki je. so bukan main posing la kan. cuba kalau ada orang, mesti malu >,<

aku upload je gambar kat facebook, ada beberapa komen tanya bertunang ke? haha kalau bertunang posing macam tu ye? :P :P

pelamin dia cantik!!


mama nak jugak!! hehehe


lepas tu balikkk. aum. perut kenyang, balik rumah, zzzzzzz. :P

selamat pengantin baruu!!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER