Thursday, January 5, 2012

SELESA INN HOTEL ,KUALA LUMPUR

assalamualaikum..

entry ini aku nak kongsi pasal kisah kitorang kat KL haritu. masa tahun baru. awal tahun baru.

aku dan mama bertolak dari kulim ke KL, tepat jam 9 pagi. kitorang call teksi, dia kata 8.05 dia akan datang amik kitorang. sampai puku 8.25 tak sampai-sampai la. bila call, dia melenting pulak cakap dia kol tak dapat, siot je. last2 kitorang pergi naik moto, anak jiran hantar. dah la encem. HAHAHA

best gila ar bas ni.. fuyoo. siap ada tv. besar pulak tu. siap tayang astro. habis satu drama kitorang tengok. untung dok depan sekali :))

drama 'anak'

lepas tu abah amik kitorang kat hentian duta. dah la bas lepas kitorang kat tepi jalan, jenuh menapak masuk dalam dengan beg berat. mau senget aku. kahkah.

paling best bila abah kata kita tido hotel. wehuuu. best gila. seumur hidup aku beberapa kali je aku tido hotel.

darjah 1, pegi KL. hotel apa ntah. sumpah tak ingat

darjah 3, pegi KL. hotel apa ntah. lagi la lupa. tapi mama cakap masa ni aku kencing tilamm.. HAHAHAHAHHAA!!

form 3, hotel murah kat kulim. masa tu rumah kitorang bagi sewa kat orang. jadinya kitorang balik dari KL, sampai dah lewat malam, abah kata sewa hotel je la sementara esoknya nak balik ke kampung. tak best. banyak lipas, nyamuk >,<

lepas tu threeee!! haha. lepas tu umur 22 ni ha.

aku tak berapa rasa teruja lagi bila melangkah ke hotel ni.

tapi bila tengok bilik, wow!!!

dua katil untuk aku sorang. yang mana suka hati aku nak tido mana :)) siap aircond punya sejuk! yeahh. bantal dapat dua, selimut dapat dua. untungnyaaa. haha.

satu lagi katil besar untuk mama dan abah.

ni snap masa mula-mula sampai.

aku amik gambar masa tengah baring kat katil. belah sana tu katil abah. hehe tengah2 tu bilik air.


dan gambar2 di bawah aku google je..




yang paling best, depan maju junction, dekat sogo, dekat jalan TAR, mana tak seronok. jalan sana sini sampai nak balik tu kaki terhincut-hincut sebab lenguh. gila ar~ haha. yang tak best, bila kena jalan kaki pergi dataran merdeka. macam nak tercabut kaki nii. tapi tu la, kalau naik kereta, sangat sesakkkk. jalan kaki tak sesak tapi tu la, kaki rasa nak tercabut. :))

sarapan sedap. nyum nyum

pagi 2 jan kitorang balik ke kemaman.. heee~

berangan-angan dan cakap kat mama, nanti dah kerja, boleh la bawak mama shopping kat KL dan tido hotel ni~ ekekeke.

harga semalam dan dua malam memang aku tak tau sebab abah memang jenis tak kan bagitau harga yang dia bayar... hehe

5 comments:

saharinasaharudin said...

rin snggah cni :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg nmpk cntik n selesa..

sahromnasrudin said...

org gomen selalu duk hotel nie huhuhhhhh

Tukang Karut said...

tak pernah lagi tidur hotel dekat kl... biasanya hotel luar kl je...

Gen2Merah said...

wowww.. macam 5 bintang laa.. hebatt

ARTIKEL RAKAN BLOGGER