Friday, October 1, 2010

LIF JATUH DARI TINGKAT ENAM

Lif jatuh dari tingkat enam


ANAK panah menunjukkan lokasi lif Flat Impian Baiduri, Petaling Jaya yang jatuh dari tingkat enam semalam.


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dan dua remaja mengalami detik cemas apabila lif yang mereka naiki tiba-tiba terjatuh dari tingkat enam Blok A, Flat Impian Baiduri di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 2 petang, empat mangsa yang ada dalam lif itu ialah seorang anggota bomba dan penyelamat dan isterinya seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Utama, Petaling Jaya manakala dua remaja yang merupakan pelajar sekolah.

Pasangan suami isteri yang tinggal di tingkat 13 menaiki lif itu selepas mereka habis bekerja manakala dua remaja itu pula baru pulang dari sekolah.

Empat mangsa yang cedera ialah Zarinah Jaafar dan suaminya, Rahim Yunus masing-masing berusia 30-an. Dua remaja itu pula ialah Azizah Ermonchatib, 13, dan S. Kugahan, 14.





aku tak dapat bayangkan apa perasaan mereka. aku cukup takot nak naik lif. terutama sorang2. macam2 aku bayangkan. diharap pihak atasan dapat mengkaji semula tentang lif di seluruh malaysia. tak kira di mana jua. takot2 nanti ada pula nyawa yang melayang..

2 comments:

Letak nama mu sini said...

naseb baik xde yg terkorban..syukur laa

Noor Fatin said...

tau xpe.. kalau la ada lagi kes mcm ni lpas ni..risau..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER