Tuesday, October 5, 2010

BAHANA LETAK KOMPUTER RIBA ATAS PAHA


GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.


CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.


GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.





Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP













takotnyaaaaaa!! aku pernah jugak buat. dengan pakai seluar pendek. letak atas paha. sebab malas nak letak laptop atas meja tulis atau pun baring..uwaaa~ panas2! adess.. takot bila jadi macam ni!

sesapa yang ketagihan berfacebook or berblogging atau apa saja, dinasihatkan jangan buat macam ni. sayangilah paha andaa! sayangilah! kalau nak, letak la papan apa2, lapik!

tapi kepada pengguna pc, aku rasa korang tak boleh buat macam ni kot! hak3


sumber: kosmo online

10 comments:

Dark Half said...

seb baik jadi merah je..ingat ke lumpuh ke apa..haha
takot jugak la kalau ade side effect lain

NOOR FATIN said...

skrg xnampak lagi..takot nanti masa tua, akan nmpk efeknya..takot2

saperakue said...

nasib lappy aku nie sentiasa atas meja~~ ngeh3

NOOR FATIN said...

cian meja ko..merah2 dia nanti..kakakka

sue@p.l.e.i.a.d.e.s said...

slalu wat ni..ayyo!!hehehe

NOOR FATIN said...

smua org mesti pnh buat! haha

Bazilah said...

kenapa name die komputer riba tapi tak boleh letak atas riba? hmm

NOOR FATIN said...

aah kan..persoalan yang masih tak dapat jawapan..

Robot | Sakti said...

oooo..
tak boleh rupanya..

+____+

taknak dah buat gitu.

Merapu tapi bukan Mengampu

NOOR FATIN said...

jgn buat lagi k~ hik3

ARTIKEL RAKAN BLOGGER